Jika kita seorang yang sentiasa istiqamah dan berdisiplin dalam menjalani apa saja urusan yang dilakukan, lambat laun ianya akan membuahkan hasil yang menakjubkan.
Kedua-dua sikap di atas tidak pernah mengecewakan mereka yang sering mengamalkannya. Asalkan perkara yang dilakukan dengan istiqamah dan berdisiplin itu merupakan amalan yang positif, nescaya kejayaan sentiasa menanti di hadapan.
Apa itu istiqamah?
Dalam zaman moden ini, orang sering sebut istiqamah sebagai satu komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara secara konsisten. Orang yang terdidik dalam suasana Islamik selesa menyebutnya sebagai istiqamah, manakala mereka yang lebih terdedah pada sistem barat selesa menyebutnya sebagai konsisten.
Walau apapun perkataan yang anda pakai, kedua-dua perkataan itu memberikan maksud yang sama. Perkataan sebenarnya tidak penting selagi ianya tidak diamalkan.
Dalam urusan membina kekayaan, tak kisahlah samada anda mahu kaya harta, kaya budi atau kaya ilmu, kerja mengumpul bahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut amat penting.
Ada orang yang mampu mendapatkan harta benda yang banyak sekali gus, biasanya dia juga mampu menghabiskannya dengan sekali gus juga.
Ada orang yang mampu menghafal pelajaran untuk peperiksaan keesokan harinya hanya dalam masa sehari suntuk, tetapi dia juga mampu melupakan semua hafalan tersebut sebaik saja habis peperiksaan.
Ada segolongan lagi yang punyai disiplin mengumpul dan menyimpan harta sedikit sahaja tetapi dengan cari yang konsisten. Biasanya mereka ini kelihatan biasa sahaja dan tidak pernah menonjolkan dirinya.
Namun lama kelamaan, harta bertambah dan bertambah dengan konsisten juga dan mereka biasanya pandai berjimat dan tidak biasa menghabiskan kesemua harta yang dikumpul itu sekali gus.
Sekalipun kesemua hartanya hilang diambil orang, disiplin yang telah terbentuk untuk menyimpan sedikit demi sedikit memungknkan mereka mengumpulkan harta lain dengan mudah selepas itu.
“Harta mungkin akan hilang atau musnah, namun tabiat istiqamah dan disiplin mengumpul harta akan terus melekat dalam jiwa”
Begitulah juga dalam apa jua aktiviti mengumpul. Baik dari segi ilmu, budi bahasa, atau apa saja. Berdisiplin dan konsisten adalah jalan terbaik dalam membina kejayaan samada material atau spiritual.
Apa itu disiplin?
Jika anda istiqamah buat baik, baiklah hasilnya kelak. Namun begitu, jika anda istiqamah buat jahat, jahatlah kelak hasilnya.
Perlu diingat kegagalan kita dalam apa jua perkara bukanlah satu perkara yang terjadi tanpa sebab. Kebiasaannya ia adalah hasil daripada himpunan amalan buruk kecil yang dilakukan secara istiqamah.
Hmpunan perkara-perkara kecil itulah lambat laun membuahkan kegagalan yang hebat dan berat dihujung jalan.
Jesteru itu, disiplin diperlukan dalam menjalani kehidupan yang berjaya. Disiplin adalah peraturan untuk melatih diti kita melakukan semua perkara yang baik tidak kira samada kecil atau besar.
Seseorang yang lalu di sebatang jalan raya lalu terserempak dengan sekeping kaya yang kecil lalu membuangnya dengan ikhlas mempunyai satu disiplin yang tinggi.
Walaupun kita lihat itu hanya satu perkara kecil yang tak perlu dibanggakan, namun ketahuilah bahawa himpunan amalan perkara baik itulah yang dinamakan sebagai disiplin.
Apabila amalan tersebut dilaksanakan secara konsisten, maka tidak hairanlah para pengamalnya jauh lebih berjaya mengatasi semua orang lain.
Lihat contoh kawan-kawan sekeliling
Di kampung saya ada sebuah keluarga yang sederhana kehidupan mereka. Ibu mereka menyara kehidupan dengan mangambil upah menoreh getah dan ayah mereka pula mengambil upah bertukang.
Anak-anak mereka bukanlah berjaya sangat dalam pelajaran, maka masing-masing membesar dan bekerja dalam industri biasa sahaja sebagai pekerja bawahan. Ada yang kerja kilang dan ada yang jadi pembantu biasa di hospital.
Namun anak-anak mereka dilatih dengan disiplin menyimpan dan berjimat sejak kecil. Amalan itu berkekalan sehingga mereka besar dan berkahwin.
Saya lihat walaupun anak-anak mereka hanya kerja buruh biasa sahaja, kini masing-masing mempunyai tanah dan rumah sendiri dan dalam masa yang sama mempunyai dua atau lebih rumah yang dibeli dan disewakan.
Secara zahirnya mereka kelihatan lebih stabil daripada anak-anak orang lain yang hebat-hebat. Lebih menarik lagi, gaya hidup mereka masih kekal dengan berjimat dan merendah diri sampai ketua.
Kawan yang konsisten
Saya juga ada kawan yang dikenali cukup rajin mentelaah pelajaran. Amalan itu dilakukan secara konsisten sejak di sekolah sehinggalah di peringkat universiti.
Dia bukanlah pelajar cemerlang. Tetapi keputusan peperiksaannya cukup untuk dia menyambung pelajaran selanjutnya. Namun begitu dia tetap tidak kecewa walaupun kawan-kawan lain yang lebih tidak konsisten jauh lebih cemerlang darinya. Dia dengan caranya dan mereka dengan cara mereka.
Sekarang kehidupannya cukup baik dan berjaya dalam kehidupan serta kerjaya yang dipilihnya. Dan begitulah juga amalan atau gaya hidupnya tetap seperti dulu, istiqamah dan berdisiplin dalam apa jua yang dilakukan.
Anda boleh lihat sekeliling samada kawan atau jiran atau saudara mara. Perhatikan mereka yang biasa-biasa sahaja tetapi punyai amalan baik yang kecil tetapi diamalkan secara konsisten.
Jika mereka dalam bidang perniagaan, insyallah mereka banak harta dan jika mereka dalam bidang ilmu, insyallah banyak ilmu…anda bagaimana pula?
26 comments
apabila istiqomah (dalam agama) dan disiplin (kehidupan harian) pasti menikmati hidup yg cemerlang..
AUC recently posted…Android 4.4 KitKat
Biar sedikit amalnya tapi berkekalan setiap hari. Lebih baik bersedekah seringgit setiap minggu berbanding banyak tapi hanya sekali sahaja.
ahmadyani recently posted…Sensasi Baru Yakjuj Makjuj
Betul tu…konsisten penting
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Apa sekali pun kita lakukan kita tetap kena istiqamah dan berdisiplin 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday 85 : Bottle That Glows In The Dark
Ya semua benda
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Apa-apa perkara yang kita lakukan, disiplin la kunci utamanya. Kena pertingkatkan disiplin diri ni.
Hazmin Hamudin recently posted…Chicken McRib McDonald’s
Ya disiplin…latih buat perkara baik dan betul
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Termasuk post ini sudah 3 kali perkataan istiqamah yang Allah sampaikan pada saya melalui hamba-Nya.
Adikensem recently posted…Wordless Wednesday : Hantu Saka Mengamuk
Mungkin ada maknanya
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
terbukti, istiqamah dan disiplin telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas.
Mus recently posted…Kategori-Kategori Kamera DSLR Keluaran Nikon
sudah tentu…
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Istiqamah memang memerlukan tahap disiplin yg tinggi
hafiz recently posted…Minyak naik 20 sen
Disiplinkan diri untuk istiqamah dan juga sebua benda baik lain
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
apa bidang pun kita mesti istiqamah. terima kasih perkongsiannya dan sebagai peringatan.
Denaihati recently posted…Mari belajar buat blog dengan WordPress
Ya! tanpa istiqamah Denaihati.com tak akan ke mana…
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Terima kasih..ia membuka mata dan hati saya untuk lebih istiqamah di dalam setiap kerja yang dilakukan..
Hairul Azni recently posted…Selipar Terbalik
Insyallah. TQ
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
saya berusaha untuk ada ciri-ciri istiqamah dan disiplin dalam hidup ini..
kakiblog recently posted…5 Blog Yang Menjadi Magnet Trafik
Insyallah ! moga diperkenan Allah
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
apa sahaja kalau dilakukan secara disiplin dan istiqamah pasti berhasil. Kalau bukan di masa terdekat..kemungkinan yang tinggi untuk berjaya di masa depan 🙂
puteri kasih recently posted…Untuk Sahabat Yang Awesome
Ya setuju sangat
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Emm susah nak disiplin diri..tapi bila dah lama semuanya akan jadi senang..terima kasih atas perkongsian yang menarik untuk tatapan manja mata saya ni..
Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #67 – Aku Rindu Saat Gembira Ini
Sama-sama, jangan manja sangat !!!
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Kahkahkah..tak salah tau kalau manja sangat..cuma jangan manja tergedik-gedik aje..haha
Hafizul recently posted…Budak Nakal – Ajar Dengan Kasih Sayang Atau?
betul. disiplin dan istiqamah yang penting dalam membentuk peribadi berjimat
incik recently posted…Kisah seorang imam dan 20 sen
Perlu berjimat sejak minyak naik dan naik tak turun
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya