Dah agak lama saya tak sambung siri cara jadi kaya yang saya dah buat sebelum ini sehingga ke siri yang ke-8. Jadi kali ini elok rasanya disambung siri selanjutnya iaitu yang ke-9 untuk sama-sama kita amalkan dan sebarkan.
Ada pendapatan, maka ada cara jadi kaya
Asas untuk jadi kaya mudah saja. Asalkan kita ada keupayaan menjana pendapatan maka peluang untuk jadi kaya amatlah cerah. Mengikut statistik terkini keadaan pengangguran di negara kita, jumlah penganggur adalah di bawah paras 3%.
Jumlah ini melayakkan negara kita berada di dalam zon negara bebas dari masalah pengangguran. Ini juga bererti hampir kesemua rakyat di negara kita mempunyai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan mereka.
Jika ada yang berkata dia tak ada kerja walaupun mempunyai kelulusan universiti, masalahnya adalah kerana memilih jenis pekerjaan dan merasakan dirinya layak mendapat gaji besar. Bukannya sebab tak ada peluang pekerjaan.
Hidup berdasarkan kemampuan
Data di UK menunjukkan jumlah hutang peribadi rakyatnya meningkat sebanyak satu juta pound setiap 5 minit!. Itu data yang menakutkan. Secara purata jumlah transaksi bernilai 1.4 billion pound berlaku dalam masa satu hari melalui penggunaan kad plastik berhantu yang kita panggil kad kredit.
Itu semua melibatkan hutang yang banyak dengan jumlah bunga bernilai 327 juta pound dikenakan melalui transaksi tersebut di atas. Yang lebih menarik lagi adalah dari jumlah bunga itu, hanya sejumlah 259 juta pound sahaja yang dibayar. Selebihnya menjadi hutang yang semakin bertambah dan menjerut leher.
Maaf!, kerana saya menggunakan data di UK dan bukannya di negara kita. Tapi saya yakin keadaannya adalah sama cuma jumlahnya mungkin berbeza. Apa yang membuatkan manusia moden seperti kita jadi begitu?
- Kad kredit – ya!, kad kredit membuatkan ramai manusia jadi hamba hutang di seluruh negara membangun dan negara maju.
- Tiru gaya hidup celebriti – Penggunaan celebriti dan orang terkenal dalam industri pengiklanan membuatkan ramai orang menjadi malang kerana nak ikut gaya hidup celebriti.
Tolong jangan tiru gaya celebriti !
Itulah dua masalah utama yang sedang kita hadapi sekarang ini. Anda mungkin menafikannya dan merasakan anda tidak meniru gaya celebriti.
Tetapi secara tak sedar tentu ada sedikit sebanyak pengaruh celebriti dan gaya hidup mereka yang terpalit dalam gaya hidup. Jika bukan datang terus daripada iklan, ia datang daripada rakan yang terpengaruh pada rakannya yang terpangaruh pada iklan….
Nasihat yang baik untuk kita amalkan adalah jangan ikut celebriti iklan, ubah orang yang anda mahu angkat jadi celebriti selain daripada mereka yang dibayar oleh syarikat perniagaan. Mungkin anda boleh ikut tok imam di kariah kediaman yang hidupnya sederhana dan tak bermegah-megah.
Jangan habiskan semua pendapatan
Ini cara jadi kaya yang logik. Cara ini semua orang dah pernah dengar, tapi tak ramai yang boleh amalkannya. Saya sendiri tak tahu kenapa boleh jadi macam itu sedangkan nasihat ini amat mudah dan ringkas.
Jika anda tak boleh disiplinkan diri untuk simpan sebahagian daripada pendapatan, elok jadikannya secara automatik. Buat arahan bank agar pindahkan 10% dari jumlah wang anda setiap 10 haribulan ke akaun tertentu yang anda tak akan keluarkan dalam jangka masa tertentu.
Bagi yang bekerja makan gaji, anda boleh lega kerana ada penolakan KWSP yang agak tinggi jumlahnya campur kedua-dua jumlah sumbangan dari anda sendiri dan juga majikan, jumlahnya melebihi 10%.
Orang yang dah ada simpanan KWSP hanya perlu pastikan dia tidak berhutang sahaja dalam hidupnya sehinggalah tibanya waktu pencen nanti. Maksud hutang di sini adalah hutang yang tak perlu seperti courts mamoth atau kad kredit.
Bayar KWSP untuk yang berniaga
Jika anda seorang usahawan atau kerja sendiri setelah letak jawatan. Jangan anda lupakan untuk membayar atau meneruskan tabungan anda di KWSP.
Pastikan syarikat anda membayar jumlah tertinggi sehingga 21% daripada gaji anda kepada KWSP dan anda tolakkan gaji anda mengikut peratusan yang diwajibkan oleh kerajaan.
Aktiviti menabung di KWSP sebenarnya membantu anda menabung secara automatik dan anda hanya perlu berhemah dan jangan berhutang yang tak perlu dengan baki wang yang anda bawa balik ke rumah.
Bila dan mencukup jumlahnya, pastikan anda laburkan pula wang KWSP itu di unit trust kaunter syariah. Jumlah keuntungannya lebih bagus daripada yang dibayar oleh KWSP.
Teruskan usaha itu sehinggalah anda buat keputusan untuk bersara dan relak di rumah, insyaallah anda akan pencen dengan tidak menjadi hamba hutang.
Setakat itu saja kali ini untuk cara jadi kaya siri yang ke-9. Insyaallah kita cuba amalkan dan jika anda ada idea tambahan dalam bab ini berikan ide anda di ruang komen di bawah.
18 comments
Income belum sehebat macam selebriti…
Adi recently posted…Rangkuman MotoGP Sepang 2013 – Nasib Malang Pelumba Tempatan Tetapi…
Tak pernah terfikir nak ikut gaya selebriti… Income belum sehebat macam tu lagi…
Adi recently posted…Rangkuman MotoGP Sepang 2013 – Nasib Malang Pelumba Tempatan Tetapi…
Saya bekerja sendiri..walau macamana pun saya mempunyai gaji bulana dan buat caruman KWSP walaupun sendiri cari sendiri bayar. Memang sepatutnya begitu walaupun kita bisnes sendiri kena disiplin. Untung banyak atau sikit kena fikir 6 bulan ke depan..bukan mudah nak cari duit..nak habiskan memang senang hehe
Silap percaturan boleh makan diri walau berjaya manapun lah bisnes tu kalau tak jaga perbelanjaan boleh jatuh 🙂
AkmaOmar recently posted…Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan Kanak-Kanak
alhamdulillah, perkongsian yang bagus. tak semua orang sedar akan ni.
Zuan recently posted…Kenapa Den Suka Baca Buku?
den paling elak gaya hidup celeb.. den ikut gaya idup den..hehe
wahhh kwsp pun boleh jadi kaya gak ekk…hehe..susah la bro nak kawal perbelanjaan..kadang2 tu memang lebih dari pendapatan..
Hafizul recently posted…Jangan Perkecilkan Impian Aku
kehidupan mesti pandai berjimat untuk elak susah pada masa akan datang
suri recently posted…Perkhabaran Alam Barzakh, Perjalanan Yang Berpanjangan
Kalau habis duit dengan banyak menderma, bagaimana pula?
Tapi, saya rasa duit tidak akan habis dengan menderma. Lagi banyak menderma, lagi banyak duit yang kita dapat balik.
Tak gitu? 😉
Terima kasih atas entrinya. 😀
Danial Abdul Rahim recently posted…5 Syarat Sah Memilih Blogger Template yang Memikat Pembaca lagi Disayangi Google
Itu simpanan yang hakiki untuk diri kita sendiri. Simpan dalam bank, mati dapat kat orang, dengan menderma kita hantar ke akhirat simpan untuk diri kita sendiri sebenar-benarnya. Sesungguhnya akhirat itu lebih baik…
Mohd Shubhi recently posted…Jangan habiskan semua pendapatan: Cara jadi kaya #9
niat tu memang ada tapi belum boleh laksanakan.
dulu masa kerja kat kilang ada “line leader” bergaji RM600 yg berjaya menyimpan RM300 dari gajinya tapi saya yg bergaji RM1200 hanya mampu “menyimpan” RM000.00..
nak lakukan bukan kerja mudah tapi kena sikit usaha la kan ka…
jangan habiskan wang
nasihat yang sangat mudah untuk difahami
TehR recently posted…Bila Dapat Gaji Awal
saya tidak punya kredit card, alhamdulillah masih boleh hidup tanpanya, mmg perlu ada simpanan utk jaminan masa depan
ajumohit recently posted…Pap Smear | Saya sudah, anda bagaimana?
Saya jarang dapat menyimpan, hanya larikan sikit duit gaji utk duit insuran kereta dan emergency case..
hafiz recently posted…Khas untuk wanita
Tips menjadi orang kaya, cara biar jadi kaya mendadak, bagaimana agar bisa kaya raya? Ora et Labora, atau terjemahan dari bahasa latin tersebut berarti, “berdoa dan bekerja”. Doa dan kerja adalah 2 sisi yang tidak bisa dipisahkan. Walaupun kesuksesan tidak dijaminkan, doa sudah tentu merupakan pengharapan.
sampai sekarang gua teringin nak pakai kereta buatan euro tetapi apakah daya umur gua masih dari lingkungan muda
onlajer recently posted…Apa Kata Makcik Tentang Bil RM6000
aku pun sama..kalau tak de duit duk diam2 jgn duk mimpi la nak beli itu ini..sambil2 tu..kita simpan dan target nak beli apa
blogger lelaki recently posted…Sifat Keibuan Dalam Diri Lelaki
Setuju dengan entri ni. Puteri pula selalu amalkan prinsip simpan dulu sebelum berbelanja dan bukan belanja dulu baru menyimpan.
puteri kasih recently posted…Guru Ada Dua
haa..betul tu. betul tu. Sangat setuju.
Ini idak..semua nak berbelanja sakann..