Laptop, Notebook, Pencil Adn Ruler On White DeskJika anda seorang usahawan, janganlah jadi seorang usahawan yang membazir.

Dalam Al-Quran, membazir ini diberikan peringatan yang amat berat. Ini menunjukkan bahawa, membazir itu perlu diberikan perhatian penuh oleh semua orang yang mahu berjaya dalam hidup mereka.

Anda boleh rujuk pada surah ke-17, Al Isra ayat 26 dan 27 untuk membaca apa yang diterangkan dalam Al-Quran tentang amalan membazir ini.

Saya berikan maksud yang berhampiran dengannya kat bawah untuk renungan bersama, kita ambil dari ayat 25 surah yang tersebut supaya lebih jelas:

“Dan berikanlah keluarga yang dekat haknya, dan orang-orang yang miskin, dan orang yang dalam perjalanan dan jangan kamu memboroskan dengan boros. Sesungguhnya orang-orang yang boros, mereka adalah teman syaitan. Dan adalah syaitan  kepada Tuhannya, ingkar “

Untuk makluman pembaca, makna yang disalinkan di atas adalah maksud berhampiran secara perkataan demi perkataan sebagaimana dalam Al-Quran.

Apa yang amat berat dan perlu diberikan perhatian penuh adalah, perangai membazir atau boros itu adalah perangai mereka yang bertemankan syaitan. Anda rasa macam mana kalau digelar kawan syaitan ?

Sudah tentu ada banyak amalan buruk yang boleh dikaitkan dengan amalan syaitan. Tetapi dalam banyak-banyak perkara buruk itu, kenapa membazir atau boros itu diberikan penekanan secara jelas.

Orang yang membazir adalah kawan kepada syaitan !

Usahawan yang membazir

Orang yang membazir adalah mereka yang mensia-siakan sumber yang ada padanya secara tidak berhemah dan berhikmah. Wang, usaha, tenaga, dan lain-lain seumpamanya dihabiskan secara membuta tulis tanpa ada perancangan yang baik.

Orang yang membazir juga biasanya akan mensia-siakan segala sumber yang ada seolah-olah tidak ada matlamat yang jelas. Antara punca kegagalan yang menimpa manusia, adalah disebabkan sikap membazir ini.

Cuba kenang kembali perjalanan hidup ada selama ini. Fikirkan berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan. Anda boleh sentiasa kaitkan sikap tersebut kepada kegagalan sesuatu usaha dengan aktiviti pembaziran tersebut.

Maka tidak hairanlah sikap dan amalan membazir ditekan khas dalam Al-Quran untuk kita elakkan dengan dikecam sebagai amalan seorang yang menjadikan syaitan sebagai sahabatnya.

Apa yang nak saya cuba fikirkan di sini adalah dalam ruang lingkup sebagai seorang usahawan yang membazir.

Usahawan yang membazir dengan sumber yang ada

Ada banyak cara seorang usahawan itu boleh melakukan pembaziran. Antara sumber paling banyak usahawan yang membazir sia-siakan adalah masa dan usaha.

Usahawan yang baru nak mula berniaga, masa dan usaha adalah dua sumber utama yang Tuhan anugerahkan padanya. Baru berniaga memang tak ada banyak duit lagi.

Walaupun kita ada banyak masa dan kita masih bertenaga dan cergas untuk berusaha, tetapi janganlah disia-siakan sumber yang ada itu. Kita tentu pernah dengar nasihat, jangan gunakan air secara membazir walaupun duduk di sebelah sungai yang besar.

Ertinya samada banyak atau sedikit, pembaziran boleh saja berlaku.

Bagaimana usahawan bazirkan masa dan usaha

Usahawan yang membazir mensia-siakan masa dan usaha apabila melepaskan kedua-dua sumber tersebut tanpa ada perancangan yang jelas. Perancangan menjadi tidak jelas apabila matlamat tidak jelas.

Para bijak pandai telah lama memberikan ilmu terhadap bidang pemasaran di dalam dunia perniagaan. Perkara pertama dalam pemasaran adalah memastikan kita buat atau keluarkan produk yang ada orang mahu.

Bila seseorang usahawan itu syok sendiri tanpa buat kajian samada orang ramai mahu prodk keluarannya atau tidak, maka mengeluarkan produk tersebut dengan banyak sebelum jelas permintaannya adalah satu pembaziran. Maka akibatnya perniagaan gagal.

Jika produk itu memang ada permintaan, dipasarkan pulak pada mereka yang bukan sasarannya, maka usaha itu juga merupakan satu pembaziran masa dan usaha. Itu kerja sia-sia. Oleh itu pastikan sasaran jelas dan dipasarkan ditempat yang jelas.

Saya boleh berikan banyak contoh pembaziran usaha dan masa yang berlaku dalam dunia pemasaran internet dengan banyak. Jika anda salah seorang ahli Kelab Usahawan HR, anda boleh lihat jelas dengan amalan pembaziran tersebut.

Setiap masa akan ada yang tembak iklan produknya dengan harapan akan ada kesan yang baik. Tapi sudah jelas diberikan maklumat terlebih dahulu akan matlamat Kelab Usahawan HR itu ditubuhkan adalah untuk perbincangan idea dan peluang perniagaan bagi usahawan dan mereka yang nak jadi usahawan.

Pembaziran usaha dan masa itu berlaku disebabkan tidak meluangkan masa mengkaji demografik usahawan yang ada dalam group tersebut. Main tembak saja ikut sedap rasa asalkan kat situ ada ramai ahli.

Mereka tidak sedar membazir itu adalah amalan syaitan. Apa saja amalan syaitan sudah tentu tidak membawa apa-apa kejayaan. Sesungguhnya syaitan menjanjikan kemiskinan dan ketakutan serta kesusahan. Sedangkan jika seseorang itu mentaati Allah, sesungguhnya Dia menjanjikan kesenangan dan kekayaan.

Oleh itu, untuk mengelakkan diri daripada menjadi seorang ushawan yang membazir, pastikan kita semua mantapkan sasaran dengan jelas dan merancanglah dengan baik dengan membuat kajian yang mencukupi.

Jangan sesekali main hentam kromo saja dan tidak menyedari diri sudah menjadi sahabat kepada syaitan.

Moga kita semua tidak masuk dalam golongan sebegitu. Khas untuk diri saya sendiri, Insyaallah.

Total
36
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge