lock-up-texture-1500x1000Kali ini saya nak kongsikan sedikit cerita santai dalam bab labur duit buat perniagaan. Moga yang ada duit sekarang dan nak mula berniaga dapat ambil pelajaran dari cerita santai ini.

Baru-baru ini saya ada buat pertemuan dengan beberapa orang usahawan di Pulau Pinang. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk berkongsikan pengalaman terhadap masalah dan juga peluang perniagaan masing-masing.

Apa yang menarik dalam pertemuan itu adalah maklumat berkenaan perubahan situasi perniagaan selepas berlakunya kenaikan harga barang.

Harga barang naik sejak lebih 5 tahun lalu sebenarnya. Ia bermula daripada kenaikan harga minyak mentah dengan mendadak sat ketika dahulu. Bila harga minyak naik, habis semua barang akan naik harga akibat dari kos logistik yang meningkat.

Bisnes saya yang memerlukan bahan kimia bertambah lagi kenaikan harganya. Boleh dikatakan sejak 5 tahun lalu, kos bahan mentah meningkat melebih 300% !. Belum lagi dikira kos logistik untuk pergi buat kerja dan sebagainya.

Oleh itu, bila mereka kongsikan masalah masing-masing, saya dapat faham dan turut merasakan bebanan yang sedang mereka hadapi.

Bila harga naik, mereka terpaksa naikkan hatga jualan. Itulah yang tidak upaya dilakukan oleh rakan-rakan usahawan tersebut. Alasannya adalah takut pelanggan lari. Akhirnya, tindakan itu memakan diri dan perniagaan menjadi malap sebab tak ada untung.

Akhir sekali, kebanyakan dari rakan usahawan itu buat keputusan samada untuk beralih arah. Ada yang jual saja perniagaan mereka, nasib baik ada yang nak beli.

Yang malang, ada yang terpaksa tutup terus perniagaannya. Kesian !.

Labur duit pada perniagaan baru

Bagi yang berjaya menjual perniagaan, mereka lega sebab masih ada modal untuk cari peluang lain pula. Tapi di sebalik kelegaan itulah ada perangkap yang bahaya.

Bila orang dah biasa berniaga, dan dahulunya bermula dengan tak ada duit, tapi sekarang dah ada duit, mereka cenderung untuk leka. Ramai yang hangus duit begitu saja sebab laburkan duit pada perniagaan yang tidak disemak dan diselidik terlebih dahulu.

Salah seorang rakan usahawan dah labur duit yang dia ada membuka satu perniagaan baru. Memang terpuji sebab tindakannya pantas untuk menjana satu idea perniagaan baru dan memulakannya dengan kadar segera.

Tapi bila saya tanya kenapa buat bisnes tersebut, jawapannya agak merisaukan. Dia tengok ada kawannya buat perniagaan yang sama dan nampak ok. Jadi rasa dengan duit yang ada dan pengalamannya selama ini, tentu dia juga mampu buat perniagaan yang sama.

Saya tanya soalan ringkas padanya, “siapa pelanggan sasarannya dan berapa besar saiz pelanggan sasaran tersebut ? “.

Dia hanya tersengih.

Saya tanya dah semak ke potensi perniagaan itu sebelum labur duit habis untuk memulakannya ?, dia geleng kepala.

Saya tak mahu pergi lebih jauh takut dia salahkan saya sebab cuba nak menakutkannya. Lagipun dia dah keluarkan banyak duit untuk sediakan segala infra bagi memulakan perniagaannya itu.

Jangan labur duit sebelum semak potensi niaga

Saya nak nasihatkan semua pembaca yang ada duit. Tak kisah samada anyak atau sedikit. Jika nak mulakan sesuatu perniagaan, pastikan anda buat kerja asas terlebih dahulu.

Semak potensi niaga anda dengan mengkaji kewujudan pasaran dan berapa besar saiz pasarannya. Kalau benar-benar yakin, barulah masuk dan labur duit yang ada tu.

Jika anda mencongak bisnes yang anda nak buat tu pasti ada pasaran sebab ramai yang buat perniagaan yang sama. Anda perlu bertanya pada diri sendiri, soalan ini pula,

‘Kenapa orang nak pergi beli kat anda bila dah buka nanti, dan bukan pada peniaga lain yang dah lama tu.. apa kelebihan anda ?’

Ada 10 cara untuk semak samada perniagaan yang nak dibuat itu berpotensi atau tidak. Saya ada buat kursus pendek ini sebelum ini setiap hujung minggu pada mereka yang berminat. Tapi sekarang dah tak buat lagi sebab kekangan masa.

Bagi anda yang nak belajar dan nak semak idea perniagaan mereka, kalau berminat, saya akan buat bila ada masa nanti. Insyaallah !.

Total
30
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Saya sangat setuju dengan pendapat tuan ttg kajian pemasaran….ianya sgt penting sebelum trjun dlm business lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge