Nak berniaga apa yang bagusAgaknya apakah jenis perniagaan yang bagus untuk dijalankan dalam tempoh terdekat ini?

Ini soalan yang cukup baik untuk ditanya oleh mereka yang masih lagi belum menemui sebarang idea untuk menjalankan perniagaan.

Juga baik untuk ditanya oleh para usahawan yang dah stabil dan sedang mencari idea untuk mempelbagaikan pelaburan terhadap perniagaan yang sedang dia jalani sekarang.

Jenis perniagaan yang malap dan meningkat naik

Ada beberapa jenis perniagaan yang sedang menghadapi zaman malapnya sekarang ini. Antara jenis perniagaan yang paling teruk menguncup di negara-negara maju adalah seperti:

  1. Perniagaan surat khabar
  2. Perniagaan kedai makan / restoran
  3. Perniagaan pergudangan (warehousing)
  4. Pasaran permodalan (Capital Market)
  5. Supermarket
  6. Peruncitan
  7. Automotif
  8. Pembinaan
  9. Perbankan
  10. Telekomunikasi

Antara jenis perniagaan yang sedang mengembang baik di negara-negara maju sekarang ini adalah:

  1. Penjagaan alam sekitar
  2. Penjanaan semula tenaga dan pemulihan
  3. Internet
  4. Penerbitan online
  5. Kebajikan atau Yayasan
  6. E-learning
  7. Khidmat nasihat
  8. Permainan komputer
  9. Pemasaran dan pengiklanan
  10. Kesihatan dan Fitness centre

Apa yang disenaraikan di atas adalah antara beberapa jenis perniagaan yang sedang menguncup dan juga jenis perniagaan yang sedang berkembang maju sejak tahun 2007 hinggalah ke tahun 2012.

Data tersebut boleh dijadikan pedoman buat mereka yang baru mahu mula berniaga. Juga untuk uasahawan yang sedang bergelomang dalam urusan perniagaannya agar mereka bersedia bermula dari sekarang.

Kita perlu peka dengan jenis perniagaan yang sedang dijalankan sekarang dan mula membuat tranformasi untuk menyesuaikan diri agar perniagaan yang dijalankan sentiasa relevan pada masa akan datang.
[rectanglebox id=1]

Rumusan jenis perniagaan yang terbaik zaman ini

Menurut kajian yang dijalankan oleh penulis To Sell is Human, jenis perniagaan ataupun kerja yang sangat pesat berkembang di zaman kita ini boleh dirumuskan hanya kepada dua jenis sahaja:

  1. Apa saja jenis perniagaan atau kerjaya yang melibatkan segala urusan mendidik dan mengajar manusia. Suasana teknologi yang cukup cepat berubah dan pesat berkembang membuatkan manusia perlu pantas mempelajari perkara baru. Golongan yang mampu menyediakan kemudahan untuk manusia belajar dengan mudah dan pantas menjadi buruan ramai sekarang dan di masa yang akan datang.
  2. Semua jenis perniagaan atau pekerjaan yang melibatkan kesihatan dan keselamatan manusia. Walaupun jangka hayat manusia semakin panjang, namun panjang umur menjadi sia-sia apabila kita menjadi tempat himpunan segala penyakit sepetti diabetes, kanser, jantung, dan lain-lain. Apa saja urusan yang mampu menyihatkan manusia di dalam kehidupannya mendapat tempat yang tinggi sekarang ini.

Untuk para usahawan, maklumat jenis perniagaan terbaik di atas tentu mampu membuka mata anda dan menyuntik semula semangat untuk membuat sedikit pencarian terhadap peluang perniagaan baru.

Buat para pelajar pula, maklumat jenis perniagaan atau pekerjaan di atas boleh dijadikan pedoman terhadap jurusan apa yang perlu anda dalami sepanjang tempoh pembelajaran anda sekarang ini.

Jika anda mendalami ilmu mengajar dan ilmu kesihatan, Insyaallah anda akan menjadi rebutan di kalangan para majikan di zaman pekerjaan nanti. Pastikan anda tahu jenis perniagaan mana yang sedang naik dan mana yang sedang turun untuk perancangan yang baik. Sumber industri

Nota: Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan mahu menjadi sebahagian daripada ahli kelab usahawan Hidup Ringkas, jemputlah mendaftar sebagai ahli dengan klik di sini.

Total
48
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

39 comments

  1. Rasanya perniagaan yg pasarannya tidak pernah menguncup ialah berkaitan makanan, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan beberapa lagi. Semua ini asas terpenting dlm kehidupan. Penyakit yg banyak dan kos perubatan yg tinggi menyebabkan sy menceburi bidang ini. Produk ini bukan makanan kesihatan dan bukan jenis ubat. Tp ianya merupakan cara terbaik mengelakkan sakit dan mengekalkan kesihatan optimum. Sy ingin mencari partner yg minat mengusahakan perniagaan ini. Call/sms/wasap ke 0195555380. Sy pasti balas segera.

  2. siapa yang berminat nak ceburi perniagaan telco yang sedang pesat berkembang maju boleh whatspApp :0108017365

  3. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    saya berminat untuk buat business.. tapi masalahnya saya tak tau nak buat business ape. dan rasa takut… hope pihak tuan dapat memberi sedikit tips.. terima kasih

    1. izinkan saya untuk memberi pendapat..jiwa seorang usahawan/usahawanita adalah semula jadi dan boleh juga dibentuk..
      langkah pertama jangan takut..beranikan diri untuk mencuba..
      jika masih juga takut..cubalah perniagaan yang modal kecil tetapi usaha promosi yang keras seperti mana yang saya usahakan sekarang..
      mrhanafi.com recently posted…Bisnes Mampu Milik Yang BestMy Profile

    2. Mulakan dengan kenal pasti perkara paling baik yang Puan dapat bantu orang lain memudahkan kehidupan mereka… di situ ada peluang yg besar

  4. Askum En. Shubhi dan rakan2…

    Boleh tahu mengenai perniagaan francais khususnya makanan ringan seperti Daily Fresh, Nelson’s, Hot n Roll dsb…

    Kelebihan & kekurangan perniagaan francais, kaedah operasi, keuntungan dan lain-lain maklumat lagi.

    Sesiapa yang ada pengalaman boleh kongsi tak….?

    Terima kasih.

  5. Askum En. Shubhi dan rakan2…

    Boleh tahu mengenai perniagaan francais khususnya makanan ringan seperti Daily Fresh, Nelson’s, Hot n Roll dsb…

    Kelebihan & kekurangan perniagaan francais, kaedah operasi, keuntungan dan lain-lain maklumat lagi.

    Sesiapa yang ada pengalaman boleh kongsi tak…?

    Terima kasih.

  6. No 3.6.8 dan 9 sangat berkaitan dengan dunia IT, sememangnya IT adalah elemen penting dalam sumber pengiklanan perniagaan

  7. fitness dah mula naik ya. mungkin sebab ramai dah mula sedar akan kepentingan kesihatan dan mahalnya kos perubatan..
    apapun, internet memang sumber perniagaan tanpa modal 🙂
    Zuan recently posted…Uncle Zuan BlogMy Profile

  8. Saya sekarang mmg sedang bisnes komputer, ok la.. dah 2 tahun.. kedai pun jarang tutup, hari minggu pun kerja.. Mmg nak set minda orang lain yang bangsa kita ni rajin dan ubah persepsi bangsa lain yang bangsa kita ni mula maju je start tu la cuti la, kedai tak buka la..
    Irwan Alessa recently posted…10 Entri Popular September 2013My Profile

  9. Wah ! Boleh mula buat perancangan. Terima kasih Tuan kerana berkongsi idea.Tertarik dengan nombor 4. Jika tuan berkelapangan,boleh tuan huaraikan sedikit ? Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge