Kain tak laku, jual baja pulak

By | 26/01/2013

Sambungan dari cerita di sini…

Gagal jual kain
Setelah menghadiahkan berkotak-kotak kain pelikat dan kain batik dari Kelantan dan Terengganu pada Ibu, saya berpaling mencari perniagaan lain. Anak Datuk yang saya telefon untuk bertanyakan khabar memberikan berita gembira.

Saya bersama dengan kawan bertolak dari Pulau Pinang menuju ke KL untuk bertemu dengan Adlan. Kawan saya itu anak kepada seorang usahawan yang menjalankan beberapa perniagaan besar. Antara perniagaan besar mereka adalah mengusahakan sebuah kilang.

Abang kepada Adlan diamanahkan oleh bapa mereka untuk menguruskan kilang manakala Adlan pula diberikan peluang untuk menjalankan perniagaan mengedar sejenis baja yang diimpot dari Amerika.

Menjadi Ajen baja di Utara
Sampai di KL saya terus berbincang dengan Adlan bagaimana saya boleh diberikan peluang untuk menjadi ajen pengedaran bajanya di seluruh kawasan Utara. Adlan mendapat hak mengedarkan baja dari Amerika itu ke seluruh Asia Tenggara.

Namun berita tak baiknya adalah, Adlan telah melantik sebuah syarikat dari Johor sebagai ajen mereka di seluruh Malaysia. Mereka telah memeteraikan perjanjian dan tidak mungkin untuk saya mengambil hak pengedaran di bahagian Utara.

Saya merayu Adlan untuk memujuk pengedarnya dari Johor tersebut untuk melantik pula saya sebagai ajen mereka di sebelah Utara. Dari KL kami bertolak pula ke Johor untuk bertemu pengedar yang telah dilantik itu dan Alhamdulillah masih belum ada sebarang perlantikan sub-ajen di sebelah Utara.

Diringkaskan cerita maka termeterailah janji perlantikan kami sebagai ajen di sebelah Utara. Saya perlu mengambil bekalan baja dari pengedar di Johor dan tidak secara terus dari Adlan.

Jadi ajen tanpa modal
Dalam perjalanan pulang saya saya sempat menyusahkan Adlan sekali lagi. Saya nyatakan masalah utama setelah dilantik adalah untuk menyediakan modal bagi membeli baja!. Adlan terbeliak mata mendengar pengakuan tersebut….”habis kau nak buat macam mana nak beli baja tu…?”.

Sekali lagi saya susahkan Adlan untuk membenarkan stok baja dihantar terus dari stor Adlan ke Utara dan memotong jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pengedarnya. Maknanya Adlan sebenarnya memberikan kredit pada saya untuk menjual bajanya.

Dalam masa tidak sampai seminggu, kami mempunyai stok baja bernilai lebih RM20,000 di pejabat kami di Kulim. Persoalannya di sini adalah bagaimana nak jual baja tersebut?.

Pada waktu itu, ramai orang terpaksa menganggur akibat suasana ekonomi dunia yang tidak baik. Oleh itu ramailah pekerja sukarela yang dapat kami rekrut untuk membantu perniagaan tanpa apa-apa janji tentang gaji.

Antara kumpulan jurujual kami masa itu adalah jurutera, bekas pegawai bank, juruteknik dan lain-lain. Semuanya hebat-hebat belaka dan tidak ada pilihan lain yang lebih baik daripada apa yang kami tawarkan.

Work smart
Pepatah orang putih di atas memang betul. Kita perlu bijak bekerja dan bukannya kuat bekerja. Bagi memudahkan urusan kami memperkenalkan baja kami mendapatkan maklumat daripada pejabat pertanian di sebelah utara.

Dari situ kami mendapat tahu terdapat cukup banyak pertubuhan peladang disebelah utara yang bakal menjalankan mesyuarat tahunan mereka. Dengan bijaknya kami dapatkan senarai pertubuhan peladang yang ada beserta dengan tarikh mesyuarat yang akan diadakan.

Akhirnya, di mana saja ada mesyuarat, kami akan muncul dan memohon jasa baik dari pengerusi untuk memberikan masa hanya 5 minit memperkenalkan baja kami selepas selesai mereka mensyuarat.

Begitulah usaha kami berusaha menghabiskan stok baja yang ada melalui jualan pada petani-petani disamping cuba meyakinkan pengurus-pegurus koperasi peladang agar menggunakan baja kami dalam ladang yang mereka uruskan.

Dalam masa yang singkat saja hasil jualan kami mencecah lebih RM80,000 sebulan dengan margin keuntungan sebanyak 20%. Dapatlah kami merasa sedikit pendapatan untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Kami juga menubuhkan kumpulan pekerja yang mengambil upah membekalkan baja dan juga pekerja untuk urusan membaja. Pekerja yang kami kumpul juga di kalangan kawan-kawan yang kena berhenti kerja. Perniagaan tersebut nampaknya berpotensi untuk pergi jauh dan mampu menyara semua mereka yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi.

Sambil menyelam minum air
Dari perniagaan baja itu jugalah saya berpeluang mengenali ramai usahawan berjaya. Saya mula rapat dengan mereka dengan membawa identiti sebagai usahawan baja. Saya mula belajar berbagai ilmu menarik tentang perniagaan dari mereka dan mula mencari-cari peluang lain untuk membina satu perniagaan.

Di mana ada usaha, di situ ada jalan
Pengalaman di atas mengajar saya agar tidak kenal putus asa. Berfikirlah dan berusahalah, insyallah akan ada saja jalan keluar. Pengalaman tersebut memberikan keyakinan yang kuat untuk percaya pada diri sendiri.

Di negara kita ini, jika ada orang yang berkata dia tidak ada ruang untuk menyara hidupnya, barangkali besar kemungkinan orang itu seorang yang malas dan tidak ada keyakinan diri. Peluang sentiasa ada di mana-mana dan modal paling besar yang ada pada kita adalah diri kita sediri. Duit bukanlah modal utama yang perlu kita ada untuk berniaga.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

5 thoughts on “Kain tak laku, jual baja pulak

  1. akmil

    Salam tuan boleh sya dpatkn no talifon untk brtnya mgenai baja

    Reply
  2. Faris Mohamed

    Kami juga sedang mencari mereka yang berminat untuk jadi pengedar baja organik HERBA jenama ‘SUKUBUMI’. Produk kami telah menjalani ujian makmal bebas dari bahan kimia/racun. Produk ini tidak tertumpu kepada pokok – pokok tertentu, ianya boleh di gunakan untuk semua jenis tumbuhan / tanaman seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, lada hitam dll.

    Dengan kaedah 4M, insyALLAH tanaman akan lebih peningkatan, hasil yang mampan, kos yang lebih effektif serta eko sistem di sekitar dan keselamatan petani lebih terjamin. 4M yang kami maksud itu adalah Memperbaiki, Menguatkan, Mempercepatkan dan Menlindungi.

    Antara rakan niaga kami yang menggunakan produk SUKUBUMI adalah LEGOLAND Malaysia, Educity Nusajaya, Royal Golf & Country Club dan Subur Bio Enterprise.

    Kepada mereka yang berminat untuk kenjadi usahawan, sila hubungi pihak kami, insyALLAH pihak kami sedia membantu.

    Reply
  3. Anonymous

    tqvm for your writing.. sungguh berinspirasi..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge