idea bisnes ekonomi baik atau burukBila masa yang lebih sesuai mulakan bisnes. Adakah ketika keadaan ekonomi buruk atau ketika keadaan ekonomi baik?

Mungkin itu soalan yang pernah terlintas dalam kepala anda selama ini.

Soalan macam tu biasanya sering timbul dalam benak kepala anda yang masih lagi makan gaji dan belum mula berniaga. tapi memang dah berazam untuk jadi usahawan dan jadikan kerja berniaga sebagai cara menyara kehidupan anda.

Ketika ekonomi baik atau ekonomi buruk?

Kalau anda nak tahu masa yang sesuai untuk mulakan perniagaan dengan melaksanakan idea bisnes anda itu, jawapannya adalah amat mudah.

Dalam kedua-dua keadaanpun anda boleh mulakan perniagan. Samada ekonomi baik atau keadaan ekonomi tengah buruk, kedua-duanya amat baikuntuk laksanakan idea bisnes anda itu.

Kita hanya perlu fokus pada kebaikan yang ada dalam kedua-dua keadaan tersebut.

Rebut peluang kebaikan yang ada dalam masa anda nak mulakan idea bisnes dan pergunakannya semaksimum mungkin. Itu asas paling utama.

Sudah tentu dalam kedua-dua keadaan itu juga ada keburukkannya.

Jadi apa nak buat dengan keburukan yang ada dalam kedua-dua keadaan tersebut?

Kaji keburukan yang ada, dan carilah jalan untuk atasinya. Memag itulah kerja utama seorang usahawan yang mahu berjaya. Selesaikan masalah!

Keupayan anda untuk menyelesaikan masalah akan membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang tak berjaya.

Kenapa ekonomi baik bagus mula berniaga?

Apabila ekonomi dalam keadaan yang baik. Ramai orang ada banyak duit. Jadi mereka tentu tak mahu lepaskan peluang untuk melabur pada mana-mana idea bisnes yang baik.

Pihak bank juga akan pening kepala bila ramai orang simpan banyak duit dalam bank mereka. Kerja bank untuk adalah pastikan duit yang ada dalam simpanan mereka bergerak. Dari situ mereka mampu menjana lebih banyak lagi duit.

Bila keadaan ekonomi baik, pihak bank juga tak mahu lepaskan peluang untuk membuat pelaburan. Sudah tentu pelaburan dalam idea bisnes yang baik adalah amat baik.

Jadi, jika anda ada idea bisnes yang baik, dalam keadaan ekonomi yang juga amat baik, itu adalah masa yang amat sesuai untuk melaksanakan idea bisnes anda.

Anda akan mudah untuk mendapatkan dana kewangan dalam keadaan ekonomi baik.

Kenapa ekonomi buruk juga baik mula berniaga?

Apa berlaku dalam keadaan ekonomi buruk pula?

Dalam keadaan itu, orang takut untuk ambil risiko. Merka takut duit habis seandainya idea bisnes yang mereka ada tidak cukup kuat untuk dijayakan.

Jadi mereka lebih suka berhati-hati, tunggu dan lihat terlebih dahulu.

Bla sedikit orang yang mulakan perniagaan, maka jika anda berani melaksanakan idea bisnes anda ketika keadaan tersebut, potensi untuk idea anda mudah dilihat oleh orang ramai adalah amat tinggi.

Persaingan adalah rendah seandainya anda mulakan idea bisnes anda dalam keadaan ekonomi yang buruk.

Asalkan idea anda cukup baik, maka peluang untuk anda menonjol dan berjaya adalah amat tinggi.

Ekonomi baik atau buruk tetap bagus

Rumusannya, samada keadaan ekonomi baik atau buruk, anda boleh saja mulakan idea bisnes anda itu.

Macam yang saya kata kat atas tadi, pergunakan kebaikan yang ada dalam kedua-dua keadaan tersebut. Samada ekonomi baik atau buruk, ada kebaikannya.

Tak perlu takut dan tak perlu nak tunggu keadaan berubah baru nak mulakan perjalanan anda sebagai seorang usahawan.

Yang penting, anda tahu dalam keadaan mana satu sedang berlaku ketika anda melancarkan idea bisnes yang anda ada.

Yang paling penting adalah IDEA

Ya! IDEA merupakan asas utama yang paling penting untuk anda memulakan perniagaan.

Oleh itu perkara paling penting yang anda perlu ambil perhatian adalah bagaimana nak jadi seorang yang kreatif dan inovatif untuk menjana idea bisnes bagi memulakan perniagaan.

Setakat minat nak jadi usahawan dengan berkata “saya memang suka sangat nak jadi usahawan” tak cukup.

Lepas kata macam itu, terus tanya orang lain “nak buat bisnes apa ya?”.

Jika anda macam itu, anda masih tak layak jadi usahawan walau dalam keadaan apa sekalipun. Samada ekonomi baik atau ekonomi tengah buruk.

Masa yang sesuai jadi kreatif dan inovatif

Sekarang timbul pula persoalan, bilakah masa yang sesuai seseorang itu bertukar menjadi amat kreatif dan berinovatif?

Untuk menjawab soalan tersebut, saya petik kata-kata Winston Churchill yang menarik di bawah ini,

“Gentleman, now that the money has run out we must start to think!”

Memang betul pun apa yang beliau ungkapkan.

Bila duit dah tak ada, elek puchik!, masa itulah orang akan jadi amat kreatif. Itupun jika anda merupakan seorang manusia yang normal. Kalau lembab dan cacat akal tak masuk kira.

Orang yang normal akan fikirkan jalan untuk hidup. Dia akan kerahkan segala kreativiti yang ada untuk menjana idea yang hebat bagi mengeluarkan dirinya dari belenggu masalah tak ada duit.

Idea apa yang akan keluar dari akal anda adalah bergantung pada samada anda ada prinsip hidup yang baik atau buruk.

Orang yang ada prinsip hidup yang baik, akan keluarkan idea yang baik. Manakala orang yang ada prinsip hidup yang buruk, termasuklah buruk itu, orang yang tak ada prinsip hidup, dia akan keluarkan idea yang jahat.

Duit habis dan poket kosong adalah masa yang sesuai untuk jadi kreatif.

Jadi, seandainya anda masih lagi beku akal, tak ada idea untuk buat bisnes, ertinya anda masih belum kehabisan duit. Tak cukup teruk lagi. Sebab itu otak bebal.

Satu lagi cara untuk kreatif

Dalam negara kita, Alhamdulillah, masih ramai yang belum berada dalam keadaan tak ada duit sampai elek puchik, kosong sampai tak boleh makan.

Sebab itu masalah tak ada idea, nak buat bisnes apa, merupakan satu masalah yang amat besar di hadapi oleh semua orang yang kata dia memang minat nak jadi usahawan tapi tak tau nak buat bisnes apa.

Kalau nak tunggu sampai kering tak ada duit sehingga tak mampu makan nasi dua kali sehari, teh tarik, roti canai sekeping pagi dan petang, tentu akan ambil masa yang lama.

Kalau macam itu bila nak jadi kreatif dan inovatif?

Tapi jangan risau.

Ada satu lagi cara untuk anda jadi kreatif dan inovatif tak perlu tunggu sampai susah melarat.

Apa yang anda perlu adalah membina visi hidup yang tinggi dan hebat. Orang yang ada visi yang hebat dalam hidupnya akan mampu menjadi seorang yang amat kreatif dan inovatif.

Sebab dia berusaha untuk mengkaji dan mendalami serta cuba memahami tujuan kehidupan. Dia mahu hidupnya yang hanya sekali kat atas mukabumi ini berbaloi dan tidak disesali di kemudian hari.

Rumusan

Oleh itu, samada keadaan ekonomi baik atau buruk, anda tak perlu risau untuk mulakan idea bisnes anda. Apa yang anda perlu risau adalah kekurangan idea untuk memulakan bisnes.

Jika anda masih selesa dengan kehidupan. Masih ada duit walaupun tak banyak, tapi masih ada makan, maka anda perlu cari satu visi hidup untuk direalisasikan.

Pastikan visi hidup anda hebat.

Insyaallah, idea akan mula masuk ke dalam kepala anda.

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya setuju, walau macam mana pun keadaan, kita tetap kena teruskan. Tuhan bagi kita akal dan fikiran untuk cari jalan penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge