angan-angan berjaya dalam perniagaanSiapa yang tak mahu kejayaan pantas dalam perniagaan? saya mahu!, anda juga tentu mahu!. Semua orang mahu kejayaan pantas dalam perniagaan. Malah apa saja kejayaan yang boleh dikecapi dengan pantas menjadi idaman semua orang.

Mata anda terbuka luas dan terjun membaca artikel ini juga barangkali atas faktor tertarik dengan tajuk kejayaan pantas dalam perniagaan. Anda mahu tahu macam mana nak buat kejayaan pantas itu.

Tapi, saya mohon maaf! tak ada kejayaan pantas dalam perniagaan. Malah mengejar kejayaan patas dalam perniagaan hanyalah satu kerja tak sihat dan membuang masa.

Kejayaan pantas dalam perniagaan hanya angan-angan

Perniagaan yang naik ke atas menempa kejayaan, dibina dengan penuh perancangan. Usahawan yang mengendalikannya tahu tak ada jalan pantas dalam menempa kejayaan. Semuanya perlu dilakukan dengan cara yang betul mengikut adat kebiasaan dan sunatullah kejadian.

Mungkin anda nak bagi contoh pada saya wujudnya usahawan yang bertukar jadi kaya secara pantas atau secara tiba-tiba. Minggu lepas pakai motor kap chai, tetiba minggu ini naik Mercedes E-Class.

Cuba semak semula syarikatnya dan lihat betul-betul atas dasar apa kejayaan itu terbina. Kalau atas dasar kenalan atau menjadi proxy mana-mana orang besar tertentu, itu bukanlah perniagaan namanya. Itu broker taik ayam yang panasnya sekejap.

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan

Usahawan yang mahu berjaya perlu terima hakikat bahawa dia perlu banyak berkorban, terutamanya dari segi masa dan melepaskan kelazatan bersenang-lenang dalam jangkamasa yang berpatutan.

Usahawan mesti sentiasa pakai otak dengan cara yang betul. Otak berfungsi dengan cekap bila dia ada banyak maklumat. Walaupun kita tahu otak separa sedar lebih cekap buat keputusan berbanding otak sedar, tapi ia adalah berdasarkan maklumat yang telah dicerna dalam tempoh yang lama.

Untuk pastikan otak diberikan input atau maklumat yang secukupnya, usahawan mesti sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku. Segala perjalanan perniagaan mesti dipantau dan dilihat naik turunnya. Semua data yang ada dalam perniagaan mesti diterjamahkan kepada maknanya yang sebenar.

Lagi banyak data, lagi lama data, lebih terserlah makna yang boleh diterjemahkan darinya. Dan salah satu data yang paling powerfull adalah data perakaunan.

Jadi, kalau nak pastikan anda berjaya tanpa buang masa dengan angan-angan kosong, pastikan data perakaunan di uruskan dengan betul dan bijak.

Dapatkan bantuan daripada usahawan yang berpengalaman bagaimana nak cerna data perakaunan. Dapatkan bantuan dari coach atau mentor anda bagaimana data perakaunan perlu diolah supaya ianya membawa makna.

Semua makna yang diterjemahkan oleh data jualan, data kos, data pembelian dan lain-lain lagi boleh dijadikan maklumat untuk mengeluarkan adia atau inovasi baru dalam pengurusan perniagaan kita.

Jika anda fikirkan betul-betul apa yang saya tuliskan di atas, anda akan faham bahawa memang tidak ada kejayaan pantas dalam perniagaan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge