Bengkel menyelesaikan masalah pening dalam perniagaanSalah satu dilema orang yang menjalankan perniagaan, setelah seketika terjun ke dalam dunia keusahawanan adalah masalah pening dengan perniagaan.

Pening dalam perniagaan sebenarnya ada kaitan rapat dengan rasa sesat dan hilang hala tuju terhadap perniagaan yang sedang dijalankan.

Jika anda mengalami perasaan sebegitu, ianya adalah satu perkara biasa. Ini disebabkan kebiasaannya orang yang berjiwa usahawan punyai selera yang agak tinggi dengan risiko.

Jika orang biasa yang nak terjun menjalankan sesebuah perniagaan, dia akan pertimbangkan risiko, peluang serta ancaman dari berbagai sudut setiap kali nak berniaga. Sebab itulah kebiasaannya mereka berakhir dengan tidak jadi berniaga dan hanya asyik melakukan kajian risiko, peluang serta ancaman sahaja sampai ke tua.

Sebaliknya pula, individu yang berdarah pahlawan yang telah berevolusi menjadi usahawan dalam zaman moden ini agak jarang membuat pertimbangan yang terperinci.

Mereka lebih berminat untuk merebut peluang yang ada. Dan setiap risiko atau ancaman bagi mereka hanyalah sekadar salah satu daripada musuh yang cuba datang menguji kependekaran mereka.

Malah ianya seolah-olah satu permainan yang menyeronokkan bagi mereka.

“Yang membezakan antara pahlawan berbanding orang biasa adalah; orang biasa melihat musuh sebagai satu masalah, sedangkan pahlawan melihat musuh sebagai orang yang perlu dicabar!”

Pening dalam perniagaan adalah perkara biasa

Apabila usahawan mula bertarung dalam dunia perniagaan, pening dalam perniagaan hanyalah seumpama luka serta terseliuh di sana sini. Ia kecil saja dan bukanlah satu masalah besar.

Namun begitu, jika dibiarkan tanpa rawatan, luka-luka kecil itu mampu merebak menjadi penyakit besar dan mampu membunuh.

Begitu juga jika anda sedang pening dalam perniagaan, jika tidak lakukan sesuatu, ia bakal membunuh aktiviti keusahawanan dan kehidupan serta mungkin anda tak mampu lagi meneruskan perniagaan.

Kembali kepada asas setiap kali pening dalam perniagaan

Amalan orang-orang yang berjaya, setiap kali mereka menghadapi masalah, sedikit masa akan diperuntukkan untuk meletakkan semula perjalanan mereka pada pandasan yang betul.

Jika anda seorang usahawan dan sedang pening dalam perniagaan, amalan yang sama juga perlu dilakukan agar semuanya kembali normal dan sepenuh tumpuan dapat difokuskan semula pada perkara yang betul.

“Jika sesat perjalanan, kembalilah ke pangkal jalan”

Kembali ke pangkal jalan merupakan satu petua paling baik dalam apa saja urusan. Erti kembali ke pangkal jalan adalah dengan kembali merenung semula segala perjalanan yang telah diambil bagi mengenal pasti mana yang betul dan mana yang salah.

Bila dah dapat kenal pasti, kita akan memulakan semula perjalanan. Biasanya perjalanan semula itu jauh lebih mudah dan jelas dan insyaallah kita mampu menghabiskan perjalanan kita dan sampai ke destinasinya.

Dalam kes pening dengan perniagaan, kita sebenarnya sudah sesat dak tahu tak pasti di mana kita berada. Oleh itu, pendekatan mudah untuk selesaikan masalah tersebut adalah berpatah balik dan melihat semula perjalanan yang telah diambil.

Memahami perkara asas bila pening dengan perniagaan

Untuk memahami perkara asas terhadap apa yang sedang berlaku terhadap perniagaan kita, caranya adalah dengan membuat penilaian semula terhadap semua faktor-faktor penting yang perlu ada di dalam sesebuah perniagaan.

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang melayari dunia perniagaan, hanya ada 10 perkara penting yang perlu kita semak, perhatikan dan buat penilaian semula.

10 Perkara itulah yang saya jadikan landasan dalam usaha untuk membantu para usahawan yang sedang rasa tersesat dan sangsi atau hilang motivasi ketika menjalankan perniagaan mereka.

Perkara yang saya juga digunakan dalam meyakinkan idea perniagaan baru yang sedang dirangka. Juga perlu digunakan oleh bakal usahawan yang dah meleleh air liur untuk terjun menjalankan perniagaan mereka.

Bengkel itu saya namakan sebagai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan. Insyaallah pada hari sabtu, 8hb Feb 2014, bengkel yang ke-3 akan diadakan.

Jika anda berminat untuk turut serta dalam bengkel tersebut boleh datang ke alamat seperti di bawah:

No 2-7-3, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor DE.

Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Untuk mereka yang telah menyertai bengkel tersebut, dan pening dalam perniagaan mungkin masih ada sikit-sikit. Saya dah buka satu kumpulan Kelab usahawan Hidup Ringkas di FB.

Anda yang dah sertai bengkel tersebut boleh turut serta dengan masuk dan membuat permohonan di sini. Insyaallah saya akan luluskan.

Diharap semua usahawan dan bakal usahawan yang dah terut serta dapat sama-sama berkongsikan pengalaman masing-masing serta peluang kepada semua yang lain. Moga ia menjadi satu ruang untuk kita semua melegakan rasa pening dengan perniagaan. Insyaallah!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Assalamualaikum…saya aizat dari nilai n9. .saya masih seorang student namun saya sedar jika saya kekal berdiam diri dengan hnya belajar tanpa usha utk tgkatkan ekonomi diri sndri..kelak sayaa akan termenung…

    Saya sangat kagum dengan penulisan tuan..saya juga sangat berminat untuk jdi seorang usahawan..namun tidak temukan jalan untuk bermula…saya harap tuan dpt berikan sedikit tips dan bantuan untuk saya bermula…

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge