Kenapa anda rugi tak hadir perjumpaan hari ini!

By | 16/02/2013

Petang tadi saya minum teh tidak keseorangan. Perjumpaan yang dianjurkan buat kali ketiga hari ini ditemani oleh ramai rakan-rakan usahawan dari pelbagai umur serta dari bidang yang berbagai.

Yang paling menggembirakan adalah ia turut disertai oleh ramai peserta yang menarik. Antaranya ialah:

  1. Seorang usahawan pencen. Abang Mat merupakan usahawan yang telah lama pencen. Dia mula berniaga ketika saya masih lagi dibangku sekolah rendah. Syarikat GG Edar kepunyaan dulu terkenal dengan perniagaan buku, ubat herba serta kaset ceramah. Dia bawa dua orang anaknya bersama untuk didedahkan pada kumpulan usahawan yang lain.
  2. Seorang jutawan dalam bidang hospital. Encik Zul merupakan seorang usahawan juga jutawan yang menjalankan perniagaan hospital bersalain. Dia mempunyai 3 buah hospital dan salah satunya di Gombak. En Zul banyak pengalaman dan pernha menjalankan berbagai jenis perniagaan sehinggalah menemui perniagaan yang sesuai dengannya. Peliknya adalah dia bukanlah seorang doktor!
  3. Seorang cikgu yang sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Phd. Saya terharu dengan cikgu yang datang jauh dari pahang untuk mencari semangat keusahawan. Dia ada menjalankan perniagaan sewa khemah dan juga pusat mencuci kereta di Pahang. Cikgu suka mencuri ilmu baru dari mereka yang berpengalaman. Saya yakin dia akan berjaya ke tahap yang tinggi satu hari nanti. Insyallah.
  4. Bekas staff TV3. Dia telah berhenti dari TV3 setelah 9 tahun bersama TV swasta tersebut. Dia kini menjalankan perniagaan beg berkualiti tinggi untuk kegunaan pengembara dan juga aktiviti lasak. Dia rendah diri apabila merasakan perniagaannya kecil. Tapi saya memandang tinggi kegigihannya menyewa kedai di Taman Tun untuk menjual barangannya. Idea yang hebat dan tidak ramai diceburi oleh orang Melayu. mat Saleh kata ‘Niche market’ namun amat berpotensi.
Peserta lain juga tidak kurang menariknya. Masing-masing ada keazaman untuk berjaya dan seronok berkongsi pengalaman dan menimba ilmu sesama sendiri. Ada yang terpaksa terjun berniaga setelah syarikat IT di mana dia bekerja merosot. Perniagaan pilihannya adalah pakaian kanak-kanak. Satu lagi perniagaan yang berpotensi tinggi dan sentiasa ada permintaan.
Seorang peserta lagi merupakan pengusaha perniagaan roti. Dia merupakan peserta tetap yang tidak pernah gagal hadir sejak pertemuan pertama. Saya menaruh harapan tinggi padanya untuk pergi jauh dan berjaya kerana dia amat gigih mencari ilmu perniagaan.
Ada juga pemandu teksi yang turut sama menyertai perjumpaan kali ini. Dia rasa kecil dengan usahanya itu namun datang juga untuk mencari keyakinan dan kekuatan. Saya tidak lihat apa saja perniagaan itu sebagai kecil.
Menyediakan khidmat teksi bukan saja mampu menyara diri dan keluarga, malah satu kerja yang cukup mulia dan berpotensi tinggi untuk pergi jauh. Tidak ada satu negarapun yang tidak ada perniagaan teksi. Ini menunjukkan ianya dalah sejenis perniagaan yang terbukti berdaya saing dan berdaya maju. Ramai orang klaya di negara kita sendiri naik dengan usaha niaga teksi mereka.
Ada beberapa peserta yang sms untuk hadir tapi tak sampai. Barangkali mereka dihalang oleh beberapa kesulitan. Mungkin lain kali mereka dapat turut serta.
Satu respon penting yang saya dapat hari ini adalah adanya rasa kecil diri serta perasaan tidak penting untuk turut serta dalam perjumpaan yang saya anjurkan setiap bulan ini.
Percayalah bahawa saya anjurkan perjumpaan ini sebagai satu landasan untuk kita semua membuang segala rasa tidak yakin dan rendah martabat. Mereka yang rasa tinggi diri dan serba tahu lebih dari orang lain tidak dialu-alukan untuk turut serta.
Antara cara saya memotivasikan diri sepanjang berniaga adalah dengan menyertai perjumpaan dengan usahawan lain dari kalangan kawan-kawan dan juga kenalan baru sekerap mungkin. Itu merupakan salah satu pendekatan yang saya sedar banyak membantu untuk saya terus kayuh walaupun menghadapi berbagai kesulitan.
Atas kesedaran itulah saya usahakan perjumpaan ini secara rutin agar semua yang ingin menjadi usahawan dan telah menjadi usahawan dapat mengambil faedah daripadanya termasuklah saya. Jika ianya terbukti berjaya maka perkara terbaik yang perlu kita lakukan adalah dengan jadikannya lebih kerap dan sistematik.
Terima kasih semua yang telah hadir pada hari ini dan saya hargai semangat yang telah anda semua tunjukkan. Jazakallahu Qaira! Kita akan berjumpa lagi bulan depan Insyallah!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Kenapa anda rugi tak hadir perjumpaan hari ini!

  1. Anonymous

    syok ni, kalo buat kat kapitan perda lagi gempak, tahniah !!!!!!

    Reply
  2. najli

    nampak menarik.. rasa rugi pulak tak join.. tp insyallah saya akan join bulan depan walaupun saya bukan peniaga/usahawan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge