Mungkin anda pernah dengar saranan dari sesetengah orang yang berjaya bahawa untuk dapatkan apa yang anda mahu, cukup hanya dengan menyebut saja impian itu berulang kali sehingga ianya menjadi kenyataan.

Berdasarkan saranan tersebut, maka tentu ada yang menjadikan sasaran untuk ada sejumlah wang banyak berjuta-juta ringgit dan dengan itu dapat jadi jutawan. Impian yang disasarkan adalah semoga dia dapat jadi jutawan.

Maka disebut ayat seperti,

“saya mahu ada duit sejumlah RM1 juta” atau

“saya mahu jadi jutawan”

…dan seumpamanya, dijadikan sebagai mentera bagi mendapatkan apa yang dia mahu.

Sebut punya sebut hari demi hari, bulan demi bulan, lama-lama jadi semakin perlahan, berkurangan dan akhirnya tak sebut lagi.

Dah tak sebut dan lupakan impian itu sebab anda dah jadi letih. Punyalah sebut masih tak dapat hingga timbullah pertanyaan, ” kenapa aku tak jadi jutawan…?”.

Ada yang tak mahu jadi jutawan

Mungkin anda salah seorang insan yang ada impian nak jadi jutawan. Tetapi impian itu cuma terselit jauh di sudut minda dan hanya timbul sekali sekala bila tengok orang kaya yang berjaya.

Biasanya ramai orang terutama orang kita (Melayu) yang rasa janggal dengan impuan untuk jadi jutawan. Malah saya jumpa ramai juga orang yang mohon supaya dia tak jadi kaya.

Terdapat ramai yang tekan keinginan diri untuk kaya dan hanya mahu hidup sekadar boleh lepas makan dan minum, lepas tempat berlindung dan mampu sara keluarga ala kadar.

Saya agak hairan dengan sikap sebegitu seolah-olah keadaan mereka sekarang masih tak lepas makan dan minum. Untuk lepas segala keperluan asas, majoriti daripada kita dah menikmatinya, bukanlah lagi menjadi satu isu.

Masalahnya adalah keperluan masyarakat secara umum dari segi agama dan bangsa masih terlalu jauh ketinggalan di belakang. Bayangkan 70% daripada orang yang memerlukan BR1M adalah terdiri daripada orang kita!

Jika jumlah itu dijadikan sandaran, maka bagaimana dapat kita harapkan masyarakat sebegitu untuk mantapkan ekonomi umat sedangkan mereka tidak dapat berdikari, jauh lagi untuk sediakan peluang ekonomi pada umat lain!.

Jangan benci pada jutawan

Bila anda tak mahu jadi jutawan, perasaan tak suka pada jutawan akan muncul dalam minda secara tidak disedari. Lalu tanpa disedari juga anda akan menjadi magnet yang menarik apa saja usaha dan perkara yang membolehkan anda tidak jadi jutawan.

Minda anda jadi minda biasa-biasa, anda tak akan berjaya ke peringkat yang tinggi dalam apa saja urusan samada makan gaji atau berniaga kerana untuk berjaya dalam perniagaan atau makan gaji perlu ada cara berfikir seorang jutawan.

Jangan salah berikan gambaran seorang jutawan itu sebagaimana yang ramai orang salah faham. Bayangan biasa seorang jutawan di kalangan masyarakat adalah seorang yang berpakaian berjenama mewah, berumah besar, bermuka serius, berhati keras, bergaya, memilih bulu, oppurtunist, berkereta mewah, makan di hotel atau restoran mewah dan sebagainya.

Banyak gambaran salah diberikan terutamanya dalam filem. Banyak gambaran salah juga kita dapat daripada aktiviti iklan yang mahu kaitkan kemewahan dengan seorang jutawan. Kalau adapun jutawan mulia yang tidak berlagak, ianya digambarkan sebagai spesis yang hampir pupus.

Percayalah bahawa saya dah lihat sendiri ramai jutawan yang tak semacam yang anda gambarkan seperti di atas itu. Kalau anda jumpa mereka, anda tak akan percaya bahawa mereka jutawan. Mereka pakai selipar, pakai kasut bata, naik kereta biasa-biasa, makan kedai mamak dan minum digerai tepi jalan dengan badan berpeluh dan ketiak berbau.

Saya rasa lebih ramai yang begitu yang sebenarnya jutawan berbanding yang benar-benar jutawan sekadar lakonan. Ramai yang berlagak seperti jutawan dalam filem dan iklan sedangkan mereka hanya punya hutang berjuta dan jika ditolak campur semua tak ada apa-apa.

Maka dari situ, saya harap anda yang baca artikel ini tolong ubah persepsi tentang jadi jutawan dan tolong suka pada jutawan dan jangan tanam rasa benci pada jutawan.

Kalau nak tahu, itu adalah permulaan untuk menjadi seorang jutawan. Jika anda begitu selama ini, sekarang anda tahu sebab apa anda tak dapat jadi jutawan.

Bagaimana nak jadi jutawan

Saya dah berikan maklumat asas di atas untuk membolehkan anda melakukan tranformasi minda untuk jadi seorang jutawan. Mulakan dengan menaruh rasa suka dan jatuh cinta pada jutawan.

Sekarang, apa yang anda perlu buat adalah membetulkan semula gambaran seorang jutawan yang anda nak jadi. Rasanya paling elok jadilah seperti para jutawan yang saya kenal yang sederhana gaya dan pemakaian mereka dan hidup seperti orang biasa. seperti anda.

Apa yang berbeza adalah mereka punya perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Mereka sediakan peluang pekerjaan pada ramai orang dan mereka ada aset hartanah dan pelaburan dalam beberapa syarikat kepunyaan mereka atau perkongsian. Malah mereka berikan suntikan dana permulaan pada orang yang berbakat untuk jadi usahawan berjaya.

Bayangkan diri anda jadi jutawan

Anda mungkin dah dapat sedikit gambaran jutawan macam mana yang sepatutnya anda jadi. Sekarang, kembali kepada teknik ulang sebut apa yang anda nak jadi dan ulang sampai jadi.

Untuk maklumat, teknik ini mula ditulis oleh Napolean Hill lama dulu ketika ianya masih tidak dapat dibuktikan oleh para pengkaji atau para saintis.

Sekarang, banyak kajian yang membuktikan bahawa apa yang anda sebut dan percaya serta bayangkan, lambat atau cepat akan termakbul jadi kenyataan. Semuanya ada kaitan dengan sifat tenaga yang sekali tercetus tidak akan padam malah sentiasa berubah-ubah bentuknya sehinggalah menjadi jirim.

Dan yang paling terkini yang saya faham, bukan apa yang anda sebut satu-satunya memberikan kesan, paling penting apa yang anda rasa ketika menyebut perkataan itu. Ulang sebut apa yang anda nak jadi, bayangkan secara jelas bagaimana rupanya bila dah jadi dan merasai secara positif penuh kesyukuran seolah-olah dia dah jadi.

Jangan bayangkan duit RM1 juta, sebab ia hanyalah kertas dan anda sendiri malah ramai yang tak pernah melihat seumur hidup jumlah wang terduduk atas meja sebanyak RM1 juta. Paling kerap, itupun hanya terlalu sedikit yang mampu melihatnya hanyalah catitan jumlah baki dalam akaun bernilai RM1 juta.

Jadi, buat sebutan dan cuba buat gambaran wang RM1 juta bukanlah satu teknik yang boleh mendatangkan hasil dengan mudah.

Tetapi jika anda senaraikan apa yang nak dibuat dengan wang sejumlah RM1 juta itu, anda boleh buat dengan lebih mudah dan mendapat gambaran yang amat jelas senarainya satu persatu.

Mungkin anda boleh bayangkan aset, kebun, suasana syarikat bernilai jutaan ringgit berserta pejabat dan para pekerja yang ada. Mungkin anda bayangkan derma tetap setiap bulan pada badan kebajikan yang disalurkan oleh syarikat anda pada pusat pendidikan anak yatim.

Rasanya dah boleh faham apa yang saya cuba terangkan di atas. Ringkasnya, buat senarai apa yang boleh dilaksanakan dengan wang satu juta atau lebih dan jangan lupa juga bina perniagaan yang sentiasa membesar berkembang dari 1 juta ke 2 juta ke 3 juta dan begitulah seterusnya…

Jangan putus asa untuk jadi jutawan

Bila dah dapat gambaran, doa jangan putus. Buat keratan gambaran sebagaimana yang anda bayangkan dan jadikan koleksi dalam buku atau lekatkan pada laptop atau jadikan wall paper.

Usaha untuk memberikan gambaran yang lebih jelas apa yang diinginkan. Anda boleh buat begitu dengan sentiasa peka pada apa yang diingini dan berusaha mengembara dan berjalan melawat tempat-tempat, syarikat-syarikat atau hartanah yang anda inginkan.

Ubah tabiat anda yang buruk kepada tabiat yang baik yang membantu anda berjaya dengan amalan disiplin yang bersungguh-sungguh. Bayangkan tabiat makan anda yang sudah berubah, bayangkan tabiat membaca yang rutin, bayangkan amalan senaman yang menyihatkan tubuh badan, bayangkan amalan rehat dan ibadah yang mendamaikan.

Satu lagi maklumat penting yang anda perlu tahu adalah, ramai orang yang telah buat begitu dan mereka masih gagal dan terus gagal.

Mereka impikan semua yang saya sebutkan di atas, mereka bayangkan, mereka doakan dan sebut-sebutkan, tetapi malangnya mereka hentikan semua itu sekarat jalan.

Permulaan dah betul, tapi tak cukup panjang untuk istiqamah sampai semuanya terlaksana. Mereka putus asa. Dari percaya dan yakin, semakin lama semakin pudar dan akhirnya mereka hanya keluh apa yang mereka tak mahu daripada impikan apa yang mereka mahu.

Jadi jangan berhenti sekerat jalan. Terus berusaha dan jangan harap sikap buruk, cara berfikir negatif dan jelik yang dah berakar umbi yang dibina dalam minda sejak 20 atau 30 tahun lalu dapat anda ubah dalam masa 6 bulan atau setahun.

Jangkakan lebih daripada itu dan percayalah, jika anda konsisten, 5 atau 8 tahun bukanlah satu masa yang lama.

Jangan malu nak jadi jutawan

Tolonglah jangan nak rasa malu untuk jadi jutawan. Tak perlu beritahu pada orang ramai yang anda seorang jutawan dan tak perlu bergaya macam dalam filem dan iklan untuk tunjuk bahawa anda dah jadi jutawan.

Biarlah anda seorang tahu dan kekal hidup sederhana. Dan moga segala sumbangan anda sebagai seorang jutawan hanya Tuhan saja yang membalasnya.

Moga anda, saya dan ramai lagi boleh jadi jutawan dan jadi penyumbang kepada kerja menegakkan kebenaran dan keadilan di dunia ini, insyaallah.

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge