Logiknya lebih mudah berjaya jika anda beri tumpuan hanya pada satu perniagaan, tapi perasaan tak yakin tetap menghantui kita untuk mempraktikkannya. Kenapa boleh jadi begitu?

Cuba bayangkan kalau anda berhubung dan kekal dalam perhubungan dengan 3 orang wanita. Setiap seorang daripada wanita yang kita kawan itu (insyallah secara yang betul berlandaskan garis panduan agama) ada kelebihan masing-masing.

Oleh kerana masing-masing ada kelebihan, anda rasa sayang nak lepaskan dua daripada tiga wanita tersebut. Lalu anda kekal berkawan dan tak mahu buat pilihan.

Jika berterusan begitu, biasanya anda tak akan berkahwin sampai sekarang. Anda kekal bujang dan mahu biarkan pilihan sentiasa terbuka begitu.

Lambat laun ketiga-tiga wanita tersebut akan tinggalkan anda dan mereka akan kahwin dengan orang lain. Tinggal diri anda terkebil-kebil tak kemana dan akhirnya jadi bujang terlajak.

Kes yang sama boleh berlaku pada seorang wanita. Berterusan untuk biarkan pilihan terbuka luas tak akan bawa kita ke mana-mana melainkan kita terpaksa membuat satu dan hanya satu pilihan saja dan lupakan selainnya, barulah ada kemajuan.

Kenapa takut beri tumpuan pada satu perniagaan?

Biasanya ada unsur tamak di situ. Kalau nak boleh nak dapatkan semuanya dan tak mau rugi apa-apa. Itu memang perangai manusia yang biasa.

Hanya mereka yang kuat jiwanya dan sanggup buat pilihan dan maju ke depan dengan pilihannya akan berjaya mencipta kejayaan. Sikap nak buat semua benda dalam satu masa akan berakhir dengan tak buat apa-apa.

Dalam perniagaan, kita mesti nekad kalau nak maju ke depan. Buat satu pilihan perniagaan dan fokus bina sampai berjaya. Itu saja jalan terbaik jika anda nak jadi usahawan berjaya.

Jangan layan emosi nak buat semua perkara kerana takut terlepas. Sebagai manusia biasa kita tak mampu mendapat semuanya sekali serentak.

Beri tumpuan pada satu jurusan juga

Walaupun anda berniaga restoran, anda akan jadi peniaga restoran biasa-biasa saja jika mahu layan semua orang. Ada pemikiran yang mahu ambil semua pelanggan yang ada. Logiknya adalah semakin besar pasaran yang boleh kita kawal, semakin besar perniagaan kita.

Isunya di sini bukanlah besar atau kecil perniagaan anda. Isunya adalah samada pasaran yang ada mencukupi untuk anda kekal beroperasi dengan kadar keuntungan yang mencukupi.

Oleh itu, dalam apa saja industri yang anda ceburi, cuba sedaya boleh fokuskan pada satu jurusan yang jelas tertakrif. Anda mesti jelas demografik sasaran yang dituju. Pastikan saiz pasarannya mencukupi untuk anda membina satu perniagaan yang menguntungkan.

Apa salahnya buat Restoran yang bertemakan keluarga. Berikan tumpuan hanya pada pasaran keluarga untuk datang makan di restoran anda. Jumlah mereka yang berkeluarga rasanya cukup besar untuk membolehkan konsep perniagaan restoran keluarga anda buat keuntungan.

Tapi kebanyakan restoran cuba nak kawal dan bolot semua jenis pelanggan. Akhirnya mereka tak fokus dan tak ke mana-mana. Itu adalah contoh yang boleh diberikan dalam perniagaan kedai makan.

Anda boleh fikirkan perniagaan anda sekrang ini. Apakah pasaran yang anda sasarkan. Adakah anda nak belasah semua 30 juta rakyat Malaysia jadi pelanggan anda atau anda ada sasaran spesifik untuk dilayan.

Jangan takut untuk berikan tumpuan hanya pada satu perniagaan saja dan jangan takut pula dalam perniagaan itu, anda tumpukan pula hanya pada satu jurusan. Asalkan 10 kriteria menilai potensi perniagaan telah anda pertimbangkan dan keputusannya memberansangkan, jangan tunggu lama untuk laksanakannya.

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendekatan saya yang lebih menggalakkan agar usahawan beri tumpuan pada satu perniagaan dan beri tumpuan pada satu jurusan. Masing-masing ada hujahnya yang tersendiri. Tapi saya lebih cenderung dengan cara saya ini. Specialize adalah jawapan kepada dunia perniagaan sekarang…tepuk dada tanya selera.

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. bila tengok orang lain buat sesuatu bisnes tu berjaya…kita pun nak buat bisnes tu…bila dah buat tak berjaya pun macam orang tu buat…fokus pada satu perniagaan …buat betul2…dan yakin perniagaan kita tu boleh berjaya

  2. dulu saya gagal berniaga makanan … kerana kurang ILMU BERNIAGA , insyaallah tahun depan ingin berniaga lagi .. doakan saya berJAYA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge