Kenapa restoran mamak buat kenduri pembukaanKedai mamak buat kenduri hari pembukaan restoran sudah tidak asing lagi di negara kita.

Satu-satunya peluang untuk makan free di kedai mamak adalah pada hari pembukaan restoran sesebuah kedai mamak.

Pernahkan anda pergi makan free di kedai mamak? kalau hari biasa, tak ada orang yang berpeluang nak makan free di kedai mamak.

Mamak terkenal dengan sifat berkira dalam urusan kewangan mereka. Cuba lihat mamak yang berada di kaunter di kedai atau restoran mamak. Matanya amat liar memerhatikan segala pergerakan di dalam kedainya.

Setiap kali ada pelanggan datang ke kaunter nak bayar makanan yang telah dibelinya, mamak di kaunter akan menjerit pada pelayan kedai dalam bahasa mereka bertanyakan menu makanan yang diambil oleh pelanggan tersebut.

Bukan senang nak dapat kepercayaan mamak dalam bab duit. Mamak tak suka rugi walaupun sedikit.

Kenapa pula mamak buat kenduri hari pembukaan restoran?

Ya! memang pelik, dengan sifat berkira yang ekstrim mamak, mereka tak pernah lupa buat kenduri pembukaan restoran. Samada restoran itu sudah terkenal atau tidak, mereka akan tetap buat kenduri pembukaan.

Mamak akan memasang banner sekeliling pekan berhampiran dengan restoran yang bakal dibukanya. Dia akan menjemput orang ramai pergi ke restoran pada hari kenduri dan makanlah apa sahaja pada hari itu, semuanya percuma.

Apa berlaku bila mamak buat kenduri?

Setiap kali mamak buat kenduri hari pembukaan restoran, akan datang berduyun-duyun orang beratur dengan sabar mendapatkan makanan free pada hari itu. Makanlah kurma, kari, dalca, masak ros atau apa saja mamak kasi free.

Masa biasanya terhad di antara pukul 12 tengahari ke pukul 3 petang. Tetapi dek sambutan hangat dari orang ramai, biasanya belum masuk waktu tamat, semua makanan dah habis licin.

Tambahan pula jika restoran tersebut memang terkenal seperti Nasi Kandar Pelita, Nasi Kandar Kassim Mustafa, Nasi Kandar Hamedia dan lain-lain seumpamanya.

Jika orang yang melalui kawasan kedai mamak pada hari itu dan tidak tahu bahawa mamak ada buat kenduri. Dia akan berasa hairan dan teruja melihat ramai orang beratur.

Katakan kedai mamak berhampiran sebuah bank dan ada pelanggan bank yang tak tahu kedai mamak buat kenduri. Apa yang dia tanam dalam kepala adalah kedai tersebut memang hebat dan terkenal. Tentu makanannya sedap.

Itulah persepsi kali pertama yang melakat pada semua orang yang melihat fenomena orang ramai pergi ke sesebuah restoran. Dan itulah sebenarnya salah satu faktor paling penting untuk mengadakan kenduri pembukaan pada sesebuah restoran.

Perangai manusia suka mengikut

Manusia akan memerhatikan setiap peristiwa pertama yang berlaku atau maklumat pertama yang masuk dalam kepalanya dan menjadikan maklumat itu sebagai ‘sauh berlabuh’.

Saya namakan sauh berlabuh untuk gantikan dengan perkataan ‘anchor’ dalam bahasa Inggeris. Sauh berlabuh ini akan jadi panduan bagi membandingkan segala kejadian lain.

Segala peristiwa selepas itu akan diputuskan berdasarkan sauh berlabuh yang telah melekat tadi. Sekali sauh berlabuh melekat dalam kepala, ia akan mengambil masa yang lama untuk mengubahnya.

Sebab itu saya ada pernah penulis kenapa pertemuan pertama anda dengan seseorang amat penting untuk memberikan gambaran tentang anda pada orang yang anda jumpa.

Jika pertemuan pertama memberikan mesej anda seorang yang berdisiplin, maka maklumat itulah akan jadi anchor pada kesemua tindakan anda yang lain. Ianya akan berubah selepas menjadi berlainan hanya setelah anda bertemunya lebih 20 kali dengan menampilan imej yang berlain.

Bayangkan jika pertemuan pertama memberikan mesej bahawa anda seorang yang tidak berdisiplin, alamat susahlah untuk anda berurusan dengan orang itu dalam waktu terdekat.

Apa yang saya terangkan di atas ada hubung kait dengan amalan kedai mamak buat kenduri hari pembukaan restoran. Mamak mahu sauh yang betul berlabuh dalam minda pelanggannya.

Kita akan pilih kedai yang ada ramai pelanggan

Samada sedar atau tidak, tahap pelanggan dalam sesebuah kedai atau restoran yang kita nak makan memberikan pengaruh pada pilihan kita.

Setiap kali nak makan di kedai atau kawasan yang kita tak biasa, kita secara automatik akan beratur bersama pelanggan lain yang ramai di sebuah restoran.

Walaupun ada restoran lain di sebelahnya, kita tak pergi di situ kerana nampak tak ada orang beratur mengambil makan di kedai tersebut.

Perkara yang sama juga berlaku di Pasar Malam. Orang ramai akan sanggup beratur menunggu giliran masing-masing untuk membeli makanan kegemarannya pada penjual yang ramai orang beratur.

Walaupun ada 3 atau 4 lagi makanan yang sama, kita tetap mahu beli di tempat yang orang ramai beratur. Samada kita biasa di pasar malam itu atau tidak, jumlah orang ramai di sesuatu penjaja menentukan cara kita membuat pilihan.

Oleh itu dengan buat kenduri pada hari pembukaan, mamak akan tanam dalam kepala kita kedainya ramai orang suka. kalau nak makan di kedai selepas ini, kita akan masuk kedai mamak itu kerana ramai orang suka makan di situ.

Cara lain jika anda buka kedai makan atau lain-lain kedai untuk tarik pelanggan

Mungkin cara kenduri agak mahal kosnyadan anda tak mampu menyara kos tersebut. Bayangkan jika anda buka kedai kasut dan buat kenduri pada hari pertama dengan berikan kasut free. Mungkin selesai kenduri kasut, anda terus bungkus!.

Oleh itu fikirkan apa saja cara agar pembukaan pertama kedai anda nampak ramai meriah dan neutral. Berikan mesej bahawa kedai anda mesra pengguna dan disukai ramai.

Anda boleh buat promosi tertentu seperti memberikan harga durian runtuh pada satau atau dua barang untuk membuatkan orang ramai serbu kedai anda.

Anda juga boleh bayar pada kumpulan orang ramai tertentu untuk datang ke kedai anda serentak dalam masa yang sama beramai-ramai bagi mempamerkan kemerihan dan popularnya kedai anda. Berikan vaucher menarik pada mereka yang bernilai pada waktu tertentu.

Anda fikirkanlah sendiri macam mana nak ikut amalan kedai mamak baut kenduri hari pembukaan agar perniagaan anda berjaya membina sauh berlabuh yang mantap di minda pelanggan. Mungkin idea ini berguna untuk anda fikirkan. Selamat mencuba!

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

21 comments

  1. Hantu apa mamak pakai saya tak tau.Tapi kawan saya cerita kat pulau besar melaka penuh puak2 mamak ni buat nazar kat kubur disitu.Satu lagi orang melayu ni kalau kedai makan orang melayu jual mahal sikit riuh satu malaya. tapi cuba buat bandingan harga ? soal kebersihan sendiri tengok/

  2. salah satu kedai mamak yang saya rasa orang kita suka pergi,kita rasa dihargai walaupun kita hanya minum segelas teh tarik dan kita tak segan silu
    pangil pelayan mereka perkataan “macha,thambi”cuba buat kat restoran melayu
    dah tentu tarik muka masam..

  3. orang kita pun dah amalkan buat kenduri dan doa supaya dapat keberkatan dan untuk bisnis lebih maju.
    bab pemantauan tu boleh kata kebanyakan kedai mamak dah ada cctv…
    restoran mamak biasanya pandai tarik pelanggan dan jaga pelanggan jadi pelanggan tetap walaupun untuk sarapan pagi.
    Denaihati recently posted…WordPress Master Class dan Insentif bulananMy Profile

  4. Nampak dah permainan dia.. Memang kesannya sangat ketara kalau buat kenduri terutamanya kedai makan. Abg Ipar saya juga ada buat kenduri masa mula bukak gerai sup gearboxnya haritu. Kesannya, memang pelanggan melimpah ruah.

  5. sekarang banyak kedai mamak saya mula rasa curi macma di ipoh ada kedai mamak nampak depan kaunter orang muslim mamak tapi bab nak ke tanas terselisih dengan mereka ada perasan orang india aduh garu kepala saya di buatnya..
    suri recently posted…Cara Untuk Mengambil Hati NenekMy Profile

    1. Salah satu cara saya semak samada kedai tu Hindu atau Muslim adalah dengan tanya lauk daging lembu. Biasanya mamak muslim sahaja ada daging lembu, Hindu hanya ada daging kambing….itu kat KL ler tak tau kat tempat lain. Boleh cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge