Kenapa kita cari makan?

By | 08/11/2012

Tentu ramai yang pernah terfikir tentang apa yang anda lakukan untuk hidup dan kenapa anda lakukan semua itu. Apa matlamat kita berusaha cari pendapatan akhirnya?

Saya rumuskan semua aktiviti cari makan kita untuk mencapai 3 perkara:

  1. Untuk memiliki kekayaan tak kira banyak atau sikit ( Rezki Tuhan telah tetapkan)
  2. Untuk ada masa. ( Masa Tuhan berikan)
  3. Untuk menggunakan masa dan membelanjakan apa yang kita dapat itu sebagai sumbangan. Samada pada diri sendiri, pada keluarga, masyarakat dan juga pada apa yang kita perjuangkan. (Ini kita yang membuat pilihan)
Ketiga-tiga perkara di atas perlu diseimbangkan agar matlamat keseluruhan tercapai. Tak guna harta bertimbun-timbun kita kumpulkan dan dalam masa yang sama kita tak ada masa pulak untuk membelanjakannya sebagai aktiviti kebajikan kita.
Tak guna juga ada banyak masa, tapi tak ada harta untuk dibelanjakan bagi meyumbang pada anak-anak, isteri, ibubapa serta masyarakat.
Berdasarkan 3 matlamat di atas kita boleh dapat semua itu dengan apa saja cara termasuklah dengan makan gaji. Tapi cara yang mampu membuatkan semua matlamat anda dapat dicapai secara optimum adalah dengan berniaga dan membentuk perniagaan yang mampu menjana kekayaan dan seterusnya memberikan anda masa untuk melakukan aktiviti menyumbang.
Tapi ingat! jika seseorang itu menjadi usahawan dan berniaga sehingga membuatkan dirinya tak sempat bermasyarakat, tak sempat bersama keluarga dan tak sempat ambil tahu hal ehwal semasa, maka apa gunanya berniaga? apa gunanya banyak duit tapi tak sempat belanja? baik jangan berniaga.
Jika anda mahu optimumkan apa yang anda boleh capai dengan berniaga maka pastikan:
  1. Perniagaan mampu bertahan dan membesar serta menjana keuntungan.
  2. Perniagaan tidak memerlukan kehadiran anda untuk mempastikan ia beroperasi.
  3. Perniagaan mempunyai sistem yang lengkap seperti:
  • Cara anda merekrut staff
  • cara staff bekerja
  • Cara mendapatkan pelanggan
  • Cara mengekalkan pelanggan
  • Cara menjadi kekal relevan terhadap perubahan.
  • Dll.
Model perniagaan yang boleh kita ikut adalah dengan melihat bagaimana McDonald beroperasi. Sistemnya mudah sehinggakan budak lepasan sekolahpun mampu menguruskannya!
Kenapa kita tak boleh memikirkan bagaimana caranya perniagaan kita boleh beroperasi dengan mudah? itu soalan yang sering saya bertanya setiap kali saya membuka pintu pejabat…
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge