Kenapa nak berniaga kena ada coachMungkin ada yang bertanya kenapa nak berniaga kena ada coach atau mentor.

Alasan paling kuat adalah, ada banyak data yang menunjukkan bahawa majoriti usahawan yang berjaya mempunyai mentor atau coach bagi membimbing mereka mencari jalan menuju kejayaan.

Timbul pula persoalan bolehkan kalau saya nak berniaga tak ada coach?.

Memang tak dapat dinafikan ada yang berjaya walaupun sejak dari mula dia nak berniaga, tak ada langsung coach atau mentor.

Ada seorang kawan yang berpengalaman kerja makan gaji dan sibuk dengan kerjanya. Sampailah ke satu keadaan di mana syarikat tempat kerjanya nak pindah ke Singapura dan dia juga turut sama terpaksa ikut jika mahu kekal.

Oleh kerana kawan saya itu tak sanggup berhijrah ke Singapura, maka dia memulakan perniagaannya secara terpaksa. Kelebihannya selama ini adalah kepakarannya dalam membuat servis penyelenggaraan mesin-mesin kilang selama berbelas tahun.

Jadi itulah perniagaan yang dilakukannya dan dia telah mempunyai ramai kenalan yang boleh menjadi pelanggan dalam perniagaan yang diceburinya. Sebaik saja dia mula mendaftarkan syarikat dan menghubungi kawan-kawan, dia sudah ada kerja yang diamanahkan kepadanya.

Kawan saya itu pnya kelebihan kenalan dan kemahiran yang hampir semua kenalannya memerlukan kepakarannya. Bermula dengan dia sendiri yang buat kerja, dan kemudiannya ditambah pekerja yang juga hasil daripada kenalan kerjanya selama ini, perniagaannya membesar dan membesar mencecah jutaan ringgit.

Dan kawan saya itu masih tidak berapa perdulikan sangat untuk mencari mentor atau coach bagi membimbing perjalanan perniagaannya. Dia belajar daripada urusan perjalanan perniagaannya untuk memperbaiki syarikatnya agar lebih maju.

Bila saya jumpa kawan saya itu baru-baru ini, ada banyak lagi perkara yang sepatutnya dia dah lama buat tapi tak pernah terfikir untuk buat sebab tak ada kawan-kawan atau mentor yang memberikan input atau nasihat padanya.

Untungnya dia selama ini adalah kerana perniagaannya selama ini menjana marjin keuntungan yang tinggi hasil daripada penjurusan yang niche yang tak ramai orang lain boleh buat.

Itu contoh usahawan yang tak perdulikan mentor dalam mengharungi perniagaannya. Namun daripada cara dia bersungguh mencatitkan nota-nota penting ketika berlaku perbincangan antara saya dengan dia, saya sedar bahawa dia sebenarnya seorang yang menggunakan akal dan sentiasa berfikir mencari jalan untuk maju serta berfikiran terbuka terhadap segala nasihat atau cadangan.

Nak berniaga perlu ada coach bila…

Perniagaan yang anda jalankan adalah perniagaan yang biasa sahaja dan semua orang lain boleh buat. Ertinya jika anda nak berniaga bukan dalam penjurusan yang spesifik atau niche.

Ditambah lagi jika perniagaan yang anda mahu jalankan mempunyai margin keuntungan yang nipis, bertambahlah lagi mencabar perjalanan perniagaan anda dan kesilapan mestilah dikurangkan ke tahap yang maksimum.

Modal atau wang simpanan yang anda ada juga terhad menambahkan lagi keperluan anda kepada seorang mentor atau coach bagi menunjukkan jalan selamat agar kesilapan dapat dikurangkan atau dielakkan.

Jika umur anda pula telah lanjut dan masa amat mencemburui anda, maka anda juga memerlukan seorang mentor atau coach bagi mempercepatkan pembinaan perniagaan anda.

Jika kesemua yang saya sebutkan di atas tidak ada pada anda, anda masih perlukan coach jika mahu membawa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh jika anda mahu menjadi seorang multi jutawan dan mempunyai sebuah Yatch atau Jet Persendirian pada satu hari nanti.

Kenapa nak berniaga dan berjaya penting dengan bimbingan coach

Biasanya usahawan mempunyai ciri-ciri keras kepala dan degil dengan kepercayaannya. Usahawan biasanya mempunyai tahap keyakinan pada diri sendiri yang tinggi. Ciri-ciri di atas banyak membantu menolak usahawan untuk berusaha keras dan tidak putus asa.

Walaupun begitu, ciri-ciri yang sama juga boleh membuatkan usahawan jatuh ke bawah dan menghadapi kesukaran. Sikap yakin berlebihan pada keupayaan diri sendiri dan merasakan apa yang dia dah tahu mencukupi bakal membawa rebah.

Dari situlah pentingnya ada mentor atau coach yang mampu mencabar kepercayaan usahawan yang degil tersebut. Soalan-soalan pedih yang biasanya dilontarkan oleh mentor atau coach mampu menyedarkan usahawan agar membuka kotak pemikirannya agar lebih terbuka dan mempertimbangkan alternatif lain.

Tidak ada cara lain untuk pergi lebih jauh daripada tahap yang usahawan kecapi sekarang selain daripada mengambil input dan cara berfikir yang baru.

Apa saja maklumat yang dah ada pada usahawan selama ini, apa saja pengetahuan yang usahawan ada selama ini hanya mampu membawanya ke tahap yang ada. Usahawan tidak boleh mengharapkan maklumat atau pengetahauan yang sama untuk menjadikan dirinya serta perniagaan ke tahap yang lebih baik dan berbeza daripada sekarang.

Dari situlah coach atau mentor yang berpengalaman berguna untuk mengubah dan membimbing usahawan yang dahagakan kejayaan.

Mana nak cari coach kalau nak berniaga?

Coach atau mentor boleh diadakan dengan berbagai cara. Paling ringkas adalah menjadikan usahawan terkenal dan berjaya yang maklumat atau cerita hidupnya boleh dicari sebagai coach bayangan anda.

Ramai usahawan yang berjaya apabila melantik usahawan lain yang berjaya sebagai mentor bayangannya atau mentor khayalan mereka. Usahawan akan mengambil tahu segala maklumat dan perkembangan mentor bayangannya itu secara konsisten bagi mencari suntikan idea dan cara pemikiran baru.

Ada juga usahawan yang pastikan aktiviti membina jaringan kenalan dengan usahawan lain samada dalam bidang yang sama maupun berlainan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan idea.

Usahawan yang tidak jemu berusaha membina jaringan sebegitu biasanya lebih berjaya berbanding mereka yang terperap dalam dunia mereka sendiri. Oleh itu, jadikan agenda membina jaringan sebagai sasaran atau aktiviti penting anda untuk berjaya.

Usahawan perlu peka untuk menghidu peluang berkenalan dan berkawan dengan usahawan lain yang berjaya dan sentiasa mencari peluang untuk merapatkan diri dengan mereka. Namun begitu, cara itu agak memakan masa dan kadangkala usahawan terperangkap dengan kaki goreng yang tak ada apa-apa kejayaan untuk dikongsikan.

Usahawan juga boleh belajar banyak idea dan maklumat baru daripada aktiviti pembacaan. Ada banyak buku yang ditulis oleh para pengkaji kejaaan terutamanya di negara barat.

Mendapatkan buku terbaru dan rajin membaca bagi menambahkan idea dan ilmu perniagaan perlu dilakukan secara istiqamah. Jangan anggap masa yang diluangkan untuk membaca buku adalah satu kerja yang sia-sia. Jadikan membaca sebagai salah satu daripada aktiviti rutin anda jika mahu berjaya.

Satu lagi cara mudah untuk dapatkan coach kalau nak berniaga adalah dengan mendapatkan khidmat coaching berbayar. Sekarang saya lihat dah ada ramai orang yang menawarkan perkhidmatan sebegitu di dalam pasaran.

Khidmat coach berbayar sudah lama diamalkan di negara-negara barat dan ianya terbukti banyak membantu para usahawan untuk berjaya. Cuma masalahnya adalah anda perlu membayar dan perlu ada duit untuk mendapatkan khidmat mereka.

Tetapi jika difikirkan keuntungan yang anda boleh dapat daripada wang yang dikeluarkan, anda sebenarnya tidak rugi apa-apa. Cuma pastikan anda buat semakan terlebih dahulu ketulinan coach itu samada dia ada menjalankan perniagaan atau sekadar belajar teori sahaja.

Kalau sekadar teori, masih boleh diterima seandainya dia ada menggunakan satu sistem coaching yang memang terbukti berkesan. Memang ada banyak sistem coaching yang telah diFrancaiskan yang memang terbukti berkesan.

Ingat, anda perlukan coach atau mentor untuk memecahkan kotak pemikiran anda daripada bersifat tertutup kepada terbuka. Anda juga perlu sanggup untuk dikejar oleh coach yang akan memantau perkembangan anda setiap bulan bagi memastikan apa yang anda sasarkan dan mahu laksanakan itu, berjalan.

Usahawan yang tidak ada tekanan dan dipantau oleh coach atau mentor yang prihatin biasanya akan terus leka dan menangguh apa saja tindakan penting yang perlu dilaksanakannya.

Distulah kelebihannya jika ada coach atau mentor. Sebab itu kalau nak berniaga, dan mahu berjaya anda perlu berusaha mendapatkan mereka. Selamat berniaga dan berjaya!!!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. TQ coach..
    memberi panduan yang jelas untuk menjadi usahawan..supaya tidak terlanggar dinding yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge