Rahsia rezki

“Kenapa perlu henti kerja dan berniaga? bukankah aku perlu redho dan bersyukur dengan kerja yang telah Tuhan anugerahkan pada aku sekarang?”

Ayat di atas merupakan salah satu dilema yang cukup besar bagi mereka yang mahu hidup sederhana dan mengamalkan segala suruhan Tuhan.

Sejak kecil kita diajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Kita perlu redho dengan keadaan kita sekarang dan ditekankan lagi pada kita bahawa,

“Rezeki secupak tak akan jadi segantang!”

Apabila pemahaman itu cuba diaplikasikan dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya, maka seruan kerajaan dan juga pemimpin masyarakat yang merasakan umat Islam perlu henti kerja dan berniaga agar lebih ramai terjun menjadi usahawan menjadi satu dilema yang besar.

Sekali imbas terasa betul jugak ya!, kenapa perlu henti kerja?, nak henti kerja buat apa pulak?, dalam keadaan yang stabil, cukup pendapatan, bahagia aman damai dan mampu menyara semua keluarga, tiba-tiba masih tak puas hati lagi dan mahu letak jawatan untuk berniaga!…apa hal pulak?.

 

Rahsia rezki
Kenapa perlu henti kerja dan berniaga?

Sebenarnya persoalan di atas merupakan salah satu komen yang diterima baru-baru ini berkenaan tips letak jawatan dan berniaga yang banyak saya tulis.

Mungkin soalan tersebut merupakan satu dilema pertanyaan mereka yang memang ada terdetik mahu jadi usahawan tapi dihantui perasaan seperti tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Mungkin juga ianya satu kritikan pada golongan yang mahu berhenti kerja dan menjadi usahawan. Mereka seolah-olah cuba kejar sesuatu yang masih belum ada dan sikap itu kelihatan seperti tak tahu bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau nak ulaskan kenapa anda perlu henti kerja dan berniaga dari segi keperluan syarak dan maslahah umum, rasanya tak sesuai untuk saya buat di sini, saya bukan ulamak. Biarlah mereka yang duduk dalam status ulama buat begitu.

Saya cuma paparkan semula jawapan ringkas yang saya buat berkenaan persoalan tersebut.

Begini jawapannya:

Itu bukanlah satu pemikiran yang salah kerana menjadi usahawan hanyalah satu Fardu Kifayah dan bukannya Fardu Ain.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja biasanya mengambil tanggung jawab melaksanakan Fardu Kifayah ini.

Lihat mereka yang menjadi AJK Masjid atau surau, jadi pemimpin masyarakat dan seumpamanya,

hanya segelintir saja…

lihat pula tugasan selenggara mayat, mandi mayat, kapan mayat, bantu keluarga si mati…

hanya segelintir saja…

lihat juga ilmuan agama, ilmua sains, ilmuan matematik,

hanya segelintir saja….

lihat juga CEO atau profesional perniagaan Islam,

hanya sedikit sahaja…

lihat juga pakar perang, pakar strategi, pakar bedah, pakar puan, pakar kanak-kanak, dan sebagainya

hanya segelintir saja…

Tegasnya kesemua urusan yang saya nyatakan di atas dan banyak lagi perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat umum hanya disambut oleh segelinti rumat Islam sahaja.

Kenapa? kerana semua mahu bersyukur dengan apa yang ada untuk diri. Hanya keperluan mereka dipentingkan dan keperluan masyarakat dan umat Islam biarlah orang lain buat.

Namun begitu, sebagaimana saya katakan di atas, tidak salah untuk anda berbuat begitu…terus pencilkan diri dan jadi pengguna khidmat sahaja.

Biarkan urusan fardu kifayah pada mereka yang sanggup ke depan dan berjiwa besar melaksanakannya, biarkan mereka yang berjiwa besar itu melepaskan tanggung jawab masyarakat kerana mereka yang tidak mahu ke depan tidak boleh diganggu rasa bersyukur mereka dengan apa yang ada!.

Atas khuatir kononnya seperti tidak bersyukur pada Tuhan dengan apa yang diberinya, maka biarlah masyarakat Islam berbaris menunggu giliran pada bukan Islam untuk mendapatkan khidmat mereka kerana bukan Islam itu tidak perlu bersyukur pada Tuhan maka mereka boleh kejar kejayaan.

Di mana-mana sahaja yang ada umat Islam, yang sambut seruan Fardu Kifayah terlalu sedikit jumlahnya.

Begitu jugalah dalam urusan menjadi usahawan berjaya seperti Syed Mokhtar, Mydin, Al-Ikhsan, Abrar, KPJ,…dlll…hanya segelintir saja yang sanggup ke depan berjuang melaksanakan Fardu Kifayah.

Sekali lagi ditegaskan…ia hanyalah Fardu Kifayah…hanya untuk mereka yang berjiwa besar sahaja yang sanggup menggalas tugas umah…Wallahu’alam!

Tepuk dada tanya selera…adakah anda berjiwa besar?

Atau sebenarnya berjiwa kecil lalu menggunakan alasan mahu bersyukur dengan apa yang ada supaya terus kekal dengan kedudukan sekarang.

Masuk kerja Gred 27 dan pencen dalam gred yang sama iaitu Gred 27…kekalkan kedudukan supaya sentiasa bersyukur. Bila boss mahu tawarkan kenaikan pangkat kerana rajin dan berkelayakan, lalu kerajinan dan kelayakan dikurangkan supaya boss kembali merasakan tidak layak untuk menaikkan pangkat…!

Sekarang anda jawab sendiri samada ‘tidak perlu’ atau ‘perlu henti kerja’ dan berniaga?

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

36 comments

  1. saya akan teruskan kerja dengan orang sampai satu tahap dimana sudah ada perniagaan sendiri dan apabila terpasa menumpukan banyak masa untuk handle business tersebut..
    Zuan recently posted…Uncle Zuan BlogMy Profile

  2. Byk berfikir itu dan ini menyebabkan ramai yg masih rasa “selesa” dgn kerja yg dibuat sekarang walaupun kerja sekarang tidaklah sangat membawa kita kaya mana…ini jugak dilema yg terbentuk dalam diri ambe ni..

    niat utk berniaga mmg ada, sedang kumpul kekuatan dalaman ke arah itu…insyaAllah…

    thanks bro shubhi berkongsi
    hafizmd recently posted…Malaysia vs Myanmar Akhir Pestabola Merdeka!My Profile

  3. Kiranye ginilah tuan , citednye (pendpat sye) diaorng “malas” nk menyusahkan diri. Dah duduk zon selese mcm tu lah. Org kita mmg mcm tu tuan. Kita tgk org cina diaorang pilih berniaga sbb nk survive hidup . Kalau x niaga depa nk makan apa. Ank2 depa nk keje gov dgn ipta mmg pyh nk dpt. KITA !!! Sng2 jer dpt keje govdgn blajar universiti awam .kkita lama sngt dok zon selesa .tulah sbb org cina dokpulun niaga.tp bila tgk depa ramai kaya..kirta dok jealous. Pastu bising2 baranag mahai. Dah depa control eko, kita yg jdi penggun ” reda ” je lah., Kan.sori tuan rumah kali panjang benor bebel nyer. . Ni pndangan peribadi org niaga .

  4. dulu den nekad untuk berniaga , 7 tahun kumpul pengalaman bekerja dengan Cina , berniaga sendiri sangat mencabar , fizikal dan mental harus kuat…

    buat masa nih perniagaan den belum sangat berjaya lagi , namun den fikir long term , Insya-Allah dengan usaha dan doa , akan berjaya suatu hari nanti…amin…
    papa mifz recently posted…Header Baru Sentuhan Eizil NetworkMy Profile

  5. Bukan sekadar berjiwa besar…Tapi bebas mengaplikasi pelbagai kaedah untuk kemakmuran masyarakat dan ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge