_DSC4688Saya masih di Sabah. Sekarang di lobby di salah sebuah Hotel di Tawau. Saya dan dua orang lagi kawan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang kawan dari Tawau yang abangnya turut sama menjadi salah seorang peserta bimbingan perniagaan yang dianjurkan khas untuk usahawan automotif di Sabah.

Selesai sesi dengan usahawan di Lahad Datu petang tadi kami terus bertolak menuju ke Tawau. Melintasi Kunak, singgah makan di sebuah restoran bernama Restoran Payau. Restoran menarik itu terletak di Kunak. Dia hanya menyediakan masakan berasaskan Payau sahaja.

Payau dalam bahasa orang sana bermaksud Rusa. Ertinya restoran itu hanya menyediakan masakan daging rusa sahaja. Rusa masak kicap, rusa masak halia, rusa masakan black peper dan sup daging rusa. Saya pilih rusa masak halia tadi dan dimakan dengan sedikit nasi putih. Lazat!, itu saja yang boleh saya kongsikan dengan anda.

Kenapa perlu merancang sasaran perniagaan

Sementara idea masih ada, saya duduk di kerusi lobby untuk menulis sedikit tentang merancang sasaran perniagaan. Itupun jika anda merupakan seorang usahawan dan punyai perniagaan sendiri.

Dalam setiap ceramah saya pada para usahawan, saya selalu buat sedikit permainan.

Pertama saya suruh mereka campakkan bola masuk ke dalam bulatan yang ada di papan tulis depan mereka.

Soalan pertama yang ditanya adalah, mana dia bulatan tu?.

Memang sengaja saya tak letakkan sebarag bulatan, saya kata bayangkan saja dalam pemikiran dan campakkan supaya bola kena tepat di tengah bulatan.

Akhirnya mereka lontarkan juga, ikut suka hati mereka nak kena kat mana.

Kemudiannya saya buka slide show berikutnya.

Kali ini ada sebuah bulatan terlukis jelas yang ada pusat di tengah bulatannya. Saya suruh orang yang sama lontarkan sekali lagi.

Lontaran kali ini walaupun kadangkala tak tepat di tengah, tapi pelontarnya membaling dengan lebih yakin.

Banyak yang kena daripada yang tak kena. Sekurang-kurangnya masih masuk di dalam bulatan.

Berbanding dengan slide sebelumnya yang kosong tak ada apa-apa, semua orang ragu-ragu dan tak pasti dengan lontaran masing-masing.

Bila saya tanya semua yang ada dalam bilik apa yang mereka belajar dari situ, semuanya angguk faham. Ada sasaran dan nampak sasaran lebih mudah untuk dilaksanakan cubaan, lebih senang dapat.

Jawapan itu akan disusul dengan pertanyaan lanjut saya, ‘kenapa perniagaan anda tak ada sasaran?, berapa nak ditingkatkan jualan, berapa nak dikurangkan kos?, berapa nak ditambah keuntungan dan lain-lain lagi?’

Mereka akan jawab, ‘ada!’

Saya akan kata, Ya! saya tahu, hanya ada dalam kepala.

Macam imaginasi bulatan yang saya suruh mereka lontarkan!

Buat sasaran perniagaan anda segera

Biasanya semua akan mula faham. Sasaran bukan dalam kepala. Mesti diterjemahkan dalam bentuk aliran kewangan yang lengkap. Mesti kertaskan supaya boleh dilihat.

Sebab itu semua perniagaan yang berjaya akan buat unjuran cash flow. Sebab itu adalah cara terbaik untuk melukiskan sasaran perniagaan mereka.

Perbiagaan mesti diterjemahkan dengan duit, dengan nombor. Baru dinamakan perniagaan.

Jika tidak buat begitu, anda hanya akan sibuk buat kerja. Dan anda tak akan pernah beri tumpuan pada buat duit.

OK! kalau dah faham, sila sediakan sasaran perniagaan anda.

Buat perancangan bermula dari sasaran bulan Jan 2015 hingga bulan Disember 2015.

Jika anda salah seorang peserta bimbingan perniagaan saya, anda dah sepatutnya tahu buat itu semua. Jangan leka lagi.

Tolong buat perancangan perniagaan anda untuk tahun depan. Insyaallah akan lebih mudah untuk capai apa yang anda mahukan.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge