permohonan pinjaman perniagaan ditolak

Salah satu alasan popular yang diberikan oleh orang ramai terhadap soalan kenapa tidak berniaga adalah kekurangan atau tak ada modal. Modal perniagaan sering dianggap hanyalah sebagai wang, modal perniagaan sama dengan wang, itulah anggapan ramai. Jadi bila nak berniaga ramai yang memikirkan tentang permohonan pinjaman perniagaan.

Kalau kita baca buku Tun Mahathir yang beliau tulis pada awal tahun 70-an dulu, dia tidak menggalakkan para usahawan memulakan perniagaan dengan membuat permohonan pinjaman perniagaan. Tun Mahathir suruh usahawan mula berniaga dengan wang sendiri terlebih dahulu.

Bagi Tun Mahathir, modal utama yang perlu ada pada seseorang usahawan adalah diri usahawan itu sendiri. Kemahiran adalah satu modal besar. Kesabaran juga satu modal besar, malah kejujuran juga merupakan satu modal besar yang dimiliki oleh para usahawan.

Kemahiran, kesabaran, kejujuran dan lain-lain lagi akhlak mulia akan menggerakkan duit masuk ke dalam poket usahawan. Dari situ kita dapat lihat bahwa duit adalah hasil daripada modal utama yang berupa akhlak mulia yang ada pada usahawan. Jadi duit bukanlah modal utama sebenarnya.

Gunakan modal utama untuk membuat permohonan pinjaman perniagaan

Jika anda faham bahwa modal utama ada lah diri anda, maka tidak timbul alasan tak boleh berniaga kerana tak ada wang. Saya sebutkan di atas tadi wang akan datang mendapatkan usahawan yang ada modal kemahiran dan akhlak mulia.

Jika anda ada modal utama berupa kemhiran dan akhlak mulia, maka bagaimana nak dapatkan duit?.

Jika anda tak ada duit, cara untuk dapatkan duit sebenarnya hanya dengan satu cara sahaja….mintalah pada orang yang ada duit!. Dan orang yang ada duit itu berbagai. Mereka mungkin:

  1. FAMA – Father & Mama
  2. Abang atau kakak,
  3. Bapa atau ibu saudara
  4. Tok atau Nenek
  5. Kawan-kawan
  6. Boss tempat kerja
  7. Badan bantuan kerajaan yang membantu usahawan
  8. Bank

Saya tak senaraikan Along atau Ceti kerana mereka adalah lintah darat yang menghisap darah manusia sampai kurus kering. Walau apapun yang terjadi jangan minta pada Along!!!!

Ingat! sekali lagi jangan minta atau buat permohonan pernuagaan pada Along!!!.

Biasanya ramai yang mengambil jalan membuat permohonan pinjaman perniagaan kepada bank atau institusi bantuan keusahawanan kerajaan seperti Mara, Tekun, PUNB, atau seumpamanya.

Bila nak buat permohonan pinjaman pada mereka, satu kertas kerja rancangan perniagaan perlu disediakan dan kemudiannya kertas kerja itu dibentangkan pada bank atau badan pinjaman kerajaan. Berikut saya senaraikan kenapa permohonan pinjaman perniagaan anda akan ditolak:

  1. Mohon pinjaman pada sektor yang salah. Nak buat kilang elektronik tapi pinjaman dibuat pada Agro Bank. Sudah tentu permohonan akan ditolak. Pastikan sektor anda bersesuaian dengan bank yang dipohon. Jumlah pinjaman juga memainkan peranan penting. Jika anda mohon RM1 juta pada tekun, sudah pasti tak akan dapat.
  2. Tak ada kepakaran atau pengalaman. Jika anda ada pengalaman dalam bidang bela lembu, buatlah perniagaan yang serupa jangan pula buat perniagaan kedai batu permata. Kalau nak buat juga pastikan ada kumpulan pengurusan yang boleh menyokong anda dari segi kepakaran.
  3. Menjalankan perniagaan monopoli. Jika perniagaan anda dimonopoli oleh satu pembekal sahaja, itu adalah satu risiko untuk orang menjatuhkan anda dengan mudah. Tak ada bank atau kawan yang akan berikan pinjaman pada anda. Tambahan lagi jika sasaran pemasaran anda nampak macam tinggi sangat melebihi pembekal!
  4. Nak jual pada satu pelanggan sahaja. Kalau buat permohonan pinjaman perniagaan yang memberikan khidmat hanya pada satu atau seorang pelanggan sahaja, tak ada bank yang akan berkenan meluluskan pinjaman.
  5. Situasi kewangan perniagaan yang tak memuaskan. Jangan ingat perniagaan yang sentiasa rugi mampu meyakinkan bank untuk memberikan anda wang pinjaman. Dia tahu anda mahu hidup bergantung pada wang pinjaman dan bukannya perniagaan anda.
  6. Suntikan dana yang tak cukup. Jika perniagaan anda punyai modal berbayar hanya RM2, sedangkan permohonan pinjaman perniagaan adalah berjumlah RM2 juta, pegawai bank akan suruh anda balik dulu.
  7. Rekod yang buruk. Samada perniagaan atau syarikat anda atau diri pemilik sendiri mestilah punyai rekod pinjaman yang baik. Oleh itu mulakan dengan pinjaman yang sedikit dan bina rekod bayar dengan cantik untuk meyakinkan bank bahwa anda jenis yang bayar hutang. Kes mahkamah atau kes muflis dan seumpamanya akan membuatkan bank menjauhi anda.
  8. Tak ada cagaran. Kebiasaannya bank mahukan cagaran berupa hartanah atau perniagaan atau pengarah itu sendiri. Jika perniagaan tak berjalan lagi, pengarah pula poket kosong, memang sukar nak dapatkan pinjaman.

Nasihat saya untuk mereka yang mahu buat permohonan pinjaman perniagaan, buatlah pada pihak bank atau institusi bantuan kerajaan dulu. jangan mulakan dengan kawan-kawan atau keluarga. Ini kerana bank biasanya menilai anda dengan cara yang profesional sedangkan keluarga atau kawan-kawan biasanya tidak berkira sangat.

Akibatnya, ramai yang putus saudara dan putus kawan kerana gara-gara pinjaman perniagaan yang tak menjadi!!!

 

Total
13
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. tuan, saya bercadang untuk memulakan perniagaan sepenuh masa..dan ini langkah yang saya akan ambil.
    1- kira jumlah segala kos yang diperlukan dengan betul selama setahun
    2- buat pinjaman berdasarkan jumlah kos yang dikira tadi
    3- pinjaman lulus, terus berniaga.

    jadi soalan saya, adakah cara saya ini ‘selamat’ sebagai usahawan sepenuh masa? atau saya perlu bekerja makan gaji dahulu dan kumpul modal berniaga selama 1 – 5 tahun dulu, baru berniaga?

    1. Tuan Syed,
      Susah nak cakap sebenarnya samada selamat atau tidak. Tapi cara paling bijak adalah minimumkan pinjaman serendah mungkin.

      Biasanya jalan selamat adalah mula buat percubaan berniaga (testing dalam skala kecil) dengan matlamat menilai pasaran samada boleh atau tak boleh. Kemudian jika yakin boleh baru buat pinjaman untuk besarkan…wallahu’alam!

  2. la ni banyak berniaga dengan tolong kawan buat pemasaran. tolong kecil2an saja. baru ni ada member buat kuah rojak. saya ambil sampel 10 bekas untuk dijual di office. selang dua minggu pemintaan meningkat kepada 20. dan sekarang setiap kali dapat gaji boleh la jual sehingga 50bekas.. jadilah amik komisen skit sambil2 buat kerja hakiki kat office
    sepol recently posted…WordPress FotoBesar : Template terbaik blog fotografiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge