Kenapa perniagaan internet jadi pilihan ramai

By | 20/02/2014

jadi usahawan online businessPerniagaan internet atau yang biasa kita panggil perniagaan online memang dah mula terkenal sekarang ini.

Ramai usahawan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan hasil daripada peluang yang ada dalam perniagaan internet.

Mungkin anda yang sedang membaca blog ini juga, sedang memikirkan jalan untuk menjadi usahawan.

Anda mungkin sedang mencari pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan kembara usahawan anda dan sedang mencari maklumat.

Sebelum adanya dunia internet dahulu, kita hanya ada dua pilihan dalam menjalankan perniagaan:

  1. Samada menjalankan perniagaan biasa dengan membuka kedai di tempat tumpuan orang ramai ataupun
  2. Tidak memiliki kedai. Sebaliknya beroperasi dari rumah ke rumah sambil membawa barangan yang mahu dijual kepada pengguna.

Zaman berubah dan dunia menjadi semakin pantas dan maju. Internet membuka banyak peluang perubahan kepada mereka yang mahu berubah.

Sejak terbukanya peluang perniagaan internet, ia menjadi salah satu lagi pilihan yang mungkin paling baik setakat ini dalam banyak-banyak pilihan untuk memulakan perniagaan. Mari kita lihat kenapa perniagaan internet jadi pilihan ramai.

Sebab perniagaan internet jadi pilihan ramai sekarang

Mungkin ada banyak sebab yang membuatkan perniagaan internet menjadi pilihan ramai sekarang. Saya yakin golongan muda tentu lebih arif dalam bab perniagaan internet berbanding golongan berumur seperti saya.

Namun begitu, golongan berumur tidak seharusnya menjadikan alasan bahawa mereka terlalu asing dalam dunia internet untuk tidak menerokai peluang yang cukup besar ini.

Jika anda seorang usahawan tulin, anda perlu tahu bahawa kekangan pengetahuan bukanlah alasan untuk tidak mencuba dalam sesuatu urusan yang berpotensi tinggi.

Jika tak tahu pasal internet, carilah mereka yang tahu, pakar dan bayar gaji tinggi untuk merealisasikan perniagaan yang anda mahu jalankan.

Begitulah cara berfikir yang betul untuk seseorang usahawan. Usahawan hanya perlu ada idea dan tahu nak buat apa. Urusan selainnya termasuk urusan perlaksanaan boleh diupah pada mereka yang mahir.

Saya lebih berpengalaman menjalankan perniagaan offline secara konvensional dan sedang cuba integrasikan aktiviti online bersama dengan offline di dalam perniagaan yang sedang dijalankan.

Menulis di blog ini juga merupakan salah satu usaha untuk kembangkan dunia keusahawanan saya secara online dengan menggunakan internet.

Bayangkan jika saya tak ambil peluang ini!, tiada sesiapa yang akan tahu cara perniagaan hidup ringkas dan tak akan ada orang yang akan kenal dengan Mohd Shubhi Abdul seorang usahawan kerdil disebalik blog hidupringkas.com ini.

Oklah! kita terus kepada senarai alasan kenapa perniagaan internet jadi pilihan ramai:

  1. Kos yang cukup rendah – Untuk membuka perniagaan internet, anda tak perlu sewa kedai dan keluarkan duit untuk bayar sewa setiap bulan. Tak perlu ubah suai kedai, tak perlu pasang signboard dan sebagainya. Mungkin ada sedikit kos mula seperti mengadakan domain dan host dan membuat iklan di google ads dan seumpamanya. Tapi bayangkan dengan kos sedikit itu anda boleh pasarkan perniagaan internet kepada ratusan juta manusia!!!!.
  2. Perniagaan yang tak ada waktu rehat – Perniagaan internet membuka pintu besar untuk berniaga selama 24 jam sehari tanpa henti. Semuanya dapat dilakukan dengan adanya sistem automasi di dunia internet dalam menjalankan transaksi perniagaan. Jika anda menjual produk kasar mungkin perlu turun ke ┬ápadang untuk penghantaran. Tetapi jika produk yang semuanya berasaskan digital, anda tak perlu buat apa-apa lagi untuk biarkan perniagaan berjalan sepanjang hari sepanjang tahun.
  3. Fleksibel – Kemudahan internet membuatkan anda tak perlu berhenti kerja terlebih dahulu untuk menjalankan perniagaan atau menjadi usahawan. Urusan perniagaan internet boleh dipantau ketika habis waktu kerja dan ketika waktu cuti. Kemudahan inilah yang jarang ada pada perniagaan konvensional.
  4. Mampu bersaing dengan sesiapa saja – Jika website anda kemas rapi dan mengkagumkan, tak ada orang akan tahu bahawa anda hanya beroperasi dari rumah sahaja. Ini membolehkan anda bersaing duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan syarikat korporat besar lain. Asalkan anda tunaikan apa yang dijanjikan, anda ada peluang yang sama untuk dapatkan pelanggan dan kekalkan kesetiaan mereka.
  5. Mudah dan murah untuk percubaan – Ini juga satu lagi kelebihan perniagaan internet. Anda boleh terus mulakan perniagaan walaupun degan hanya satu sahaja produk. Ada berbagai cara untuk pasarkannya seperti menggunakan ebay dan menggunakan khidmat paypal untuk pembayaran. Perniagaan biasa tak membolehkan urusan ini berlaku dengan mudah.

Demikianlah sedikit sebanyak kenapa agaknya perniagaan internet menjadi pilihan ramai sekarang ini.

Mulakan dengan perniagaan internet

Khas buat para peminat dunia keusahawanan di luar sana yang masih lagi makan gaji. Jika anda ada impian untuk jadi usahawan sepenuh masa satu hari nanti, mulakan dengan perniagaan internet.

Alasan yang saya berikan di atas tidak patut dilepaskan begitu saja. Anda perlu mula cari ilmu bagaimana nak mulakan perniagaan internet agar impian menjadi usahawan lebih pantas tercapai.

Jangan lupa mulakan dengan mencari idea nak jalankan perniagaan apa.

Jika anda rasa sangsi dengan idea perniagaan tersebut, boleh sertai bengkel asas perniagaan dan belajar menilai potensi idea perniagaan anda di bengkel anjuran hidupringkas.com. Boleh buat pendaftaran di sini.

Samada perniagaan internet online atau offline, asasnya tetap sama. Cuma cara perlaksanaan sahaja yang berbeza. Oleh itu pastikan anda mendapat kefahaman terhadap asas perniagaan dengan menyertai bengkel asas perniagaan.

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

4 thoughts on “Kenapa perniagaan internet jadi pilihan ramai

  1. wan

    untuk menjalankan perniagaan,akaun bank adalah salah satu elemen penting dalam memastikan kelancaran perniagaan.jika menggunakan akaun peribadi,jika terlaku banyak transaksi akuan kita boleh dibwekukan oleh pihak bank.sebagai penyelesaian,akaun semasa adalah pilihan terbaik.untuk mengetahu lebih lanjut tentang kepentingan akaun semasa dan keperluan introducer bolehlah melawati blog saya.semoga dengan bantuan kecil ini dapat memantapkan lagi keprofesionalan perniagaan kita.terima kasih admin blog.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Betul, bank banyak memudahkan urusan perniagaan. Terima kasih atas maklumat yg diberikan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge