monochrome-wood-texture-1500x1000Saya akan buat entri ringkas sahaja kali ini tentang kepercayaan karut yang buat anda tak berniaga.

Hujung-hujung tahun ini akan dipenuhi dengan aktiviti mengembara bersama keluarga bagi menghabiskan waktu cuti sekolah anak-anak sebelum mereka masuk semula memulakan persekolahan tahun depan.

Itulah kelebihan menjadi seorang usahawan yang relaks yang tak perlu berada sepanjang masa di pejabat untuk menguruskan perniagaan setiap hari seperti orang yang makan gaji.

Semua orang tentu mahukan pengalaman hidup relaks dalam ertikata tidak sibuk terkejar-kejar melaksanakan tugas kehidupan dan kerjaya yang tak pernah habis.

Itu semua hanya boleh dikecapi oleh mereka yang terjun ke dalam dunia keusahawanan.

Masalahnya, untuk membuat keputusan terjun ke dunia keusahawanan bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang.

Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh tertanamnya kepercayaan karut yang buat anda tak berniaga. Saya senaraikan beberapa kepercayaan karut itu di bawah.

Kepercayaan karut tak niaga

  1. Bukan dari keturunan orang berniaga – Ramai yang percaya hak berniaga dan berjaya hanyalah khas untuk mereka daripada keturunan yang memang dah jadi usahawan. Oleh kerana kepercayaan karut itu, mereka yang datang dari keluarga makan gaji takut untuk mengubah sejarah keturunannya dan kekal membentuk keturunan orang yang makan gaji.
  2. Tak pandai berniaga – Ini juga satu alasan yang cukup popular diberikan oleh mereka yang ada keinginan nak berniaga tapi tak buat sebab merasakan dirinya tak pandai berniaga. Sedangkan semua orang bermula daripada tak pandai berniaga walaupun dia ada PhD dalam bidang perniagaan. Selagi tak mula berniaga, kepandaian untuk berniaga tak akan pernah muncul.
  3. Tak ada idea nak niaga apa – Ini juga alasan untuk kasi sedap mulut sahaja sedangkan dia sendiri tahu berjuta-juta idea niaga ada di sekelilingnya. Anda hanya perlu pilih satu dan mula buat kajian dan menghimpun maklumat sebelum memulakannya.
  4. Tunggu banyak duit – Ada yang kata kena ada simpanan yang cukup untuk 6 bulan sara hidup. Ada yang kata kena ada simpanan yang cukup untuk setahun sara hidup dan ada yang kata kena ada lebih daripada itu. Tunggu punya tunggu, tak pernah ada simpanan walaupun 3 bulan. Jadi anda terus tak berniaga sehinggalah boleh keluarkan duit pencen. Tetapi duit pencen pulak digunakan untuk buta rumah baru dan akhirnya habis dan mati tetap tak berniaga.
  5. Tunggu kesempurnaan – Ini juga kepercayaan karut yang dianuti oleh ramai orang. Mereka percaya produk atau idea mesti sempurna sebelum dilancarkan. Kalau tak sempurna, kemungkinan nak berjaya adalah tipis sedangkan apabila produk atau idea anda sempurna, biasanya ia adalah sudah terlalu lewat. Pergi lihat semua idea niaga atau produk yang ada di pasaran, semuanya dimulakan dengan keadaan yang minimum sahaja dan tidak sempurna. Proses pembaikan hanya akan berlaku hanya setelah ianya dimulakan.
  6. Takut anak bini tak makan dan hidup sengsara – Ini juga kepercayaan karut yang ada pada ramai orang yang tak berniaga. Jika anda mampu dapatkan pekerjaan dengan jagi yang mencukupi, bermakna nilai diri anda adalah tinggi tak kira samada anda kerja sendiri atau kerja dengan orang lain. Tak ada orang yang tinggi nilainya, hidup sengsara dan akan membiarkan anak bini tak makan dan hidup sengsara. Lagipun manusia hanya akan mati jika tak makan munum selama 8 hari. Jumlah masa sebegitu mencukupi untuk anda mendapatkan makanan dan perlindungan untuk seluruh keluarga anda.
  7. Takut jadi kaya dan lambat masuk syurga – Ini juga kefahaman yang dianuti oleh segelintir orang Islam. Mereka berhujah bahawa orang miskin masuk syurga awal 40 tahun berbanding orang kaya. Oleh itu kalau nak masuk syurga dan masuk syurga awal tak boleh jadi kaya sedangkan lebih ramai lagi orang miskin yang masuk neraka walaupun mereka miskin. Ini kerana miskin bukan penyebab mereka masuk syurga. Sebaliknya amalan, ketabahan dan kesabaran merekalah yang menjadi sebab utama masuk syurga dan bukannya kemiskinan itu. Jika dalam keadaan miskin mereka terus berusaha dan sabar buat kebajikan, sudah tentu mereka masuk syurga awal berbanding orang kaya yang kurang ada cabaran atau masalah buat kebajikan. Sebab itu mereka masuk syurga awal dari yang kaya.

Mungkin ada lagi alasan atau kepercayaan karut yang anda pegang yang menghalang anda berniaga.

Cuba kongsikan di ruang komen dan sama-sama kita nilaikan samada ianya kepercayaan karut atau ada kebenarannya.

Demikianlah serba sedikit idea kepercayaan karut yang buat anda tak berniaga yang sempat saya kongsikan.

Entri selepas ini akan jarang-jarang ada.

Bacalah artikel lama yang belum dibaca sementara saya aktif kembali membuat artikel. Salam hormat dan jika ada yang tersalah silap dan tidak dipersetujui mohon tegur dengan hati yang terbuka.

Terima kasih.

Total
9
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Bagi saya sendiri memang semua itu hanya alasan semata.. kita nak berniaga bukan semestinya ada kedai tetapi dari awal kita dah merancang segalanya.. siap seraga plan dan tindakan jangka masa 3-5tahun.. perancangan itu perlu ada itu adalah salah satu asas kita mengetahui selok belok perniagaan..

    kepercayaan di atas itu ada juga betulnya pada orang yang memandang berniaga ini sebenarnya tidak menguntungkan.. saya percaya..
    Irwan Alessa recently posted…Contest SEO EridyMy Profile

  2. Semoga ramai yang tidak terperangkap dalam kepercayaan karut ini.
    Saya teringat satu hadis tetapi tidak ingat siapa perawinya yang intinya berbunyi
    lebih kurang begini ;
    Sesungguhnya orang mukmin yang beruntung itu adalah orang-orang mukmin yang kaya di dunia dan kaya di akhirat. ( Saya berharap untuk memiliki keduanya. Kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat ). Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge