Ada tak darah usahawan sedang mengalir dalam diri anda ?
Bolehkah kita kenal pasti dengan cara mudah hanya dengan membuat sedikit ujian?
Satu ketika dahulu, ramai teruja untuk hadiri kelas belajar membaca tarikh lahir. Ada dakwaan yang mengatakan kononnya, tarikh lahir mampu memberikan maklumat terhadap potensi yang ada dalam diri.
Jadi bila ada tawaran seminar tarikh lahir, penuhlah dewan seminar dengan peserta yang teruja nak baca makna dari tarikh mereka dilahirkan.
Kenali darah usahawan dari tarikh lahir
Antara perkara menarik yang boleh diketahui dari ilmu bacaan tarikh lahir adalah genetik atau darah usahawan. Ia menjadi lebih menarik apabila bidang perniagaan apa yang perlu diceburi juga dapat dibaca dari tarikh lahir.
Dalam seminar tersebut, biasanya maklumat umum dikongsikan dengan cara yang menarik. Ini membuatkan mereka yang tinggi tahap ingin tahunya, mengambil seminar lanjutan untuk tahu dengan lebih mendalam potensi diri yang ada pada mereka. Duit yang banyak sanggup dilaburkan untuk itu.
Apa yang boleh dirumuskan dari fenomena itu adalah, kecenderungan manusia untuk tahu apa sebenarnya yang ada dalam dirinya adalah amat tinggi. Dan majoriti manusia tidak sanggup tunggu lama untuk mendapatkan jawapannya. Sebab itu bisnes tilik nasib masih mendapat tempat sehingga sekarang.
Kenal pasti darah usahawan dari cara berfikir
Untuk mendapatkan jawapan yang sama juga, mereka yang cenderung memilih cara yang lebih saintifik mencipta berbagai ujian untuk menyemak potensi yang ada dalam diri manusia. Asas yang digunakan dalam ujian adalah dengan mengenal cara manusia berfikir.
Mungkin cara tersebut adalah lebih tepat. Memang manusia bertindak berdasarkan cara otaknya berfikir. Itulah segala punca yang menghasilkan tindakan pada setiap individu. Oleh itu, jika kita dapat membaca cara otak berfikir, kita boleh dapat tahu bagaimana biasanya kita bertindak.
Dengan menggunakan teknik tersebut di atas, saya kongsikan di sini satu kuiz untuk kenal pasti samada ada darah usahawan dalam diri anda sekarang. Teknik ini direka oleh The Founder Institute, sebuah badan latihan keusahawan di Amerika.
Apa yang anda perlu buat hanyalah menjawab 12 soalan di bawah sampai habis. Kemudian tengok markahnya dan ketahui kewujudan darah usahawan yang ada dalam diri anda.
Kuiz darah usahawan
Bahagian 1: Jawab kuiz di bawah dengan mengisi jawapan yang anda rasa betul. Gantikan tanda soalan di petak sebelah kiri dengan jawapan yang betul. Pilih salah satu daripada pilihan jawapan yang ada di ruang sebelah kanan.
Bahagian 2: Setiap soalan di bawah menggambarkan diri anda. Pilih salah satu yang anda rasa lebih tepat menceritakan tentang diri anda yang sebenarnya.
8
a. Berupaya melayan dengan baik dengan semua orang.
b. mampu membawa perbincangan ke tahap yang tinggi.
9
a. Punya daya imaginasi yang amat terang
b. Memberikan perhatian pada semua perkara dengan terperinci
10
a. Sentiasa teruja dengan idea-idea yang baru
b. Tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan
11
a. Anda sentiasa bersangka baik terhadap orang lain
b. Anda cekap memilih kesesuaian perbendaharaan kata
12
a. Mudah berkawan
b. Pandai menyusun kata-kata yang menarik
Jawapan kuiz:
Dari jawapan yang diberikan di bawah, berikan satu markah pada setiap jawapan betul yang anda berikan pada kuiz di atas tadi.
Keputusan jumlah markah
Berikut rumusan dari jumlah markah yang ada dapat:
10 ke 12 markah
Anda punya bakat keusahawanan yang amat tinggi. Bersedia mencabar kebiasaan, memiliki daya ingin tahu yang tinggi dan punya cara tersendiri yang unik. Anda juga punya keupayaan merungkai masalah yang kompleks dan mencabar.
6 ke 9 markah
Anda punya bakat keusahawanan yang sederhana. Ada sikap ingin tahu yang baik dan punya cara tersendiri yang baik. Anda juga berupaya merungkai masalah dengan baik. Namun masih terdapat minat dalam diri yang berada di luar dari dunia keusahawanan.
3 ke 5 markah
Anda ada sedikit sifat keusahawanan. Kebanyakan minat dan bakat yang anda ada adalah diluar dari ruang lingkup keusahawanan. Anda cenderung membantu orang lain dan lebih memberikan tumpuan terhadap kerjaya yang anda ada.
1 ke 2 markah
Tahniah ! anda termasuk dalam golongan majoriti 95% kebanyakan orang yang keupayaan dan minat anda berada di luar ruang lingkup keusahawanan.
6 comments
Dapat 6….boleh kot jd usahawan…
Saya tak mencuba lagi
Tengok soalan dah pening dah kepala nie
mrhanafi recently posted…Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya
Haha… Dapat 10 markah. Tapi tak faham, apa kaitan IQ test dengan keusahawanan.
Saya dpt 7 markah. Masih ada harapan. Bolehla teruskan impian. Mencuba dan terus mencuba sehingga jaya.
Cam tak layak jadi usahawan je.. huhu
Afif Rayyan recently posted…Punca Gejala Dan Rawatan Difteria
Alamak…tak layak jadi usahawan ni…huhu