Keusahawanan dari Shah Alam Ke Sant' AgataApakah ertinya “Keusahawanan Dari Shah Alam ke Sant’ Agata?

Lanjutan dari insiprasi diri dan syarikat di dalam program TIC (TAJ International College) bersama-sama dengan MAI dan GMB untuk cuba memperkembangkan perniagaan usahawan di sektor automotif ini, saya sengaja mengambil nama Sant’ Agata di dalam perbincangan kali ini.

Iaitu bersempena dengan tempat pengeluaran kenderaan Lamborghini; dan Shah Alam pula merupakan asal kilang pengeluaran kenderaan Proton.

Apakah analoginya tajuk ini?. Adakah saya ingin menyatakan kita ingin berubah dari Shah Alam ke Sant Agata? Atau adakah perbincangan ini akan menjadikan satu perbandingan di antara jenama Proton dan Lamborghini?

Saya sama sekali tidak ingin mengupas perbandingan konsep atau jenama kedua-dua kenderaan; sebaliknya apa yang saya bakal kupas adalah berlandaskan pemerhatian saya mengenai bidang keusahawanan itu sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila saya yang mempunyai minat di dalam industri automotif, susah bagi saya untuk melarikan diri dari menyetuh perbandingan konsep perniagaan atau keusahawanan dengan jenama-jenama kenderaan atau simbolik persamaan tersebut.

Niat murni TIC adalah ingin membawa satu penanda aras yang baru bagi pengusaha workshop. TIC cuba merealisasiskan salah satu aspirasi halatuju Dasar Automotif Negara (DAN) yang didokong oleh MAI (Malaysia Automotif Insitutute).

Dan juga melibatkan satu NGO yang begitu aktif dan inovatif dalam menaikkan lagi peluang usahawan Bumiputera Negara iaitu GMB (Generasi Muda Berjaya @ Young Entrepreneurs Organization).

Melalui proses perlaksanaan program ini, TIC merasakan kepakaran yang ada dibidang keusahawanan amnya dan automotif khasnya berupaya merubah corak pemikiran serta prestasi para usahawan.  Semua itu diharapkan agar lebih mendorong ke arah mencapai prestasi dan penambahbaikan dari segi tahap efisyen proses pengurusan dan perniagaan itu.

Saya sendiri mempelajari pelbagai “case study” dalam proses perlaksanaan program ini. Pelbagai konsep perlaksaan perniagaan, masalah yang dihadapi serta isu-isu yang berkaitan dan perkara seumpama ini memberikan saya umpama vitamin didalam memcambahkan cari pemikiran saya bersama-sama usahawan ini dalam mencari satu titik untuk berubah.

Para pengusaha wokshop ini juga merupakan satu kumpulan warga pengusaha yang memberikan saya pelbagai input baru dan isu baru. Secara tidak langsung mereka juga menjadi tempat saya menimba ilmu kerana kita juga menimba ilmu secara memerhati dan menilai subjek subjek yang sedang kita lakukan atau hadapi.

Kes kes mereka ini merupakan “case study”yang tidak terdapat didalam Harvard Business School atau Oxford Business School.

Amat seronok berbual dan berbincang dengan pelbagai ragam dan corak buah pemikiran para usahawan ini melalui temubual secara formal dan tidak formal; serta melalui proses audit dan juga proses mengenal pasti isu dan “penyakit”sesuatu perniagaan itu. 

Ini lah pembelajaran tidak formal bagi saya dan saya amat bertuah kerana saya kini menjadi “pelajar” dengan “mempelajari”isu dan masalah mereka.

Seperti kata Tom Bodett “ In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.

Jadi pembelajaran yang saya lalui merupakan satu survey yang ternyata “proven”- samada memberi output yang baik atau tidak, itu satu persoalan lain tetapi yang nyata – yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Saya merasa seronok kerana pada permulaan program ini bermula, masing masing belum jelas dengan hala tuju mereka tetapi selepas 1-2 sesi, mereka begitu aktif dan amat positif memainkan peranan masing-masing. Mereka menunjukkan minat yang baik dan sifat proaktif mereka begitu ketara.

Sesi kaunseling dan ‘brainstorming yang diadakan disambut dengan begitu baik dan menyakinkan dan mereka mempunyai misi dan visi yang jelas, Saya teringat kata kata Jonathan Smith iaitu seorang penulis berbangsa British yang menyatakan “Vision is the art of seeing what invisible to other.” Alhamdulillah

Kita lihat, jika di Negara Eropah, kebanyakan industri pembuatan kenderaan bermula sebagai industri kecil-kecilan atau sederhana tetapi dengan semangat dan aspirasi yang jitu maka lahirlah jenama besar seperti Honda, Ferrari, Pagani, Koenigsegg

Juga lahir pelbagai syarikat penalaan kereta (tuned up) seperti Brabus, Kleemann, AMG, Alpina, Cosworth, Graham Goodie Racing, Prodrive ataupun NISMO (sekadar memberikan berberapa nama sahaja)

Mereka bermula sekadar dengan minat dalam kenderaan dan akhirnya menjadi satu jenama global.

Oleh yang demikian, kenapa kita rakyat Malaysia tidak boleh untuk bertindak sedemikian? Bermula dengan satu impian dan kemudian bakal menjadi satu kenyataan.

Ini tidak terhad didalam bidang automotif semata-mata tetapi satu perubahan pemikiran agar jenama Malaysia dapat berkembang ke arena global perlulah dijadikan satu impian.

Sebelum bertolak ke Sabah, saya bersama En Armey wakil MAI sempat melalui beberapa butik jam mewah di airport; dan saya ingin mengambil sedikit cerita sejarah jenama-jenama jam tersebut.

Kita melihat jenama jam seperti A Lange & Sohne, Vacheron Constantin, Patek Phillipe, Girrard Perragaux, Jean Richard, Glashutte, Greubel Forsey, Breguet, Audemars Piguet, Ulysse Nardin, Parmiagiani, Richard Mille atau Frank Muller.

Mereka semua bermula sebagai “cottage industry” tetapi jenama mereka menjadi sebutan di bibir “watch collectors”. Kehidupan generasi pertama pengasas-pengasas kenderaan mahupun industri pembuatan jam ini, bukanlah sesuatu yang mudah atau semuanya seperti “Life is not a bed of roses”.

Kesakitan, kesulitan, susah payah, kerja lebih masa, kerugian, tomahan, tikaman dari belakang serta pelbagai keperitan dihadapi oleh mereka tetapi mereka mempunyai satu persamaan yang jelas, yang nyata dan yang pasti terlaksana oleh mereka.

Mereka mempunyai sikap kental. Sikap kental terhadap tomahan. Kental terhadap kedukaan. Kental terhadap masalah. Kental untuk jatuh dan bangun semula. Kental untuk menghadapi masalah keluarga.

Kental untuk sentiasa mencari ruang dan peluang. Kental untuk sentiasa berusaha dan yang pastinya kental untuk memastikan bahawa jenama mereka akan terapung tinggi dan megah untuk generasi hadapan.

Kisah benar mereka ini bukanlah telenovela dimana Aaron Aziz atau Luna Maya atau Ahsraf Sinclair mahupun olahan Winter Sonata, tetapi kisah resah hidup mereka adalah satu kisah duka dan lara yang merupakan motivasi kepada diri saya dan mungkin juga untuk anda para pembaca.

Saya merasakan kisah suka duka mereka ini amat perlu kita pelajari bagi mematangkan diri kita. Kadang kala saya merasakan bahawa adakah saya perlu teruskan perjuangan sedangkan saya kerapkali menemui rintangan?

Tetapi jika saya bandingkan masalah saya dengan “Sifu-sifu”ini, maka saya terpanggil untuk tidak menunjukkan sifat ketakutan dalam bidang perniagaan.

Perniagaan ialah umpama air laut yang ada ganas dan ada nyaman. Namun, tujuannya satu bagi mencari output yang baik. Evolusi perniagaan industri jam-jam tadi merupakan satu contoh yang boleh kita pelajari dan ambil iktibar agar perniagaan kita diteruskan.

Keusahawanan Shah Alam ke Sant’Agata?

Ya nilai murni diatas kepantasan Lomborghini yang sentiasa bersaing dengan rakan dan musuh iaitu Ferrari.

Kenapa saya kaitkan dengan Shah Alam atau anologi Proton pula?

Proton merupakan sebuah jenama yang memberikan satu sentimen patriotisme kepada saya; dibangunkan oleh kerajaan bagi melonjakkan industri kenderaan Malaysia.

Tetapi, kenapa sebuah syarikat persendirian milik Ferrucio Lamborghini mampu berdiri lebih tinggi dengan jenama global yang utuh dan menjadi impian ramai peminat kenderaan bermula dari model 350GT, Miura, Espada, Jarama, Uracco, Countach, Murcielago dan pelbagai model lain sehinggalah ke Huracan.

Jadi, anda sebagai pengusaha workshop, atau pengusaha sebarang jenis produk atau perkhidmatan, letaklah satu impian yang tinggi.

Sekalipun anda tidak ingin mempunyai jenama sendiri tetapi sentiasalah meletakkan impian yang tinggi bagi mencapai pencapaian baik di dunia atau di akhirat. Sudah pasti kita ingin mencapai tahap ukhrawi yang baik yakni syurga.

Namun, perbincangan ini lebih kepada hal ehwal duniawi demi menjadikan anda sebagai seorang individu atau usahawan yang berjaya meletakkan perkhidmatan anda, servis anda atau produk anda dimata dunia.

Sekalipun kita tidak mampu merealisasikan kehendak kita ini ketika masih hidup, teruskan perjuangan dengan generasi akan dating demi meletakkan jenama kita di persada dunia.

Jadi bagi peminat kereta di luar sana, saya mungkin akan mengupas sejarah pemilik Lamborghini iaitu Ferrucio Lamborghini – bagaimana beliau memulakan perusahaan Lamborghini dan apakah kaitannya pula dengan Ferrari.

InsyaALLAh jika umur panjang dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt, kita bakal berkongsi lagi maklumat pada artikel yang lain di HidupRingkas.com ini.

Mungkin cerita Sant’Agata atau mungkin juga cerita Maranello (Bandar Ferrari).

Selamat berpuasa.

Azad Jasmi
Tawau.
6.48pagi
17 Julai 2014

Total
39
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge