Artikel ini dikhaskan untuk para usahawan pengusaha bengkel kenderaan. Tak kisah samada anda jalankan bengkel kereta atau motosikal kedua-duanya boleh sahaja.

Jika anda pengusaha bengkel kenderaan dan sudahpun mendaftarkan syarikat secara sah dan sudah beroperasi dan mempunyai hasil jualan bulanan, anda termasuk dalam kumpulan yang saya ingin berikan maklumat penting.

Tak kisah samada anda pengusaha bengkel kenderaan yang baru menjalankan perniagaan, atau sudah lama samada perniagaan maju atau tidak berapa maju. Dalam keadaan manapun anda perlu rebut peluang yang mahu saya kongsikan di sini.

Pengusaha bengkel kenderaan yang mahu lebih maju

Asalkan anda merupakan seorang mengusaha bengkel kenderaan yang sedang mencari-cari jalan untuk memajukan perniagaan lebih baik daripada yang ada sekarang anda merupakan orang yang saya sedang cari.

Penting untuk anda tahu bahawa jika anda sudah ada hasrat mahu berjaya lebih jauh lagi dan berfikiran terbuka untuk menerima bimbingan secara sistematik daripada mereka yang sudi membantu, anda sebenarnya sedang melangkah satu titik permulaan untuk menjadi maju sebagaimana yang anda bayangkan.

Untuk maklumat pengusaha bengkel kenderaan yang sedang membaca artikel ini, untuk maju anda perlu ada mentor yang boleh membimbing anda berfikir diluar kotak daripada kebiasaan.

Untuk maju juga anda perlu ada seorang pembimbing yang sudi follow-up setiap bulan apakah kemajuan yang telah anda laksanakan dalam usaha anda untuk berubah menjadi lebih baik daripada keadaan sekarang.

Percayalah!, kalau diluar negara, mereka sanggup untuk membayar tinggi semata-mata untuk mendapatkan seorang mentor atau coach bagi menjadi pembimbing mereka dalam menjalankan perniagaan agar lebih berjaya.

Data menunjukkan bahawa lebih 70% usahawan yang berjaya menggunakan khidmat mentor dalam membimbing perjalanan keusahawanan mereka. Dan anda perlu ada kepercayaan yang sama.

Program bimbingan untuk pengusaha bengkel kenderaan

Saya ingin kongsikan satu program bimbingan secara peribadi untuk para pengusaha bengkel kenderaan di seluruh Malaysia di setiap negeri. Program ini adalah projek business coaching yang sedang saya jalankan khas untuk pengusaha bengkel kenderaan.

Pengusaha bengkel kenderaan tak perlu bayar untuk turut serta

Berita baik untuk anda!, tak perlu bayar apa-apa untuk sertai program business coaching ini. Anda hanya perlu ada kesungguhan dan mahu maju dan mendapat bantuan orang luar untuk mengetuk agar anda berjalan untuk maju lagi ke depan.

Ada segelintir pengusaha bengkel kenderaan yang mendapat tawaran bimbingan ini tapi tidak menghargai dan tidak nampak apa faedahnya pada mereka.

Para pengusaha bengkel kenderaan itu hanya mahukan wang sahaja untuk majukan perniagaan mereka sedangkan mereka terbukti tidak menjalankan perniagaan dengan betul.

Mereka tak buat pemasaran dengan baik, mereka tak catitkan butiran kewangan dan menjaga akaun perniagaan dengan baik. Mereka tak tahu berapa keuntungan kasar dan berapa keuntungan sebenar perniagaan yang sedang mereka jalankan…

..tapi mereka percaya itu semua tak penting dan untuk maju mereka mahu dapatkan duit atau dana mudah. Atau lebih tepat lagi mereka mahu ada banyak hutang. Mereka hanya fokus untuk berhutang dengan banyak dan mahu hidup dengan tak henti-henti bayar hutang sedangkan berniaga dengan cara yang betul tidak ada nilai buat mereka.

Jika anda juga begitu, tak perlu ikuti program bimbingan perniagaan ini kerana anda hanya akan membuang masa anda sendiri dan membuang masa jurulatih yang mahu membimbing anda.

Pengusaha bengkel kenderaan sila daftar segera

Seandainya anda mahu di bimbing dan mahu berubah dengan jalankan perniagaan dengan cara yang betul, tawaran masih ada untuk anda turut serta dalam program bimbingan percuma ini.

Jika terpilih anda hanya perlu sediakan masa dan berikan komitmen yang penuh untuk sama-sama jayakan perniagaan anda bersama jurulatih perniagaan anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftarkan diri dengan Klik di sini dan masukkan segala butiran yang diperlukan untuk anda dihubungi.

Tawaran ini khas hanya untuk pengusaha bengkel kenderaan bumiputera sahaja. Segera rebut peluang ini dan segera dapatkan bimbingan perniagaan daripada HR Biz Coaching… insyaallah!

Nota:

Pengusaha bengkel kenderaan dari Melaka dan Johor mohon segera daftarkan diri kerana program di sana akan dimulakan dalam masa terdekat. Bagi anda yang mengenali para pengusaha bengkel kenderaan dari Melaka dan Johor, mohon kongsikan maklumat ini. TK

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

  1. salam, saya perlukan foreman (bukan mekanik) untuk bengkel saya, PGM AUTO (g72 pusat perniagaan perwaja gurun 08300 kedah). engine dan gear peugeot n mercedes sahaja. harap tuan dapat tolong. abg jay 0175573338 anytime.tq. pendapatan lumayan, kerja 5 hari seminggu.tq.

  2. Saya berminat sangat2 kerana bengkel saya agak slow… sy perlu guru yang mampu bimbing saya untuk memajukan lagi perniagaan saya ni…..

  3. Salam Tuan,

    Ibu bapa saya pengusaha bengkel aircond & accessories kereta di Kuala Terengganu. Saya sekarang sedang bekerja di Kuala Lumpur mencari pengalaman untuk improvekan bisnes ibu bapa saya. Sudi tak Tuan luangkan masa sebab saya teringin sangat nak menuntut ilmu dengan Tuan.

  4. As Salam Tuan…

    Boleh saya nak berjumpa dgn Tuan?
    Saya tgh mencari usul utk buat satu presentation di peringkat persatuan.
    Ok..saya tunggu jawapan drp Tuan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge