kisah nelayan yang hidup sederhanaIni kisah hidup ringkas yang saya syorkan anda baca. Selepas baca cuba fikirkan sedalam-dalamnya bagaimana dengan diri kita.

Apa yang kita kejar dalam kehidupan ini. Apakah wang kekayaan yang kita kejar dan kalau kita kejar wang, berapa sebenarnya yang mencukupi untuk diri kita.

Kisah hidup ringkas

Setelah 15 tahun bertungkus lumus bekerja degan gigih, seorang eksekutif yang hebat akhirnya bercuti dan pergi melancong di sebuah perkampungan nelayan yang terpencil.

(Punyalah teruk dia pulun kerja sampai tak pernah ambil cuti panjang selama 15 tahun)

Ketika dia bersiar-siar di sekitar jeti kecil di kampung tersebut, kelihatan seorang nelayan sedang berlabuh bersama bot kecilnya. Nelayan itu lompat ke jeti dan menguruskan bot serta tangkapannya dengan asyik sekali.

Eksekutif itu menegur nelayan tersebut dan memuji kualiti serta jumlah tangkapan yang dilakukan oleh nelayan itu dengan ramah.

“Berapa lama tuan ambil masa untuk buat tangkapan sebanyak itu agaknya?”, tanya eksekutif pada nelayan itu.

“Tak lama sangat, sekejap saja”, balas nelayan itu dengan senyuman.

“Ya ke?”, balas eksekutif itu dengan penuh minat.

“Kenapa tak tunggu lebih lama lagi dan buat tangkapan dengan lebih banyak?”, sambung eksekutif itu dengan penuh bersemangat.

“Apa yang saya dapat ini dah mencukupi untuk keperluan saya dan seluruh keluarga saya”, balas nelayan itu dengan tenang.

“Habis, apa yang tuan buat dengan masa lapang yang begitu panjang?”, tanya eksekutif itu kehairanan.

“Saya biasanya tidur lewat sedikit, pergi ke laut tangkap ikan sebentar, bermain dengan anak-anak saya, saya tidur sebentar waktu siang bersama isteri, bersiar-siar di kala petang di sekitar kampung, kemudiannya saya minum bersama kawan-kawan dan melakukan berbagai aktiviti ┬ábersama dengan kawan-kawan saya. Jadual saya memang ketat dan saya sentiasa sibuk sebenarnya”, jawab nelayan itu dengan yakin dan puas.

Maka meloponglah mulut eksekutif itu mendengar jawapan daripada nelayan tersebut. Lalu dengan bersemangat, eksekutif itu berkata,

“Saya sebenarnya ada kelayakan MBA dari Harvard dan saya rasa saya boleh bantu tuan. Tuan sepatutnya meluangkan lebih banyak masa lagi untuk menangkap ikan. Tangkapan tentu akan bertambah banyak lagi dan hasil dari tangkapan itu boleh digunakan untuk membeli sebuah bot yang lebih besar.”

“Dengan bot yang besar, tangkapan tuan akan bertambah dengan lebih banyak dan hasil daripada itu boleh digunakan untuk membeli lebih banyak lagi bot besar dan seterusnya tuan akan memiliki rangkaian bot nelayan yang besar.”

“Tuan boleh jual terus kepada pelanggan dan tak perlu gunakan orang tengah, margin keuntungan tuan akan bertambah. Tuan boleh buka kilang untuk memproses tangkapan sendiri dan tuan juga boleh melakukan aktiviti pegedaran sendiri, dan akhirnya tuan perlu keluar dari kampung kecil ini untuk ke bandar sesuai dengan pembesaran perniagaan tuan nanti…”

Begitulah bersemangatnya eksekutif itu memberikan nasihat ekonomi berdasarkan kepakarannya dalam bidang meguruskan perniagaan.

Mendengar penerangan eksekutif itu, nelayan itu terdiam sebentar, berfikir lalu bertanya,

“Berapa lama nak buat semua tu agaknya?”

“Dalam 15 tahun, 20 tahun atau paling lama 25 tahun”, jawab eksekutif.

“Selepas itu?”, tanya nelayan.

“Hahaha!, ini yang paling best!, bila masa sesuai, tuan boleh senaraikan syarikat ke bursa saham dan boleh jual kesemua saham yang ada. Tuan akan dapat jutaan ringgit dengan mudah!” balas eksekutif itu dengan seronok.

“Juta?, apa yang saya nak buat dengan semua itu?”, tanya nelayan tu kehairanan.

Mendenar soalan tersebut, eksekutif itu terfikir sejenak. Kemudiannya dia menjawab,

“Tuan boleh tidur lewat sedikit, pergi ke laut tangkap ikan sebentar, bermain dengan anak-anak, tidur sebentar waktu siang bersama isteri, bersiar-siar di kala petang di sekitar kampung, kemudiannya minum bersama kawan-kawan dan melakukan berbagai aktiviti ┬ábersama dengan kawan-kawan”.

Eksekutif itu tersenyum senyum ringkas dan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan penuh rasa bangga. Kemudiannya dia bersalaman dengan nelayan itu dan berlalu pergi.

Setelah menghabiskan cutinya dan pulang, eksekutif itu kemudiannya meletakkan jawatan dengan serta merta…

Tamat kisah hidup ringkas

Begitulah sedikit kisah hidup ringkas yang saya petik dari buku tulisan Josh Kaufman. Membaca cerita itu membuatkan saya banyak berfikir dengan kehidupan.

Memang ramai sebenarnya terkejar-kejar pada sesuatu yang pada hakikatnya mereka boleh dapatkannya sekarang juga…wallahu’alam dan selamat berfikir!

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Saya merasakan eksekutif tersebut letak jawatan sebab dia dah jumpa kunci kehidupan dia cari selama ini..melakukan perkara yang dia patut buat pada masa yang sepatutnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge