Kereta Volvo terkorban

Setelah beberapa lama kereta Volvo S40 di pakai oleh rakan kongsi, semuanya berjalan lancar. Hasil jualan syarikat baru bertambah hari demi hari. Banyak pelanggan dari syarikat-syarikat yang kukuh mendapatkan khidmat profesional kawalan serangga daripada syarikat baru yang saya tubuhkan itu.

Terlupa pula saya nyatakan nama syarikat baru tersebut. Namanya ialah PestSciences (KL) Sdn Bhd. Syarikat itu menjalankan perniagaan kawalan serangga dan makhluk perosak sama seperti syarikat yang sebelum ini tetapi dengan sasaran pelanggan yang berbeza seperti berikut:

  • Knockout Fumigation Sdn Bhd – Memberikan tumpuan kepada kerja-kerja fumigasi khas untuk pengeksport bahan-bahan berkayu dari negara kita ke seluruh dunia. Juga terhadap khidmat kawalan serangga perosak seperti lipas, semut, anai-anai, nyamuk, lalat dan apa saja yang mengacau kehadiran manusia.
  • PestSciences (KL) Sdn Bhd – Syarikat ini pula lebih fokus kepada khidmta kawalan serangga dan makhluk perosak secara bersepadu atau di namakan Integrated Pest Management (IPM). Oleh itu senarai pelanggannya terdiri daripada kilang pemprosesan makanan, restoran-restoran yang berprestij, kondominium dan lain-lain seumpamanya.

Seperti biasa, mana-mana perniagaanpun akan mengalamai masalah kewangan yang tak cukup untuk dialirkan. Oleh itu syarikat Knockout Fumigation terpaksa memberikan bantuan dari segi tenaga kerja, peralatan dan juga kewangan pada syarikat baru itu.

Tidak cukup dengan bantuan daripada Knockout Fumigation, syarikat induk saya Easelife Sdn Bhd juga masuk gelangang untuk membantu dengan menyediakan kenderaan dan juga peralatan bagi memastikan ia dapat berdiri kukuh.

Malah sebagaimana semua pembaca tahu, kereta Volvo saya pun saya korbankan juga asalkan matlamat untuk melihat satu lagi sumber pendapatan dapat di bina untuk semua yang terlibat.

Namun semuanya berbaloi!, syarikat mula dapat menjana aliran wang sedikit demi sedikit dan tenaga kerja baru dapat direkrut masuk bagi membantu operasi dan begitulah bulan demi bulan peningkatan berlaku sebagaimana yang diharapkan.

Sehinggalah satu hari rakan kongsi saya menelefon ada masalah dengan kereta Volvo. “Enjin kereta panas, temperature naik!” katanya pada saya melalui telefon.

“Ok!, tunggu situ saya datang!”, saya bergegas untuk ke sana memberikan pertolongan. Kemudiannya saya teringat untuk memberitahu pada rakan saya itu agar jangan cuba hidupkan enjin, biarkan begitu sehingga sejuk semula.

Kereta Volvo dan kebanyakan kereta lain mempunyai satu mekanisma yang akan mematikan enjin apabila suhu terlalu panas. Ini bagi menjamin agar enjin tidak retak dan rosak. Oleh tu jika anda memaksanya hidup selepas di matikan, had kepanasan yang boleh ditahan oleh enjin akan terlepas naik dan enjin mungkin akan retak.

Maka sayapun menelefonnya semula dan malangnya dia sudahpun hidupkan semula enjin. Siap dah ubah kereta ke stesen minyak berhampiran lagi sebelum enjin mati semula dan tak hidup-hidup lagi….”aduh!”, saya mula risau.

Kereta Volvo mula menjadi bebanan

Nak diringkaskan cerita kerisauan saya jadi kebenaran. Mekanik mendapati enjin kereta tersebut sudah crack. Suhu naik hanya disebabkan kipas bermasalah. Jika tukar kipas, selesai semua maslaah itu. Harga kipas hanya sekitar RM900sahaja.

Tapi sekarang kalau nak selamat dan selesa, perlu tukarkan enjin baru. Kalau  nak jimatkan wang dan jual sahaja kereta tersebut boleh buat overhaul dan bila dah ok jual sahaja pada yang berminat. Saya buat pilihan yang kedua dan ada seorang ajen berbangsa Cina yang berminat membelinya.

Tukar kereta volvo dengan Nissan

Setelah berbincang dan bersetuju akhirnya saya lepaskan sahaj kereta volvo tersebut dan keluarka sebuah kereta Nissan Sentra baru dari kedai. Semua urusan Volvo saya lepaskan pada seorang kawan yang menjadi orang tengah antara saya dengan lelaki Cina yang berminat membeli kereta volvo saya tadi.

Semuanya berjalan lancar. Saya tak risau apa-apa kerana lelaki Cina yang akan beli kereta itu memberikan kad perniagaannya sebagai seorang pegawai daripada syarikat Tan Chong. Syarikat besar, apa nak risau. Begitulah yang saya fikirkan ketika itu.

Setelah masuk hampir 3 bulan saya mendapat panggilan daripada bank…”akaun anda tertunggak dah nak masuk 3 bulan…!”. Berdengung telinga saya mendengar berita itu lalu terus menelefon kawan yang berurusan dengan Cina yang membeli kereta saya.

Katanya Cina itu memberitahunya dia akan selesaikan semua itu, ada silap faham, silap teknikal dan berbagai cerita lagi. Namun hari demi hari saya semak dengan bank tak ada perubahan. Terpaksalah saya keluarkan duit dan selesaikan semua pembayaran.

Langkah kedua adalah pergi mendapatkan semula kereta yang diambil kerana saya dah syak sesuatu yang tak baik akan berlaku jika kereta tersebut dibiarkan begitu saja. Di mana sata perlu cari kereta tersebut sekarang?, Cina itu sudah tidak dapat dihubungi dan rupanya bukan saya sahaja yang mencarinya, malah ada beberapa lagi orang lain termasuklah along…!!!.

Tenang dan selesaikan satu persatu

Pengalaman berada dalam suasana panik dalam perniagaan membuatkan saya terlatih untuk tenang dalam apa saja situasi. Caranya mudah sahaja.

  • Buat analisa segala kesan, akibat daripada apa yang berlaku.
  • Terima segala keburukan dan cabaran yang kita sedang hadapi itu dan tak perlu dikeluhkan.
  • Kenal pasti kesan paling hampir dan besar.
  • Fikirkan cara penyelesaiannya dan selesaikan.
  • Selain daripada itu tak payah dirisaukan.

Dalam masalah yang sedang saya hadapi tadi, kesannya cukup banyak seperti kereta hilang, apa kata kalau dia pakai untuk mencuri, apa kata kalau dia jual semua barang kereta itu sebagai sparepart, apa kata kalau saya tak aka temui lagi kereta itu dan berbagai lagi masalah yang boleh difikirkan.

Namun semuanya tak akan selesaikan keadaan malah hanya akan membuatkan saya risau, murung dan tak dapat menikmati kehidupan dan urusan yang lain. Jadi apa yang saya buat adalah, bayar ansuran bulanan kereta itu dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Dengan membayar setiap bulan pada bank, tidak ada sesiapa lagi akan mengganggu dan kereta itu pula jika ada rezeki, insyallah akan datang balik pada saya. Jika ada masalah, saya akan hanya fikirkan bila ia datang. Begitulah yang saya buat.

Jumpa semula Kereta Volvo

Allah Maha Kaya!, satu hari sebuah kereta Polis datang singgah di depan rumah saya. Seorang pegawai polis keluar dari kereta dan berdiri di depan pintu pagar. Ketika itu saya ada di luar dan isteri serta anak-anak ada di rumah.

Isteri saya panik bila pegawai bertanya samada ini rumah Mohd Shubhi dan samada saya ada memiliki kereta volvo dengan naombor sekian dan sekian. Isteri saya mengiyakannya.

Pegawai polis memberikan nombor telefon untuk dihubungi. Dan mengarahkan supaya nombor itu diberikan pada saya dengan kadar segera. Maka setelah diberitahu oleh isteri saya terus menghubungi pegawai polis.

Rupa-rupanya ada aduan polis menemui sebuah kereta Volvo S40 tersadai di satu kawasan letak kereta di kawasan penginapan Kondo mewah di Damansara. Laporan dibuat oleh pihak pengurusan kondo sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun lot letak kereta di situ berbayar, sebab itu jalan terbaik bagi mereka adalah buat laporan polis.

Tengok!, walaupun saya tak cari kereta dan relak saja seperti biasa, tanpa di suruh polis yang mendapatkan semula kereta saya. Maka untuk memendekkan cerita, keesokkan harinya saya membawa satu gerombolan untuk merampas semula kereta tersebut untuk dihantar masuk ke bengkel.

Selesai semua masalah di situ…tapi selepas itu kereta volvo itu masih menimbulkan berbagai cerita menarik lagi yang tak habis-habis yang saya rasa kalau nak diceritakan boleh dibuat sebuah buku novel.

Cuma untuk pengetahuan pembaca, sekarang saya berikan kereta itu pada abang di Kedah untuk digunakan walaupun semua bayaran ansuran telah saya habiskan dengan setia setiap bulan pada bank….Tamat Al-Kisah…sorry panjang sangat!

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

21 comments

  1. Adik saya pun mengalami perkara yg sama. Trade in kereta Myvi ambik Proton Persona. Kereta baru Proton dah dapat. Tapi urusan kereta lama masih lagi tertunggak. Kereta dah bagi pada salesman. Salesman pula hilangkan diri. Kereta lama dah pergi dengan used car yg tak tahu dimana lokasinya. Hutang dengan bank masih lagi jalan. Buat report polis depa cakap salah owner sebab bagi harta kepada orang dengan persetujuan. Nak blacklistkan kenderaan dengan JPJ pun jpj kata tak boleh. Tiba2 surat saman AES je sampai kat rumah. Jika jadi macam ni memang owner yg susah. Susah dengan bank sebab still lagi kena bayar monthly. Diharap bersabar.

  2. Dah habis? ala tak puas bace lagi..kalau buat novel ni saya org pertama yang beli, sebab base from true story. best2!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge