Startup Stock PhotosKalau anda ada perniagaan yang berjaya sekarang tapi tak berapa cukup duit untuk kembangkannya membuka satu lagi cawangan di tempat lain, pertimbangkan idea untuk kongsikan kejayaan perniagaan dengan orang lain.

Siapa yang tak mahu perniagaannya berkembang maju?

Siapa yang tak mahu perniagaannya dibuka di lebih banyak lagi lokasi?

Banyak cawangan bererti pertambahan hasil jualan. Bererti juga bertambahnya keuntungan dan akaun bank anda menjadi semakin tebal.

Namun begitu, untuk tambah cawangan, untuk buka perniagaan yang sama di lokasi baru memerlukan modal yang banyak.

Ringkasnya, semua itu perlukan duit atau modal kewangan tambahan. Mungkin anda tak cukup duit lagi sekarang dan anda juga tak sanggup nak tambah hutang.

Dalam keadaan itu, apakah ada jalan lain yang boleh dilakukan agar perniagaan anda tetap berkembang biak dengan lebih banyak?

Berkembang dengan kongsikan kejayaan

Untuk jawab soalan di atas, Ya! anda masih ada jalan untuk berkembang tanpa perlu pada tambahan modal atau tambah hutang bank.

Jawapannya adalah dengan membuat tawaran Francais.

Itu sama juga dengan kongsikan kejayaan perniagaan anda sekarang dengan usahawan lain yang berminat.

Keuntungan hasil daripada cawangan Francais itu boleh dikongsikan bersama antara anda, pemilik Francais dengan usahawan lain yang menjadi Francaisee.

Sistem Francais terbukti berjaya dan menjadikan banyak syarikat berkembang di seluruh dunia.

Namun begitu ada sistem Francais di negara kita yang gagal. Mungkin disebabkan perniagaan tersebut belum cukup terbukti berjaya atau berjaya tapi tidak ada satu panduan lengkap dalam perlaksanaan.

Ada juga usahawan yang tawarkan Francais atas niat nak cepat kaya. Mereka hanya nak hisap duit orang lain dengan mudah. Apatah lagi bila pembiayaan Francais dengan hutang dari agensi kewangan kerajaan ditanggung oleh usahawan mangsa. Itu kerja aniaya yang tak selamat dalam jangka panjang.

Bagaimana nak kongsikan kejayaan perniagaan anda

Yang wajib anda pastikan adalah biarlah perniagaan anda itu terbukti berjaya menjana keuntungan yang baik.

Anda juga yakin jika ianya dilakukan dilokasi lain dan diusahakan oleh orang lain, perniagaan itu tetap mampu menjana keuntungan yang bagus.

Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan adalah membuat segala princian bagaiman mahu jalankan perniagaan tersebut.

Ia mestilah mudah dan jelas agar usahawan lain yang bakal memiliki perniagaan Francais anda itu dapat dilatih melakukan perkara sama dan menghasilkan kejayaan. Biasanya ia adalah dalam bentuk manual yang lengkap.

Atau dengan lebih mudah, anda tulislah segala apa yang anda lakukan dalam perniagaan agar usahawan lain itu dapat ikut dan buat apa yang telah anda tulis.

Anda boleh mulakan dengan mencuba satu cawangan pertama yang dimiliki moleh orang lain. Kerja pertama anda adalah membantu usahawan itu dalam mencari lokasi yang sesuai, mereksrut pekerja yang sesuai dan menyediakan segala kelengkapan perniagaan yang sesuai.

Anda juga mesti bersedia melatih usahawan itu. Anda juga mesti bersedia melatih kesemua pekerja kepada usahawan itu. Latih mereka sehingga cekap dan mampu buat sebagaimana anda buat.

Dengan kebenaran (pastikan ianya hitam putih) yang anda berikan pada usahawan itu menggunakan segala format perniagaan anda yang terbukti berjaya, juga keizinan gunakan jenama perniagaan anda, usahawan itu akan kongsikan keuntungannya dengan anda.

Betul! keuntungannya tidak seanyak seperti jika anda lakukan dan miliki cawangan itu sendiri. Tapi, anda tak perlu fkirkan tentang duit modal dan anda tak perlu tambah bebanan hutang.

Kongsikan kejayaan perniagaan anda dengan usahawan lain. Insyaallah akan cepatlah perniagaan anda berkembang.

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge