"Kuasai Ilmu perang" untuk perniagaan anda !

By | 09/01/2013
kuasai ilmu perniagaan

Antara buku yang banyak mempengaruhi saya dalam mengatur strategi dan membuat keputusan dalam perniagaan adalah buku yang cukup terkenal di seluruh dunia:

Sun Tzu The Art of War”.

Pada masa awal mengusahakan perniagaan Pest Control, saya tercari-cari arah untuk kuasai ilmu dan mengatur strategi terhadap perniagaan yang saya rasakan cukup mencabar.

Pada peringkat awal saya tak berapa ada idea untuk mengatur bisnes tersebut. Bukan senang nak jual perkhidmatan Pest Control kerana bukan semua orang mahu menggunakan khidmat itu.

Lagipun saya terlalu baru dalam industri pest control. Masih terlalu mentah dan teraba-raba untuk kuasai ilmu kawalan serangga dan makhluk perosak ini.

Untung saya punya beberapa kenalan yang kaki baca buku. Satu hari saya sedang makan mee kuah di Puchong bersama seorang kawan.

Kawan saya itu merupakan seorang artis seni lukisan yang menyara kehidupan dengan hasil seninya. Sebagai orang seni dia merupakan seorang yang minat membaca.

Kami membincangkan tentang persoalan strategi perniagaan dan juga strategi kehidupan secara santai. Dia lalu bertanya samada saya ada pernah membaca buku bertajuk Sun Tzu The Art of War?. Dia berkata sesiapa saja yang mahu memimpin sebarang organisasi perlu mendapatkannya dan mentelaah segala rumusan yang ada.

Oleh kerana saya tak pernah baca cuma sekadar mendengar sahaja tentangnya dan mendapatkan syor yang kuat darinya, maka saya tanpa berlengah terus mendapatkan sebuah di kedai buku MPH.

Saya tidak tangguh lagi untuk mentelaah buku itu dan ternyata memang berbaloi dan cukup memberansangkan. Banyak perkara yang saya adaptasikan segala teknik untuk menguasai peperangan yang digariskan di dalam buku tersebut.

Saya cuba menggambarkan bahawa syarikat saya merupakan sebuah angkatan perang yang kerjanya adalah untuk menguasai sebuah kawasan. Perumpamaannya begini:

  • Negara atau kawasan yang saya mahu kuasai adalah: Pelanggan saya
  • Musuh yang turut sama mahu menguasai kawasan tersebut adalah: Pesaing saya iaitu syarikat Pest Control lain.
Keadaannya sama sahaja dengan suasana peperangan di mana masing-masing cuba menguasai sebesar mungkin kawasan yang menarik.
Segala strategi dalam menyediakan kekuatan syarikat dan jurujual saya adalah sama sahaja dengan segala strategi yang digariskan oleh Sun Tzu untuk angkatan perang.

Ringkasnya saya perlu menggunakan falsafah ideal yang digariskan oleh Sun Tzu yang cukup terkenal itu:

“Kenali diri anda, kenali musuh anda, dalam 100 sebut harga anda tidak akan pernah ditolak!”

Saya syorkan semua yang ingin menjadi pemimpin yang mengetuai apa saja organisasi, eloklah mendapatkan senaskah buku perang tersebut.

Untuk kuasai ilmu di buku tersebut, bacalah dengan berulang-ulang dan cuba memahami konsepnya. Terjemahkan dia ke dalam situasi anda untuk menguasai dunia yang anda ingin kuasai!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “"Kuasai Ilmu perang" untuk perniagaan anda !

  1. Anonymous

    saya pernah baca yang concise punya, sangat menarik! i need to get the original version dan khatam buku tersebut! -dzariff-

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge