Ada macam-macam sebab orang jadi usahawan.. anda macam mana?

Sebab apa anda jadi usahawan?

Atau kalau anda seorang yang masih makan gaji, tapi memang berazam sangat nak jadi usahawan, kenapa nak sangat jadi usahawan?

Kalau anda pergi tanya semua usahawan yang ada kat luar sana, tentu akan dapat berbagai sebab kenapa orang jadi usahawan.

2 sebab utama orang jadi usahawan

Saya selalu dengar dan baca nasihat dari mereka yang dah berjaya, buat orang yang nak jadi usahawan.

Biasanya mereka tekankan betapa pentingnya punya matlamat yang besar dan holistik untuk jadi usahawan.

Tujuan jadi usahawan sebab nak buat duit dengan banyak berapa tak cukup baik dan tak akan banyak membantu anda jadi usahawan.

Kalau duit jadi tujuan utama, anda tak akan mampu pergi jauh. Dan besar kemungkinan akan kecewa dan hidup jadi lebih teruk. Itulah nasihat hampir kesemua orang yang berjaya.

Tapi betulkah duit bukan tujuan utama semua orang yang dah berjaya tu jadi usahawan?

Betulkah duit bukan motivasi utama seseorang itu pulun jadi usahawan dan bersilat sakan berniaga sampai jadi?

Statistik menunjukkan andaian duit bukan motivasi utama seseorang jadi usahawan adalah tak berapa nak betul.

Kajian mendapati 2 perkara berikut adalah motivasi utama majoriti besar orang yang nak jadi usahawan.

  • Duit
  • Kebebasan

Itulah dua sebab utama ramai orang jadi usahawan.

Tak boleh nak lari dari hakikat itu. Kalau ada peluang buat duit yang banyak, kena berhenti kerja dan jadi usahawan, saya yakin hampir semua orang yang sedang makan gaji akan sanggup berhenti kerja.

Masalahnya tak ada sesiapa yang boleh jamin anda akan berjaya buat duit banyak dengan jadi usahawan.

Kebebasan memang anda boleh dapat bila berhenti kerja dan berniaga. Tak ada lagi Boss nak suruh buat itu dan ini. Anda bebas nak buat sesuka hati bila dah berhenti kerja dan berniaga.

Malah boleh pilih nak layan pelanggan mana yang anda suka dan abaikan mana yang tak suka. Nak buka kedai pukul berapapun tak apa, ikut suka. Tak mau buka kedaipun tak apa.

Tapi untuk pastikan anda dapat duit, maka anda akan pastikan keputusan yang dibuat mesti tidak bertentangan dengan matlamat tersebut. Apa saja keputusan yang boleh halau duit masuk ke dalam poket akan anda hindari.

Duit akan jadi fokus utama dan kebebasan buat keputusan yang anda ada itu akan dipandu oleh matlamat nak buat duit itu.

Buat apa yang anda suka

Mungkin ada yang bertanya bukankah orang yang berjaya tu biasanya akan buat apa yang mereka suka. Mereka suka buat perkara itu dan duit bukanlah sebab utamanya.

Memang ramai akan kata macam itu. Duit tu kemudian. Yang pentingnya apa yang dia nak buat itu. Nak ubah dunia, nak bantu orang, nak jadikan dunai yang lebih baik dan berbagai lagi matlamat hebat dan holistik.

Tapi sebenarnya, duit sentiasa duduk kat atas. Kemudian barulah motivasi lain datang. Ertinya majoriti usahawan akan selarikan minat dan kesukaan mereka untuk buat duit dan mendapat kebebasan.

Ada ramai juga orang yang buat juga sesuatu yang mereka tak berapa suka kalau ianya dapat memberikan banyak duit. Bila dah banyak duit, barulah dia mula cari idea untuk buat apa yang dia suka.

Selain dari duit dan kebebasan ada macam-macam lagi sebab orang terjun jadi usahawan. Saya berikan beberapa lagi alasan lain kat bawah ni.

Kecewa dengan kerja

Ada juga usahawan yang bosan dengan kerja makan gajinya. Tak larat nak layan Boss yang dia rasa bodoh semacam.

Atau mungkin dia bosan dengan rakan-rakan kerja yang pemalas dan pentingkan diri. 

Bosan dengan suasana kerja makan gaji yang lebih banyak berpolitik daripada buat kerja.

Bila dah bosan dengan macam-macam perkara, dia mula rasa masuk dalam kandang yang salah. Dan akhirnya kena pecat sebab gagal sesuaikan diri. Dan terpaksa kerja sendiri dan akhirnya jadi usahawan.

Mengejar wawasan diri

Ada juga orang yang berniaga sebab dia ada wawasan. Dia tak cukup sekadar ada wawasan kerja makan gaji himpun duit dan memiliki rumah sendiri.

Tak cukup hebat impian sekadar ada rumah sendiri saja yang majoriti orang sekarang impikan.

Bagi dia lebih hebat kalau punya syarikat perniagaan sendiri. Itu baru betul hebat. Jadi dia mula merangka dan berusaha sampai tercapai impiannya untuk punya syarikat sendiri.

Saya rasa motif tersebut ada pada diri saya masa mula buat keputusan nak jadi usahawan dulu. Mas aorang kalut nak himpun modal buat bayar deposit beli rumah, saya lansung tak terfikir macam itu.

Saya cari jalan macam mana nak memiliki syarikat sendiri. Dan akhirnya jadi jugak wawasan itu. Dengan impian nak punya syarikat sendiri saya dapat sekali rumah sendiri. Syarkat dapat, rumah sendiripun dapat.

Suka pada cabaran besar

Ada juga yang jadi usahawan sebab dia memang suka pada cabaran yang besar dan menguji ketabahan diri.

Kalau makan gaji cabaran atau skop kerja tak berapa nak besar sangat. Lagi besar syarikat tempat anda kerja lagi kecil skop tanggung jawab yang anda ada.

Kalau nak tunggu naik pangkat supaya tanggung jawab yang lebih besar anda dapat pikul, terlalu lama sangat nak kena beratur. Susah nak potong Q dan anda tak suka main kotor.

Jadi nak ambil jalan mudah, berhenti kerja dan buka perniagaan sendiri. Anda akan dapat tanggung berbagai cabaran. Kena tengok kewangan, perlu pimpin pekerja, buat pemasaran, buat jualan, pantau pengeluaran, tengok R&D dan bermacam-macam lagi urusan penting.

Berniaga macam bersukan

Ada juga yang berniaga sebab dia memang suka pada kesusahan dan tekanan untuk menang.

Dia anggap perniagaan itu macam sukan saja. Sejenis sukan yang mencabar kekuatan minda dan katahanan tubuh badan untuk mengharungi semua cabaran dan persaingan untuk ke hadapan dan menang.

Orang macam ini biasanya akan ke depan dan terus ke depan. Dia sentiasa teruja nak tengok sejauh mana kemampuan dirinya sendiri. Sejauh mana dia boleh pergi.

Bila ada sikap macam itu dia tak pernah letih dan tak pernah kenal putus asa. Malah tak reti nak berhentipun.

Sebab apa anda jadi usahawan

Sekarang cuba fkirkan tentang diri ada pula. 

Sebab apa agaknya anda jadi usahawan. Kalau belum lagi berniaga, masih makan gaji, kenapa nak berhenti kerja dan nak jadi usahawan?

Total
14
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge