Bagaimana mula perniagaan dengan kos paling rendah

By | 14/12/2012
petua mula berniaga dengan kos rendah

Bolehkah mula perniagaan dengan kos paling rendah?. Bila nak berniaga, perkara-perkara berikut terbayang di dalam kepala untuk disediakan:

  1. Syarikat
  2. Kad perniagaan, kepala surat, dan lain-lain seumpamanya
  3. Pejabat Operasi
  4. Pekerja
  5. Pelanggan

Ada juga di kalangan usahawan yang sejak dari awal lagi, berusaha menyediakan kesemua yang disebutkan di atas. Bagi golongan ini mereka berandaian bahawa tanpa semua tersebut orang tidak akan yakin dengan perniagaan yang dibuat.

Sebenarnya ada cara mula perniagaan dengan kos yang cukup rendah, cara paling menjimatkan untuk memulakan perniagaan. Untuk menjayakannya kita hendaklah berfikiran realistik dan memberikan tumpuan hanya pada perkara asas saja.

Mari kita semak semula senarai keperluan di atas untuk mula perniagaan dengan kos paling rendah:

  • Syarikat – Kalau ada modal lebih buat syarikat “Sdn Bhb”. Kalau tidak cukup buat syarikat “Entreprise”.Ini perkara asas yang kita perlu adakan walaupun pada hakikatnya ramai orang yang menjalankan perniagaan tanpa ada menubuhkan apa-apa syarikatpun. Bagi saya elok disediakan kerana:
    • Mematuhi undang-undang perniagaan
    • Membina perniagaan dengan cara yang betul sejak awal.
    • Mula membina reputasi syarikat dengan membuka akaun bank dan mula mengadakan transaksi.
    • Dengan adanya akaun bank, kita mengelakkan kerja remeh mencatatkan akaun wang keluar masuk. Kita akan dapat penyata setiap bulan sebagai rekod transaksi dan perkembangan perniagaan kita.
  • Kad perniagaan, kepala surat dll – Ini perlu disediakan tapi tak payah buat cara mahal. Gunakan template pada microsoft words untuk mereka kepala surat. Kad perniagaan pula sekarang ni terlalu murah untuk disediakan. Ringkasnya ini bukanlah membebankan kita dengan kos yang tinggi.
  • Pejabat – Selain dari perniagaan restoran, pejabat operasi sebenarnya tidak diperlukan. Kita boleh jadikan rumah sebagai pejabat. Adakan kelengkapan asas seperti telefon, internet dll sekiranya perlu. Jika perlu juga pejabat atas kehendak pelanggan, tumpang saja pejabat kawan.
  • Pekerja – Selagi tak ada pelanggan yang mencukupi, tak perlu adakan langsung pekerja. Jika dapat kerja sub terlebih dahulu pada rakan lain yang ada pekerja. Anda sendiri perlu membuat pemantauan kerja agar berpadanan dengan apa yang anda janjikan.
  • Pelanggan – Kalau nak berniaga, ini memang perlu diadakan. Walau dengan apa cara sekalipun berusaha mengadakan pelanggan. Layanlah pelanggan pertama anda seperti raja agar ia membawa kepada pelanggan kedua dan seterusnya ketiga. Sebaik saja anda berjaya mendapatkan 3 pelanggan. Perniagaan anda sebenarnya sudah mula bergerak.

Satu perkara yang sering menjadi perangkap pada para usahawan adalah janji daripada pelanggan untuk membeli produk atau khidmat anda dengan bersyarat seperti:

  • Perlu ada pekerja yang ramai
  • Perlu ada kenderaan
  • Perlu ada mesin-mesin tertentu
  • Perlu ada pejabat yang hebat
  • Dll.

Jangan sesekali sediakan kesemua tersebut selagi tidak ada hitam putih yang anda akan diberikan kerja. Kebiasannya ramai yang lingkup apabila menyediakan kesemua tersebut dengan harapan pelanggan mengotakan janjinya sedangkan ia tidak berlaku.

Di sebabkan itu usahawan terpaksa menanggung kos yang tidak sepatutnya dan memudahkan lagi berlaku kehancuran dalam perniagaan.

Contoh:
Saya punyai seorang kawan yang menjalankan sebuah firma perguaman. Sebuah bank besar menjanjikan kerja yang banyak dengan syarat dia perlu ada jumlah 25 orang pekerja.

Dengan bersusah payah dia mengadakan jumlah pekerja sebesar itu sedangkan kerja belum lagi dapat. Sebulan menjadi dua bulan dan akhirnya dah enam bulan kerja masih tak masuk-masuk.

Bayangkan kos yang keluar paling busuk RM25 ribu sebulan di kali dengan 6 menjadi RM150 ribu terpaksa ditanggungnya. Akhirnya hutang bertambun, pekerja cabut lari, firma tungging terbalik.

Sedangkan kita boleh adakan jumlah pekerja yang di minta oleh bank tanpa benar-benar adakannya selagi kerja tak masuk.

Petuanya mudah saja:
“Jangan sesekali keluarkan kos pada perkara yang belum sahih”

Jika anda boleh amalkan konsep yang tersebut di atas, insyaallah anda boleh mula perniagaan dengan kos yang paling rendah.

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

2 thoughts on “Bagaimana mula perniagaan dengan kos paling rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge