Macamana pilih ‘nak niaga apa?’ – Cara saya

By | 30/08/2012

Semua ramuan untuk jadi usahawan saya dah ada:

  • Berani – saya buat terjunan kamekaze dengan beri surat letak jawatan semata-mata untuk berkawan dengan kawan-kawan yang berniaga.
  • Pasti bahawa berniaga adalah keinginan – Kalau duduk dengan penjual minyak atar sudah tentu saya juga akan berbau minyak atar. Bila dah berkawan dengan orang yang suka berniaga tentu saya juga terpengaruh mahu berniaga.
  • Yakin saya akan berjaya – Apa lagi yang nak saya percaya bila semua kawan sekeliling memang usahawan yang percaya pada diri dan berjaya. Tentu saya juga percaya bahawa akan berjaya bila berniaga.

Bila sebut saya mahu tumpu pada satu perniagaan, kesemua kawan-kawan meleleh air liur mahu tahu saya nak berniaga apa. Itu satu perkara yang semua usahawan berjaya mahu tahu, walupun mereka dah berjaya. Saya belajar satu lagi perkara dari mereka yang berjaya:

  • Walaupun mereka dah berjaya, tapi sikap dahagakan peluang tak pernah padam dalam diri. Mereka sentiasa membuka mata dan menadah telinga untuk mendengar idea berniaga baru.
  • Bila ada orang yang mereka lihat berpotensi untuk berjaya, mereka tak segan-segan menawarkan diri untuk bantuan samada dalam bentuk kewangan atau kemudahan. Tukarannya adalah perkongsian. Mereka tak mahu lepas peluang.

Malangnya saya buntu untuk menemui jawapan perniagaan apakah yang mahu saya ceburi. Barulah saya terfikir kenapa kawan-kawan berminat sangat mahu tahu saya nak berniaga apa.

Rupa-rupanya “menentukan perniagaan yang mahu kita ceburi bukan semudah menentukan baju apa nak pakai hari ini.”

Sepanjang berkawan dengan para usahawan, memang saya ada jalankan perniagaan sendiri. Namun tujuan berniaga tersebut semata-mata:

  • Untuk mencari duit bagi menyara hidup dan tanggungan.
  • Mendedahkan diri dalam dunia perniagaan dan cuba memahami apa itu berniaga.
  • Untuk meloloskan diri berkawan dengan para peniaga yang berjaya

Sepanjang 2 tahun saya tidak kerja makan gaji, namun saya masih mampu menyara hidup. Saya masih mampu menjana pendapatan.

Tapi itu bukan perniagaan lagi. Saya tak ada kefahaman untuk membina satu perniagaan sehingga ia bertukar menjadi mesin yang menjana duit untuk kita. Belum lagi pada waktu itu.

Setelah saya sedar apa yang saya mahu dan apa yang saya perlu buat maka mengenal pasti satu perniagaan untuk saya bina dan berikan tumpuan sehingga ia berjaya dan membesar memerlukan satu penelitian yang serius.

Akhirnya saya buat keputusan untuk berehat sambil melakukan apa yang Mat Saleh kata ‘seoul searching’.

Saya perlu cari jawapan kepada soalan, nak niaga apa?

Nak niaga apa?

Untuk cari jawapan nak niaga apa, saya buat keputusan untuk berehat.

Nak tahu macam mana saya berehat?

Saya mencari kerja makan gaji semula.

Ya! saya kembali menjadi seorang yang makan gaji untuk berehat. Sebab apa saya kata berehat dengan makan gaji sebab saya tahu masalah orang yang makan gaji hanyalah 10% sahaja.

Itu peluang mudah untuk saya gunakan bagi menjawab soalan nak niaga apa?.

Sepanjang berkawan dengan para usahawan, ada satu perkara pelik yang saya perhatikan pada kumpulan ini.

Mereka lebih suka berjaga, jumpa orang atau kawan-kawan atau berjalan daripada tidur. Jika dipilih untuk keluar ke kedai minum dengan kawan atau baring atas katil untuk tidur, mereka lebih rela keluar minum sedangkan mereka mengantuk.

Ini perkara pelik yang mungkin ramai tak tahu. Saya terikut-ikut dengan cara mereka dan hasilnya adalah jadual kehidupan lari lintang pukang.

Untuk menjadi normal semula saya perlu tanam disiplin menetapkan jadual kerja. Itu juga alasan kenapa saya makan jagi semula, sebagai latihan untuk mendapatkan disiplin mengikut jadual.

Tambahan pula saya dibayar untuk diajar mendisiplinkan diri, betapa beruntungnya mereka yang makan gaji!.

Saya akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di KL. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, untuk mendapatkan kerja, ia bukanlah menjadi satu masalah kepada saya (Segala Puji bagi Allah).

Saya hanya perlu tahu ada kekosongan, saya dapatkan kenalan kawan yang bekerja di situ dan saya berikan resume padanya untuk dijaja.

Bila dipanggil temuduga saya dengan penuh yakin tanpa takut apa-apa pergi.

Tak ada apa yang nak saya risaukan sebab kerja makan gaji ni perkara mudah yang masalahnya hanya 10% berbanding berniaga yang masalhnya 90% dan saya dah pernah berniaga. Jadi makan gaji adalah kacang bagi saya.

Nak diringkas kan cerita. Keyakinan selamba itu membuatkan saya terus diterima kerja, disuruh segera melaporkan diri dan ditawarkan gaji lebih daripada yang saya minta.

Alasannya simple saja mereka takut saya terima tawaran orang lain. Itulah hikmat mempamerkan keyakinan bahawa, “kamu yang perlukan saya bukan saya yang perlukan kamu”

Lega, saya dah boleh berehat dan gunakan masa rehat itu untuk memilih perniagaan.

Saya rancang akan kerja paling lama 5 tahun dan paling cepat 3 tahun untuk berhenti semula dengan satu perniagaan yang telah diputuskan. Apa yang saya buat sepanjang kerja makan gaji itu akan saya sambung nanti.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Macamana pilih ‘nak niaga apa?’ – Cara saya

  1. Bibbo

    dah klua ke sambungan cerita ni? ape yg dibuat, difikir spnjang mkan gaji tu?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge