Main nombor untuk menjual!

By | 28/08/2013

nombor, petua berniagaBiasanya bila disebut ‘main nombor’, orang yang biasa main tikam ekor akan terbayangkan tikam nombor ekor. Tapi dalam tulisan ini saya maksudkan main nombor sebagai kiraan atau jumlah orang yang kita jumpa.

Mungkin kalau satu masa dulu, untuk menjual sesuatu barangan kita perlu jumpa orang secara betul. Tetapi dalam era internet ini di mana konsep jualan online muncul, kita boleh menjual barangan tanpa perlu berjumpa dengan orang secara realiti.

Walau apapun cara yang anda ambil sebagai pendekatan untuk melakukan jualan, perkara paling utama untuk menjual adalah dengan menghubungkan produk atau khidmat yang anda tawarkan dengan bakal pembeli.

Jika bakal pembeli dapat dipertemukan dengan produk atau servis anda, belum tentu dia akan beli, tetapi kalau kedua-dua perkara tersebut langsung tidak bertemu, sah! tidak akan berlaku sebarang pembelian atau jualan.

Langkah pertama

Oleh itu, walau apa cara sekalipun, seorang peniaga perlu sentiasa pertemukan bakal pembeli dengan produknya. Inilah yang kita namakan sebagai aktiviti pemasaran, iaitu membuka pintu agar pembeli bertemu dengan produk.

Banyak aktiviti untuk melaksanakan pertemuan tersebut dalam dunia moden sekarang, antaranya adalah dengan:

  1. Memilih lokasi perniagaan yang sesuai di mana orang ramai lalu lalang.
  2. Jika anda tak ada duit untuk mendapatkan lokasi yang prime, anda perlu membawa orang datang ke lokasi perniagaan anda. Salah satu caranya adalah dengan iklan di banner yang diletakkan di tepi jalan, atau mengedarkan flier.
  3. Jika anda tak dapat buat flier atau banner atas kekangan kos, maka anda sendirilah yang perlu mencari bakal pembeli.
  4. Dalam kes perniagaan online sama juga. Samada anda iklankan pada blog atau portal news atau google atau media sosial yang terkenal banyak trafik, atau anda sendiri berusaha melahirkan satu portal yang mempunyai banyak trafik seperti buat blog dan sebagainya.

Langkah kedua

Setelah langkah pertama dilaksanakan, anda tentu rasa kecewa apabila ramai yang datang, atau ramai yang telah anda jumpa tetapi terlalu sedikit yang membeli produk anda.

Di sini, anda tak ada pilihan lain selain daripada bermain dengan nombor. Semakin ramai orang datang, semakin bertambah potensi jualan. Cuma masalahnya adalah, berapa ramai yang perlu kita jumpa untuk membuahkan hasil dalam jualan?.

Ramai yang berpengalaman dalam aktiviti jualan mengatakan bahawa untuk menghasilkan jumlah jualan sebanyak 20, anda perlu berjumpa dengan 500 orang atau lebih lagi!.

Ramainya!!!

Tentu itu ekspressi pertama terpancul dalam hati apabila melihat jumlah nombor yang saya berikan. Ya!, anda tak ada pilihan lain. Terutamanya jika anda baru terjun dalam perniagaan dan masih dalam peringkat memperkenalkan perniagaan atau barangan anda.

Melainkan anda seorang yang cukup berbakat dan telah bertapa selama 7 bulan purnama untuk mengayat pembeli, anda terpaksa bermain dengan jumlah nombor yang banyak.

Sebenarnya semua orang boleh belajar skill menjual. Setiap dari kita punyai kelebihan tersendiri dan juga daya tarikan tersendiri dalam meyakinkan orang ramai.

Jesteru itu, perkara paling utama adalah sentiasa memantau:

  1. Siapa pembeli anda.
  2. Selidik demografik pembeli yang telah berjaya anda ayatkan sehingga berjaya.
  3. Lihat trend atau kecenderungan yang ada pada pembeli dan cuba cari titik persamaan.
  4. Jika anda jumpa sesuatu yang ketara, ini bermakna orang yang serasi dengan gaya anda dan juga produk anda adalah dari golongan sebegitu.
  5. Bila dah jumpa demografik yang jelas, cari kumpulan tersebut, di mana mereka biasanya berkumpul. Contohnya, jika anda dapati majoriti pembeli barangan anda adalah peminat Manchester United, anda boleh sertai kumpulan mereka samada kelab atau kumpulan tak formal di kedai mamak.

Dengan memerhatikan semua aktiviti dan keputusan dan segala data yang ada, aktiviti jualan anda akan menjadi lebih fokus dan lebih mudah serta berkualiti.

Mungkin ketika itu, anda dapat melakukan 10 jualan hanya dengan bertemu dengan 15 atau dua puluh orang sahaja…anda telah berjaya membuat sentuhan yang baik untuk pelayaran yang selanjutnya.

Rumusannya

Setiasalah bermain dengan nombor yang banyak dan besar untuk pastikan anda berjaya menjual. Segala keputusan perlu dipantau dan diselidiki agar anda dapat berjumpa cara tersendiri yang ada pada diri anda.

Selamat berfikir…!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

20 thoughts on “Main nombor untuk menjual!

  1. ahmadyani

    Sebutannya sama iaitu ‘main nombor’ tapi maksud perbuatnnya tidak sama. Ada orang yang main nombor kemudian terjunam ke lembah kehancuran. Ada orang yang main nombor akhirnya memecut ke hadapan meraih kejayaan. Pilihan terletak dalam hati orang yang bermain nombor itu.
    ahmadyani recently posted…Siti – Isu PerdanaMy Profile

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Uh! maklumat penting tu!, kena perbetulkan bahasa nampaknya…kalau kena baca 2 kali baru faham, maknanya saya sampaikan dengan cara yang tak betul. Terima kasih atas input ini. Saya akan semak semula…
      Mohd Shubhi recently posted…Main nombor untuk menjual!My Profile

      Reply
  2. onlajer

    Dulu rakan bangsa cina saya suka beli nombor telefon yang agak cantik dan menjualnya kepada orang lain dengan harga 2 kali ganda dari asal unung juga masa itu . zaman prepaid mula – mula berada dipasaran
    onlajer recently posted…MyKad Smart ShopperMy Profile

    Reply
  3. Joe

    Menag betul tue. Kajian demografik nie penting nak tentukan potential buyer. Dulu mase buat business plan, aku buat pasal nie.
    Joe recently posted…Backlink PercumaMy Profile

    Reply
  4. Cikgu Hairul

    The keyword is targated buyer. Nak cari tu yang agak sukar. Bagi orang yang rajin bermain dengan nombor dan statistik, tak mustahil 1 pengunjung 1 jualan.

    Promosi atau aktiviti membuka pagar tu ramai juga kecundang. Letak iklan jual baju budak2 kat fanpage lawak jenaka. Tak kena la..
    Cikgu Hairul recently posted…Pengalaman Adalah Cikgu Paling KejamMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge