Untuk mantapkan perniagaan, semua usahawan perlu pandai menguruskan produk yang ditawarkan di dalam pasaran.

Pengurusan produk adalah salah satu daripada perkara asas dalam aktiviti pemasaran. Kita dah biasa di ajar tentang konsep 4P dalam pelajaran pemasaran. Produk merupakan salah satu daripada konsep 4P tersebut.

Jika anda tak tahu apa itu 4P, agak sukar untuk anda mantapkan perniagaan.

Jika ada yang tak pernah dengar tentang konsep 4P, boleh saya terang secara ringkas di sini agar anda tidak ketinggalan zaman dalam ilmu asas pemasaran.

Apa yang dimaksudkan dengan konsep 4P adalah:

  1. Product – Aktiviti pemasaran tak akan wujud jika tidak dimulakan dengan merangka apakah produk yang mahu ditawarkan pada pengguna/
  2. Price – Harga juga merupakan salah satu faktor penting dalam aktiviti pemasaran. Usahawan perlu tahu┬áharga yang sesuai yang pengguna sanggup untuk membuatkan mereka keluarkan duit dari poket mereka. Ada starategi harga mahal dan ada juga starategi harga murah. Bergantung bagaimana anda posisikan demografik pelanggan anda.
  3. Place – Tempat atau lokasi juga memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran. Apa saja isu yang bersangkutan dengan lokasi dan bagaimana menghubungkan aktiviti penyampaian antara produk dengan pelanggan anda termasuk dalam perkara ‘place’ ini.
  4. Promotion – Promosi seperti iklan dengan tawaran rendah, atau pemberian samples percuma dan lain-lain adalah satu daripada aktiviti pemasaran. Kadangkala usahawan keliru dengan aktiviti promosi ini. Mereka sangkakan promosi adalah pemasaran dan pamasaran adalah promosi. Sedangkan ianya hanyalah sebahagian daripada aktiviti pemasarans ahaja.

Untuk tajuk kali ini saya hanya mahu ceritakan maklumat ringkas berkenaan produk. Perkara pertama dalam hal ehwal pemasaran yang perlu kita ambil berat dalam apa saja perniagaan yang sedang kita sedang jalankan.

Mantapkan perniagaan dengan buat senarai produk

Ini perkara asas dan bila disebut semua orang tahu. Tapi jangan terkejut jika saya katakan ramai usahawan yang tak ada senarai produk yang ditawarkannya kepada pelanggan.

Masalah tak ada senarai lebih ketara bagi mereka yang ada produk atau perniagaan sendiri. Jika usahawan berniaga dengan menjadi ajen produk orang, biasanya mereka akan diberikan senarai produk yang lengkap.

Usahawan yang ada produk atau barang sendiri biasanya buat senarai produk tawaran mereka hanya di dalam kepala. Bila bertemu pelanggan dia akan ulang semua produk yang dihafalnya.

Jika dia ada pekerja, pekerja terpaksa mencari usahawan atau taukeh sendiri untuk terangkan pada pelanggan kerana pekerjanya tidak arif dalam hal-ehwal produk.

Sedangkan jika usahawan itu ambil masa untuk siapkan senarai produk berserta dengan maklumat penting seperti harga, sasaran pelanggan dan lain-lain yang bersangkutan, secara automatik dia boleh melatih pekerja untuk turut sama buat jualan.

Jika anda salah seorang usahawan yang sedang jalankan perniagaan, tanya diri anda sendiri mana senarai produk yang anda tawarkan di dalam perniagaan anda. Kalau tak ada buatlah sekarang juga. Usaha itu sahaja akan membuatkan anda membuka ruang pemikiran lebih luas bagaimana memantapkan perniagaan anda.

Mantapkan perniagaan dengan merekodkan jualan produk

Bila dah ada senarai produk, masih tak cukup lagi. Anda mesti pantau pergerakan setiap produk yang ditawarkan di dalam pasaran. Tulis atau rekodkan segala jualan setiap hari. Berapa dan kepada siapa dan bila.

Jangan pukul rata catitan jualan. Pastikan ianya terperinci untuk memberikan idea produk mana lebih laku, lebih menguntungkan dan siapa pembeli utama bagi setiap produk tersebut. Pantau juga stok setiap produk yang ada kerana itu semua adalah duit.

Dengan semua maklumat itu, anda dapat merancang pengeluaran setiap produk dengan betul dan mantap. Anda juga boleh buat unjuran jualan pada bulan-bulan berikutnya dengan mudah jika ada semua maklumat jualan.

Mantapkan perniagaan dengan guna Teori Pareto

Bila dah catit kesemua maklumat jualan pada setiap produk yang anda ada. dan anda dah catitkan senarai atau demografik pelanggan yang membeli atau menggunakan produk tersebut, anda dah ada maklumat yang cukup hebat dan berguna.

Anda boleh senaraikan semua data di atas dengan menyusun senarai produk mana yang paling laku dan banyak jualannya serta banyak keuntunganya secara menurun. Iaitu yang paling laku atas sekali dan paling tak laku bawah sekali.

Begitu juga senarai demografik pembeli secara menurun dengan kumpulan yang paling banyak membeli atas sekali dan yang paling kurang membeli di bawah sekali.

Lihat teori pareto pada data di atas. Anda akan dapati 20% daripada keseluruhan produk anda menyumbang sebanyak 80% daripada hasil jualan.

Anda akan dapati juga hanya 20% daripada kumpulan demografik yang menggunakan produk anda membuat 80% daripada jumlah pembelian.

Kedua-dua maklumat itu memberikan gambaran siapa sebenarnya pengguna produk anda dan produk mana yang sepatutnya anda lebih berikan keutamaan dan tingkatkan usaha. Proses membaca data teori pareto itu mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun apabila data dah mencukupi.

Rekodkan semua maklumat dan mantapkan perniagaan

Perlu diingat bahawa semua perkara yang disebutkan diatas tidak akan dapat dilaksanakan jika anda tidak buat perkara asas. Perkara asas itu adalah merekodkan kesemua urusan jual beli secara terperinci. Lagi terperinci, lagi bagus.

Biasanya usahawan terpaksa menggunakan sistem akaun yang ada di pasaran untuk membolehkan pengurusan mengumpulan data jualan dan belian dilaksanakan dengan kemas dan rapi.

Tapi jika tak ada modal buatlah semua proses merekod itu dengan menggunakan microsoft excel sahaja. Yang pentingnya anda dapat maklumat yang diperlukan untuk mantapkan perniagaan anda.

Ingat! ramai usahawan yang hairan kenapa perniagaannya tak ke mana setelah 5 atau 6 tahun berniaga sedangkan mereka tak memperdulikan urusan jaga akaun dan rekodkan perjalanan perniagaan duit keluar dan masuk secara berdisiplin. Malah mereka tak ada senarai produk atau tawaran yang jelas dan ditakrifkan dengan terang.

Jika anda menjadi ajen jualan produk orang lain, anda tentu dapat perhatikan mereka sediakan senarai produk lengkap dengan senarai harganya secara terperinci dan terang. Tak hairanlah mereka sampai ketahap yang membolehkan mereka melantik ajen untuk luaskan perniagaan mereka.

Jadi jika nak mantapkan perniagaan anda, pastikan perkara paling penting ini diamalkan sejak awal menjalankan perniagaan. Jangan ambil remeh urusan itu. Selamat berjaya.

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge