© Ed Gregory 2011
© Ed Gregory 2011

Kali ini saya kongsikan pula satu lagi masalah dalam bisnes perkhidmatan penyaman udara, yang salah seorang kawan usahawan kita sedang menghadapinya di luar sana.

Saya terima masalah bisnes perkhidmatan penyaman udara ini di ruang komen dalam blog ini.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa andalah (usahawan) sendiri yang jauh lebih arif dalam urusan perniagaan yang sedang anda jalankan.

Saya hanya sekadar berikan panduan berdasarkan apa yang saya biasa lakukan dalam membuat analisa masalah sesebuah perniagaan yang dihadapi oleh usahawan, dan bukanlah jalan penyelesaian yang muktamad.

Saya juga amat alu-alukan kritikan dari para pembaca. Anda boleh saja mempersoalkan segala pendapat yang saya utarakan. Berikan jalan penyelesaian lain yang anda rasa lebih baik.

Insyaallah saya dapat menerimanya dan mungkin pendapat anda jauh lebih bagus dan kita semua dapat mempelajarinya.

Saya cut n paste masalah yang diutarakan di bawah. Tulisannya mirip sebuah tulisan remaja zaman ini yang menggunakan telefon pintar dalam menghantar mesej dengan ejaan pintas.

Mungkin penulis merupakan seorang remaja yang suka buat kerja dengan pantas dan tidak gemarkan disiplin penulisan yang standard. Kalau boleh, elok amalkan bentuk penulisan yang standard agar mudah dibaca dan difahami.

Masalah bisnes perkhidmatan penyaman udara

assalamualaikum..trlebh dhulu sy ingin prknalkn bisnes yg sy buat skrg nie iaitu bisnes perkhmatn penyaman udara (aircond).

sy mula bisnes pada 2013 shgga skrg 2015, tp sy tidk mmpunyai kdai sndri, sy ad msalh dengn bisnes yg sy buat skrg nie ianya mgkn brpunca dari diri sy sndr. antara mslh yg sy slalu hdapi hari demi hari adalh..

  1. pelangg selalu berkurangn walaupun sy bnyk buat iklan sprti bennr di tepi jaln n tamn, ikln di mudh.my,face to face,bisnes card dll..
  2. hasil kerja yg sedikit prlahn dsebbkn sy brgerak secara bersndrian.
  3. duit yg dterima sy gnekn secara peribadi utk makan minum wife n ank sy..wlaupun sy tau itu adlh duit compny sy sndri tetapi utk mneruskn hdup sy trpakse gnekn duit trsebut.
  4. dlm 1mggu biasanya x lebih dr 10pelangg shje..sbb itu sntiase x ckup duit, tp sy ttp truskn jgk bisnes nie sbb sy blh dkatakn bnyk pngetahuan psl aircond..
  5. bisnes nie sy hnye jlnkn prkhidmatan repair and service shaje..pemasangn aircond sy x buat sbb ia makn mase hmpr 5jam utk satu aircond utk sy seorg pasg n memrlukn tenaga yg trlalu bnyk..

sy amat memrlukn pertolongn tuan utk mnyelesaikn serba sedikit mslh yg sy sdg hadpi skrg nie antranye..

  1. ape yg sy harus lakukn utk tmbh pelngg
  2. mcmne nk majukn bisnes sy nie..
  3. ape lgkh yg prlu sy ambil utk stabil kewangn.
  4. dimana ksilapn yg hrus sy ubh..
  5. ape kata2 semangt utk sy truskn bisnes nie..
  6. ape cadangn tuan trhdp bisnes sy nie..

trm ksh ssgt klu tuan sudi baca artikl sy nie..sy hrp tuan blh mmbntu sy utk memberi nsiht n smgat utk sy..tq

Analisa asas bisnes perkhidmatan penyaman udara

Agak mencabar membaca tulisan sebegitu terutamanya untuk orang dah nak tamat zaman muda seperti saya !

Jika dilihat semula kesemua 5 masalah yang disenaraikan oleh beliau di atas tadi ternyata hanya ada satu saja masalah yang sedang dihadapinya,

Jumlah pelanggan perkhidmatan penyaman udara yang tidak mencukupi untuk pastikan perniagaan terus beroperasi dengan lebih baik.

Jika beliau selesaikan masalah tersebut, maka masalah lain akan turut selesai.

Perniagaannya akan mampu mengajikan beberapa pekerja untuk membantunya. Beliau juga akan punyai gaji tetap untuk menyara keluarga disamping syarikat juga akan punyai keuntungan yang boleh disimpan untuk proses pembinaan syarikat.

Dengan hasil keuntungan perniagaan juga, syarikat dapat menambahkan tawaran perkhidmatan pemasangan dengan menggunakan tenaga kerja yang dia ada.

Bagaimana beliau cuba atasi masalah utama perniagaan perkhidmatan penyaman udara tersebut ?, daripada penerangannya, dia membuat banyak aktiviti pengiklanan.

Namun semua aktiviti itu tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki memandangkan jumlah pelanggan yang beliau dapat hanyalah dalam lingkungan 10 pelanggan sahaja seminggu.

Jumlah itu tidak dapat gembirakan beliau dan dia rasa tak cukup.

Masalah asas yang perlu diselesaikan di sini adalah, “berapa orang pelanggan sebenarnya yang mencukupi untuk membuatkan dia rasa cukup ?”.

Asas bisnes perkhidmatan penyaman udara

Untuk mengetahui berapakah jumlah pelanggan yang diperlukan untuk pastikan perniagaannya menjadi lega, satu kaedah mudah perlu dirangka yang dapat menggambarkan keseluruhan perniagaannya sekarang.

Kaedah mudah yang terbukti berkesan untuk mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan adalah dengan membuat aliran tunia perniagaan bulanan selama setahun.

Aliran tunai merupakan kedudukan duit keluar dan masuk perniagaan setiap bulan. Untuk membolehkan anda melakukan aliran tunai, anda perlu mencatit semua perkara berikut di bawah:

  1. Jumlah jualan yang dibuat setiap bulan. Untuk memudahkan anda mengumpul semua maklumat ini, cara paling asas adalah dengan mengeluarkan invoice setiap kali kerja dilaksanakan sehingga siap.
  2. Kos jualan. Dalam melaksanakan kerja, apakah barangan yang digunakan dan berapakah kos pembeliannya. Kos jualan bermakna kos yang perlu dikeluarkan hanya apabila berlakunya jualan. Dalam kes perkhidmatan penyaman udara ini, selain daripada bahan keperluan untuk selenggara, kos logistik perlu diambil kira sebagai kos jualan memandangkan anda perlu keluar jika ada kerja.
  3. Untung kasar. Jika anda tolak hasil jualan terhadap kos jualan, anda akan dapat nilai untung kasar. Perhatikan berapa peratusan untung kasar anda itu. Semak berapakah kos untung kasar yang dibuat oleh pesaing lain.
  4. Kos tetap perniagaan. Dalam kes kawan kita di atas, mungkin dia tidak punyai kos tetap sewaan premis kerana dia buat kerja secara solo. Oleh itu kos sewaan tak termasuk kos tetap perniagaannya. Selain dari itu, kos tetap perniagaannya sudah tentu termasuk gajinya sendiri, bayaran ansuran kenderaan jika ada dan kos-kos lain yang perlu dibayar. Pastikan bahawa kos tetap perniagaan adalah kos yang anda perlu bayaran walaupun tidak ada sebarang jualan berlaku setiap bulan.
  5. Untung bersih. Hasil daripada untung kasar di atas ditolak dengan kos tetap perniagaan, anda akan perolehi untung bersih sebelum cukai.

Bila anda dah ada kesemua maklumat tersebut di atas, susun kedudukan perniagaan anda untuk ketahui untung kasar dan untung bersih setiap bulan.

Untuk makluman, majoriti usahawan tidak berusaha menyediakan aliran tunia yang saya sebutkan di atas tadi. Seandainya mereka sediakan perkara tersebut, segalanya akan menjadi lebih mudah untuk membuat analisa kedudukan perniagaan mereka.

Oleh itu, saya cadangkan usahawan yang bertanya tersebut segera buat aliran tunia bulanan perniagaanya dengan kadar segera. Kalau tak tahu, anda perlu ikuti kursus yang saya anjurkan nanti (kalau saya rajin).

10 pelanggan perkhidmatan penyaman udara seminggu.

Menurut kawan kita di atas tadi, dia tidak perolehi lebih dari 10 orang pelanggan seminggu. Jumlah itu tidak mencukupi untuk menyara kehidupannya.

Sekali lagi saya nasihatkan agar dia buat aliran tunai yang saya sebut tadi untuk ketahui berapakah sebenarnya jumlah pelanggan yang dia perlu ada seminggu dan seterusnya sebulan untuk membolehkan dia terus hidup.

Bila tahu angka itu, lebih mudah untuk dia susun strategi.

Daripada maklumatnya, saya andaikan dia punya purata 5 orang pelanggan seminggu. Dalam masa sebulan dia tentu ada lebih kurang 20 orang pelanggan.

Dia juga sudah menjalankan perniagaannya selama lebihkurang 2 tahun. Oleh itu secara mudah saya boleh andaikan dia sudah berkhidmat kepada lebih kurang 480 orang pelanggan.

Persoalannya di sini, dan soalan ini amat penting, dalam jumlah 480 kerja yang sudah dia lakukan itu, berapakah jumlah pelanggan tetap yang dia berkhdmat secara berkala ?

Ada dua kes di sini:

  1. Kesemua 480 orang pelanggan adalah orang yang tidak sama. Ertinya setiap pelanggan hanya menggunakan khidmat penyaman udara darinya sekali dan terus tak ulag guna. Jika ini kes yang berlaku, ertinya dia ada masalah besar dalam kekalkan orang yang beli kali pertama produknya bertukar menjadi pelanggan setia.
  2. Dia punya pelanggan tetap yang menggunakan khidmatnya lebih daripada sekali. Ertinya dia dah buat kerja sebanyak 480 kali pada pelalanggan yang sama. Jika ini berlaku, ertinya perkhidmatan yang dia berikan ada amat baik sehingga pelanggan menjadi setia padanya.

Jika perniagaan anda berjaya menukar prospek menjadi pembeli dan kemudiannya pembeli itu tidak ulang beli produk anda selepas itu, perniagaan dan produk atau khidmat anda sudah tentu amat buruk yang tidak layak untuk menjadi lebih maju.

Ingat ! kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah terlalu tinggi berbanding jika anda berusaha untuk kekalkan pelanggan setia.

Dalam kes kawan kita di atas tadi, saya syak dia secara tidak sedar hanya berusaha untuk mendapatkan pelanggan baru walaupun sudah dua tahun berniaga.

Jika itu yang berlaku, maka sikap itu perlu diubah dengan kadar segera. Satu strategi baru peru dirangka untuk memberikan tumpuan pada mengekalkan pembeli menjadi pelanggan setia.

Bagaimana jadikan pelanggan setia

Saya rasa dah panjang sangat penerangan dalam artikel ini, jadi saya ringkaskan saja dalam bentuk beberapa panduan untuk tukar strategi perniagaan perkhidmatan penyaman udara kawan kita di atas tadi.

  1. Sediakan satu buku log untuk mencatat nama pembeli setiap kali berjaya mendapatkannya. Lebih mudah jika anda boleh gunakan microsoft excel dan simpan semua data pembeli anda dalam komputer.
  2. Isikan semua maklumat berkenaan pembeli anda tadi terutamanya nombor telefon, email atau seumpamanya.
  3. Buat panggilan susulan keesokkan harinya setiap kali anda selesaikan kerja. Tanya tahap kepuasan kerja anda dan ambil laporan jika dia tak puas hati dan selesaikannya sepantas mungkin.
  4. Buat jadual selenggara kedua setiap pembeli dan buat panggilan apabila masanya tiba. Anda boleh tawarkan khidmat pemeriksaan secara percuma jika pembeli kata semuanya ok. Mungkin anda boleh buat jualan ketika pemeriksaan dilakukan.
  5. Buat promosi secara berkala setiap bulan hanya untuk mendapatkan pelanggan baru dalam kuantiti yang anda tetapkan. Bila dapat, ulang semua langkah di atas.
  6. berikan tumpuan 80% pada mengekalkan pelanggan setia dan hanya 20% pada aktiviti mendapatkan pelanggan baru.

Secara ringkasnya, itulah cadangan saya khas kepada usahawan perkhidmatan penyaman udara yang bertanya dan juga pada usahawan yang lain.

Harap ada manfaatnya dan membantu sedikit sebanyak.

Yang penting jangan putus asa dan terus gunakan akal untuk selesaikan apa saja masalah yang mendatang.

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. salam tuam.. alhmdulilh.. t.ksh atas prkongsian ilmu.. tips yg brguna.. mohon izin utk share ngn shbt2 sy.. moga allah akn mmbls Nya nnti.. aamiin..

  2. terima atas kongsian ilmu ini. FREE tanpa bayar apa2 pon tapi isinya cukup menyentuh jiwa org yg buat bisnes penyaman udara. alhamdulillah dapat belajar sesuatu harini. semoga murah rezeki tuan.

  3. Memang terbaik dari tuan Shubhi,terbaik,kalau tuan singgah kulim bagitau,teringin nak berjumpa

  4. Kita mengalami masalah yg same dan sye jga ada membuat servis penyaman udara..isyaallah kesabaran susah dahulu senang kmudian..

  5. Salam..
    Terbaik penjelasan dari guru perniagaan hidup ringkas kita..
    point ini terpakai untuk semua biz..kalau di hayati..
    Terima kasih Tuan Bihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge