masalah dalam perniagaan sama dengan masalah dalam kehidupanBumi mana yang tak ditimpa hujan. Dunia mana yang tak dilanda masalah. Masalah dalam perniagaan adalah perkara biasa. Selagi perniagaan dijalankan, selagi itulah masalah akan datang tanpa henti.

Perniagaan boleh diibaratkan seumpama seseorang yang sedang tidur dengan berselimutkan kain pelikat. Jika ditutp kepala kaki akan terbuka. Jika ditutup kaki pula, kepala akan terbuka.

Untuk tutup keseluruhan badan kenalah cuba kecilkan diri selama mungkin. Bila dah rasa lenguh terpaksa buat pilihan samada nak buka kepala atau buka kaki.

Begitulah lebih kurang keadaannya jika anda mahu memahami masalah dalam perniagaan. Tak pernah sunyi daripada masalah yang perlu usahawan selesaikan. Dan jangan pula ingat jika selesai masalah itu tak ada datang masalah lain pula.

Bukanlah nak menakutkan bakal usahawan diluar sana, tapi sekadar memberikan gambaran bahawa menjadi usahawan bukanlah semudah yang orang luar lihat gaya hidup para usahawan diluar sana. Mungkin mereka nampak santai bebas, namun hakikatnya Tuhan saja yang tahu.

Namun begitu, jika semua itu tidak menakutkan anda, peluang untuk mendapat lebih daripada apa yang anda ada sekarang tidak ada hadnya (pinjam kata-kata David Rockefeller).

Masalah dalam kehidupan

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita juga sering dilanda dengan berbagai masalah. Jika jiwa tak kental, masalah akan dilayan sepenuh hati dengan penuh rasa syahdu dan merosakkan semua perjalanan hidup.

Cuba lihat perumpamaan ini:

Katakan anda menghadapi masalah yang berat hari ini, maka otak bercelaru dan berserabut asyik memikir dan melayan masalah tersebut. Bermula dari pagi hari sehingga ke malam ligat memikirkan masalah itu sehinggakan tak dapat tidur.

Bila tak dapat tidur, badan menjadi lemah dan sebaik saja terpaksa bangun pagi selera makan mula berkurangan. Nak makan rasa tak lalu walaupun perut terasa lapar.

Bila nak makan tak lalu dan perut rasa lapar, mula mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan tidak bagus untuk kesihatan. Makan benda mengarut yang tidak mengenyangkan. Kesihatan tubuh dan tenaga kerja terjejas dengan teruk.

Bila dalam keadaan sebegitu, produktiviti kerja merosot. Kualiti kerja turut merosot dengan begitu teruk sekali. Semua orang mula menjadi musuh dan silap-silap hari bulan Boss tempat kerja sendiri akan ditengkin sesuka hati.

Bila dah jadi begitu, boss panggil masuk bilik, amaran dan syarahan motivasi diberikan bertalu-talu dan anda diminta untuk berubah atau pergi cari kerja lain.

Bila Boss dah kata begitu, masalah baru pula datang. Balik rumah tak ceria dan fikiran bertambah serabut yang akhirnya malam itu tidur tak lena sekali lagi. Esok bangun tak lalu makan lagi, tak ada tenaga, bad mood dan produktiviti merosot dan kena masuk bilik boss pula.

Bila balik rumah pasangan pula buat syarahan panjang….anda diberi kata dua oleh boss dan juga pasangan……begitulah seterusnya sehingga anda relaks semuala dan hentikan semua ketakutan dan aktiviti melayan masalah kehidupan.

Masalah dalam perniagaan

Samalah juga dengan masalah dalam perniagaan. Bila jualan tak bagus, ekonomi merosot anda mula gelabah. Kos sara perniagaan tinggi sewa kena bayar, vendor juga ligan payment, semua kena bayar dan anda mula ambil pendekatan fokus pada masalah kos lalu buang pekerja.

Bila buang pekerja, tenaga pekerja tak cukup. Kerja jadi tak cekap dan tak berkualiti. Semua merungut termasuklah pekerja sendiri yang terpaksa buat kerja lebih dengan bayaran sama dan pelanggan juga tak puas hati kerana servis atau produk buruk.

Bila berlanjutan begitu, pelanggan lari jualan turun lagi dan anda terpaksa buang pekerja lagi. Kualiti semakin buruk dan produktiviti merosot dan keuntungan semakin menjunam dan pelanggan lari lagi dan anda buang pekerja lagi dan berputar-putar sehingalah…..

Tinggal anda meja dan dinding serta lantai pejabat dalam perniagan anda…baru tersedar namun dah terlewa. Nak mula perniagaan baru pula, kerja tak ada lagi tapi perlu ambil pekerja dulu, dan mula tahan kesabaran dan bina semula perlahan-lahan…

Bukankah pada peringkat awal masalah dalam perniagaan tadi diselesaikan secara tenang seolah-olah baru nak mulakan perniagaan lebih mudah jadinya….?

Cuba selami tulisan ini dan hayati masalah dalam perniagaan anda dan juga masalah dalam kehidupan yang sedang anda hadapi sekarang. Bagaimana anda hadapi dan selesaikannya?

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. hm.. betul tu.. saya buat masa ni terpaksa stop jadi usahawan online atas sebab2 tertentu.. mungkin akan sambung kembali..

    p/s : Kata-kata Rockefeller tu memang betul.. Dia sendiri pun dulu menghadapi cabaran dari persaingan tenaga elektrik,

  2. Ambil pekerja hanya perlu sahaja. Gunakan kemahiran pekerja 100% dan ambil peluang belajar kemahiran yang ada pada pekerja kita. untuk bangkit kembali dari kegagalan gunakan rumah kita sebagai kilang atau pejabat untuk mengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh dijual. Serahkan 100% pengurusan pejabat kepada pekerja. Kita sebagai pemilik perniagaan fokus jualan dan pemasaran sahaja.
    Cili Padi Kampung Online recently posted…Benih Cili Padi KampungMy Profile

    1. setuju.saya sangat setuju, bila dah jadik bos kena keluar buat marketing (tukang carik pelanggan)
      bagi saya pekerja dan bos TAK BOLEH buat satu kerja yang sama dan berada di satu tempat yang sama. Sorang kena jaga sorang buat iklan. TAK PERLU 2-2 tahu buat bende yang sama. tapi zaman sekarang nak cari pkerja yang boleh kerja TANPA pengawasan sangat susah. kalau kita tak ada. maybe tidur atau buat bende lain(bende selain kerja )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge