susah nak jualMasalah jualan merupakan masalah utama yang dikongsikan oleh para usahawan, dalam survey ringkas yang saya buat.

Survey tersebut adalah berkaitan dengan masalah perniagaan yang saya buat dalam Group Kelab Usahawan Hidup Ringkas kat sini (saya jemput anda sertai group tersebut jika anda seorang usahawan).

Masalah jualan ‘Kedai serbaneka mai tak berenti’

Ada satu cerita yang saya dengar dari seorang kawan di Langkawi, kita namakannya sebagai Azalan.

Masa mula-mula Langkawi sedang giat membangun, ramailah usahawan tempatan yang memulakan perniagaan di Pekan Kuah. Seorang usahawan kenalan Azlan, merupakan antara mereka yang turut terjun membuka kedai serbaneka.

Satu hari Azlan singgah di kedai kawannya itu untuk bertanyakan khabar. Dari tepi jalan kelihatan kedai kawannya tersergam kemas. Kelihatan papan tanda kedai yang besar memahsyurkan nama kedai itu yang unik. Nama kedainya adalah ‘Kedai serbaneka mai tak berenti’.

Setelah merenung kedai kawannya dari jauh, melihat sekeliling pekan yang ramai pelancong itu, Azlan masuk dan bertemu dengan kawannya, taukeh kedai serbaneka itu. Setelah bersalam dan bertanyakan khabar, Azlan bertanyakan perkembangan perniagaan kedai itu.

“Bisnes macam mana ?”, tanya Azlan.

“Tak berapa menarik… !” Jawab kawannya, taukeh kedai itu dengan agak sedih.

” Ai ! sikit punya ramai orang lalu lalang kat sini, takkan bisnes tak bagus kot ?, lokasi kedai ni strategik ! “, tanya Azlan lagi tak percaya.

“Aku rasa, macam dah tersilap pilih nama kedai lah Lan ! “, jawab Taukeh kedai.

“Kenapa dengan nama kedai ?”, tanya Azlan kehairanan.

“Ya lah !, memang ramai yang mai kat sini, lalu depan pintu pergi dan balik… tapi masalahnya sorangpun tak berenti ! “, terang taukeh kedai dengan serius.

Masalah jualan perniagaan anda

Cerita kat atas tu saya tak pasti samada rekaan semata aaupun cerita benar yang memang pernah dialami oleh salah seorang dari ramai usahawan di Langkawi sana satu ketika dahulu.

Tapi cerita sebegitu memang lumrah dalam dunia perniagaan.

Masalah jualan dalam perniagaan yang amat rendah, sedangkan jumlah mereka yang tahu, jumlah mereka yang masuk atau bertanya adalah ramai. Mungkin anda juga pernah atau sedang mengalami masalah yang sama.

Seorang kawan saya yang menjalankan perniagaan dalam bidang F & B pernah mengalami masalah yang sama. Setiap kali dia bertanya pada orang yang dia jumpa samada kenal nama syarikat dan perniagaannya, ramai yang akan menjawab ya. Malah ramai yang kagum dengan syarikatnya.

Tetapi, malangnya dalam begitu ramai orang yang kenal itu, jualannya amatlah rendah dan hidup segan mati tak mahu. Itu adalah sesuatu yang menyedihkan. Kalau glamour (sebab ramai orang kenal) itu boleh membuatkan akaun bank anda bertambah, tentu seronok, tapi malangnya glamour tidak menjamin anda banyak duit.

Kenapa perniagaan anda ada masalah jualan

Sebab apa perniagaan jadi seperti mana yang saya ceritakan kat atas tadi ?

Berikut saya kongsikan sebab-sebab utamanya kat bawah:

  1. Orang tak mampu beli produk anda – Tak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengubah keadaan, kalau bajet pelanggan anda tak lepas untuk mendapatkan apa yang anda jual.
  2. Orang tak nampak kenapa mereka perlu beli produk anda itu – Bayangkan jika anda cuba menjual peti ais di kampung yang tak ada kemudahan letrik.
  3. Orang yang datang itu bukan pembuat keputusan – Pembeli dan pembuat keputusan ada masanya merupakan dua individu yang berbeza. Kemudahan tuisyen sekolah rendah biasanya diperlukan oleh pelajar. Tapi menentukan samada pusat tuisyen anda dipilih sudah tentu ditentukan oleh ibu atau bapanya. Sama juga jika anda menjual barang selenggaraan bangunan. Pembelinya ialah technician bangunan tersebut sedangkan pembuat keputusan adalah Bossnya atau jabatan procurement.

Apa yang berlaku di atas hanya menunjukkan satu perkara sahaja.

Ia memberi tanda bahawa segala usaha pemasaran anda, segala duit yang anda keluarkan, untuk membawa semua orang tersebut di atas datang ke kedai anda, adalah kerja sia-sia.

Kenapa sia-sia ?

Sebab anda melakukan kerja pemasaran pada golongan yang tidak betul !. Ertinya golongan sasaran anda salah.. samalah tu !.

Rangka strategi pemasaran dengan baik

Untuk selesaikan masalah kat atas, anda perlu fikirkan semula strategi pemasaran anda. Kepada siapa anda sasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu?

Fikir betul-betul. Jangan main hentam dan ikut-ikutan saja. Kalau tak tau pergi tanya orang yang tahu. Berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman. Atau ikuti program HR Business Coaching yang saya buat.

Bila dah kenal pasti golongan sasaran, fikirkan pula kat mana golongan tersebut berada. Di mana mereka berkumpul, macam mana anda boleh berhubung dengan mereka dan lain-lain seumpamanya.

Kalau bukan semua di atas ?

Jika ketiga-tiga perkara yang saya terangkan tadi bukanlah isu yang membuatkan perniagaan anda mengalami masalah jualan, sebab apa pulak ?

Anda memang sasarkan golongan yang betul.

Mereka memang ada buat pertanyaan.

Anda pasti dan buat survey, bahawa memang mereka perlukan apa yang ditawarkan oleh syarikat anda.

Kenapa mereka masih tak beli juga ?

Ok !, kalau anda pasti begitu, ada dua kemungkinan saja kenapa mereka tak mahu beli dari anda,

  1. Mereka tak percaya pada anda – Jual barang secara online dan gambar profile anda adalah gambar gambar kucing kurap, siapa nak percayakan kucing kurap berniaga online. Apasal tak letak muka sebenar ?
  2. Mereka tak yakin pada jenama produk anda – Ini memang agak sukar nak diselesaikan jika tidak ada pengalaman dan tak pergi tanya orang yang lebih arif.

Macam Mana nak atasi masalah tersebut ?

Saya tak tahu… jadi tolonglah berikan idea sedikit kat bawah, jika anda ada idea. Kongsikanlah sedikit ilmu kat sini supaya anda mendapat sedikit ganjaran dari usaha kebaikan anda itu.

Nota: “Jika anda merupakan pengeluar produk seperti dalam gambar yang saya paparkan kat atas sekali tu, sila hubungi saja. Atau anda ada pengetahuan macam mana nak kilangkan produk tersebut untuk dikeluarkan daloam kuantiti yang banyak. sila hubungi saya.” email ke mohdshubhi@gmail.com

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Bila baca nota last skali tuu..tiba2 sy kne scroll naik balik nk tgk gmbar..terfikir mcm ada sesuatu plak yg tuan nk smpai kn…ada yg baca rasa mcm tuu x

  2. Terima kasih tuan Shubhi atas artikel diberi. Untuk menjawab 2 pertanyaan tuan, saya kongsikan sedikit pandangan yang ada:

    1. Mereka tak percaya pada anda
    Caranya: Letak nama syarikat, nama profil. Bila prospek mesej atau call, tunjukkan kita benar-benar ingin membantu bukan nak menjual sahaja. Bila prospek sudah nampak kesungguhan kita, mereka akan yakin dan mula percaya. Percaya ni satu unsur yang lambat diperoleh tetapi bila sudah dapat, mereka akan jadi pelanggan setia yang tiada sesiapa boleh gugat.

    2. Mereka tak yakin pada jenama produk anda
    Cara: Testimoni ikhlas daripada pengguna. Berkongsi kebaikan produk bukan sekadar manfaat tetapi lebih kepada kesan emosi. Untuk yakin kena tunjuk bukti. Bukti penglihatan, perasaan, pendengaran dan sentuhan.

    Sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa.
    Zaini recently posted…Andaian Mengarut Dalam Bisnes PrintingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge