Aktiviti mengemas kini artikel di blog hidupringkas.com agak perlahan sekarang kerana saya agak sibuk menjalankan urusan business coaching di Ipoh, Perak. Dalam kesibukan menguruskan usaha business coaching itu, terbaca pula artikel dari Australia yang mengetengahkan kemunculan business coaching penipu yang banyak di negara Australia.

Berita itu merupakan satu panahan berat pada apa yang sedang saya lakukan sekarang. Tersentak sebentar bagaimana saya perlu menghadapi masalah sebegitu jika negara kita juga mengalami masalah kemunculan business coaching penipu.

Perniagaan yang menawarkan khidmat business coaching pada para usahawan yang mengalami masalah dalam perniagaan mereka sememangnya merupakan satu industri yang sedang berkembang pesat di hampir kebanyakan negara maju.

Amalan membayar yuran tertentu yang biasanya mahal untuk mendapatkan khidmat seorang business coach atau jurulatih perniagaan adalah satu perkara biasa yang sudah lama bertapak di banyak negara barat.

Menggunakan khidmat business coach banyak membantu para usahawan samada untuk membaiki perniagaan yang sedang bermasalah ataupun untuk meningkatkan tahap sesebuah perniagaan agar pergi lebih jauh.

Oleh kerana ia sudah terbukti berkesan maka permintaan terhadap khidmat business coach meningkat dari tahun ke tahun. Bila dah ada permintaan yang tinggi maka bekalan juga akan mula masuk dengan tinggi juga. Itu adalah perkara lumrah yang akan berlaku dalam mana-mana industri ekonomi terbuka.

Apakah Malaysia juga ada banyak masalah business coaching penipu

Itulah persoalan yang keluar dari fikiran ketika membaca artikel dari Australia tersebut. Apakah sudah banyak munculnya business coach penipu di negara kita tidak dapat saya pastikan.

Mungkin juga para pembaca yang ada pengalaman kongsikan di sini. Adakah anda merasakan diri tertipu oleh individu yang mendakwa sebagai seorang business coach hebat yang mampu menyelamatkan perniagaan anda?

Atau adakah anda pernah terjumpa seorang yang mendakwa seorang business coach berpengalaman yang mampu membimbing dan melatih anda menjadi seorang usahawan yang hebat dan berjaya?

Bagaimana menjauhi business coaching penipu

Saya tak dapat nak tentukan bahawa saya merupakan salah seorang pengamal aktiviti business coaching penipu kerana masih lagi dalam peringkat tidak berapa aktif mempromosikan perniagaan business coaching saya. Ia lebih kepada aktiviti sambilan yang berpaksikan kepada desakan ingin berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan.

Namun begitu, daripada maklumat dan pembacaan laporan dari negara luar itu, saya boleh senaraikan beberapa cara mengenal pasti samada anda tidak terjebak dengan skim business coaching penipu. Antaranya adalah:

  1. Pastikan anda bertanya terlebih dahulu selain daripada menjalankan perniagaan business coaching, apakah individu terlibat ada menjalankan apa-apa perniagaan konvensional yang terbukti telah berjaya. Mungkin individu itu hanya mendapatkan latihan teori sahaja selama ini dan mula mendakwa dia boleh membantu orang untuk berniaga dengan berjaya.
  2. Jika tidak ada sebarang bukti bahawa dia ada menjalankan apa-apa perniagaan konvensional yang berjaya, pastikan bahawa dia mendapat latihan yang diiktiraf daripada mana-mana institusi yang menawarkan kemahiran menjadi seorang business coach. Ertinya pastikan dia seorang business coach yang terlatih seara profesional.
  3. Cuba bertanya apakah pengalaman kesilapan yang dia telah lakukan dan bagaimana dia hadapi dan selesaikan kesilapan tersebut. Pengalaman membuat silap adalah lumrah yang dialami oleh seseorang usahawan dari dari situ dia belajar secara amali. Orang yang tidak pernah buat silap sebenarnya adalah orang yang tak pernah buat apa-apa.
  4. Pastikan anda semak samada akan mendapatkan khidmat bimbingan secara berdepan satu sama satu atau empat mata dengan business coach anda. Kebanyakan tawaran yang tidak akan berjaya adalah jenis bimbingan dan latihan secara generik secara umum yang pukul rata dalam apa saja industri atau masalah perniagaan. Bkan semua cara sebegitu akan berjaya.
  5. Pastikan business coach anda menyesuaikan programnya selari dengan keperluan perniagaan anda dan bukannya secara umum dan tidak fokus pada keputusan yang anda mahu kejar.
  6. Pastikan business coach anda boleh membantu mendapatkan bantuan jaringan yang luas daripada jaringannya agar masa dapat dijimatkan untuk memulihkan perniagaan yang anda sedang jalankan.
  7. Pastikan anda selesa dan dapat membina perhubungan yang baik dengan business coach tersebut kerana ia merupakan satu proses yang tidak singkat. Tiada hasil pantas dalam perniagaan. Yang ada hanya janji pantas dan cubaan belasah ambil duit anda secara pantas.

Jika anda ada maklumat atau pengalaman, saya alu-alukan pengalaman anda dikongsikan di bawah ruang komen. Nyatakan bagaimana pengamalan anda bertemu dan berurusan dengan seorang business coach penipu dan nyatakan apa yang dia tipu anda. Atau mungkin anda tidak tertipu dan dia tidak berniat untuk jadi business caoch penipu, cuma anda tidak puas hati sebab dia lebih memburukkan lagi keadaan anda.

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. assalamualaikum,
    Saya adalah salah seorang mangsa dalam program personal coaching ni. Punya susah payah saya mencari duit RM3500 untuk membayar yuran Coaching, tapi memang dia ni penipu besar. Dalam F/B dia siap gelar Coach Ba….?? lagi. Coaching apa, nak call pun susah, kedai saya pun tak datang, program apa pun tak buat. Dah hampir 7 bulan saya ambil pakej coaching ini tapi apa pun tak buat. Harap menjadi teladan kepada orang lain di luar sana.

    1. Mga tuan bersabar dengan apa yang berlaku. Pasti ada perkara baik dalam kejadian itu… yg penting terus berusaha untuk berjaya dan saya doakan moga tuan berjaya lebih baik lagi dan lebih baik… insyaallah!

  2. Saya baru saja terlibat dalam dunia coaching ini. memang certified. masih lagi training buat csr as a start, mencari pengalaman. saya lebih kepada social coaching. saya suka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia coaching ini.

    penipuan dalam business coach bukanlah satu yang pelik. tak mustahil ini berlaku. bergantung juga kepada persepsi coachee… bagaimana pun bila coach dah tahu isu ini kenalah menjaga etika. jujur dalam memberikan perkhidmatan. Harap sangat ini tidak berlaku di kalangan kita.

    terima kasih coach mohd shubhi memberi tips. semoga ia boleh dijadikan panduan.

  3. Kebanyakan orang yang tertipu, tidak kira dalam apa bidang sekali pun, adalah kerana cenderung membeli cerita bukan membeli barang atau perkhidmatan. Ramai orang yang bersikap terlalu mudah meletakkan kepercayaan dengan sewenang-wenangnya. Justeru, kita mudah terpedaya jika ada kecenderungan untuk Percaya yang tinggi sedangkan kecenderungan Menganalisa adalah rendah. Panduan yang Tuan Mohd Shubhi gariskan diatas sangat bagus untuk membantu kita membuat analisa dan seterusnya membuat keputusan yang lebih bijaksana samada pihak berkenaan boleh dipercayai atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge