hadapi perasaan takut berhenti kerja

Ramai yang hadapi masalah takut berhenti kerja untuk menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan sepenuh masa.

Akibatnya, ramai yang makan gaji dan dalam masa yang sama buat perniagaan kecil secara sampingan. Kalau perniagaan yang dijalankan ada kaitan dengan kerjaya yang dia jalankan mungkin boleh diterima lagi.

Tetapi, kalau perniagaan yang dia jalankan lansung tak ada kena mengena dengan kerjayanya, lansung tak menggunakan kemahiran dari kerjayanya, itu memang tak berapa nak ok.

Tak ada satupun faedah yang dia dapat yang boleh kembangkan kemahiran dan pengetahuan untuk kegunaan kerjaya atau untuk berhenti satu hari nanti dan berniaga sepenuh masa, itu agak tak berapa bagus.

Kenapa buat kerja makan gaji dan buat perniagaan separuh masa serentak dalam masa yang teramat lama? puncanya tak lain dan tak bukan adalah disebabkan takut berhenti kerja. Macam-macam ketakutan yang dia fikirkan.

Perumpamaan takut berhenti kerja

Untuk gambarkan keadaan takut berhenti kerja ini, saya kongsikan satu cerita yang dikongsikan oleh kawan saya lama dahulu.

Dalam sebuah negeri purba dahulu ada seorang raja yang amat murah hati suka anjurkan pertandingan kepada rakyatnya.

Pada satu hari, diperintahkan pada pembesar negaranya untuk membina sebuah pentas di raja berhadapan dengan sebuah sungai yang lebar di negeri itu.

Setelah siap segala pentas di raja, ditentukanlah satu hari yang baik untuk dihimpunkan seluruh rakyat jelata di sebelah sungai yang besar itu.

Semua rakyat jelata tahu bahawa di dalam sungai itu terdapat banyak buaya yang memang merbahaya. Jadi mereka tertanya-tanya apa tujuan raja kumpulkan semua rakyatnya di tepi sungai yang banyak buaya itu.

Setelah semua berkumpul, lalu pengumuman dibuat,

“Wahai para penduduk negeri, hari ini, raja kita telah berbesar hati untuk mencari siapakah diantara rakyatnya yang paling berani dan pantas.”

“Jika ada antara hadirin yang berani terjun ke dalam sungai besar ini, dan kemudiannya berjaya berenang pantas mengatasi semua orang, melintasi sungai hingga ke seberang sana, maka akan dikurniakan tawaran untuk kahwini puteri bongsu baginda, juga akan diperkenankan apa saja permintaannya kepada raja”

Begitulah lebih kurang pengisytiharan yang dibuat oleh juru laung di raja.

“Tawaran dibuka bermula dari sekarang…”¬†

Suasana menjadi sunyi sepi sebaik saja juru laung berkata demikian. Semua rakyat mengalihkan perhatian pada sungai. Mata tidak berkedip peka melihat, telinga diperembang dengan baik untuk mengesan sebarang bunyi terjunan ke dalam sungai.

Lama menunggu, tidak ada seorangpun dari kalangan rakyat jelata yang berani menyahut cabaran terjun ke dalam sungai yang penuh buaya itu.

Tiba-tiba!

“Plummmmm!” bunyi air berkocak kuat. Tanda ada sesuatu telah terjun masuk ke dalam sungai.

Semua mata memberikan tumpuan di tempat bunyi air berkocak deras. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang berenang dengan pantas seperti lipas kudung melintasi sungai.

Rupanya ada seorang lelaki yang telah masuk ke dalam sungai yang penuh buaya itu. Sebaik saja terjun, dia terus berenang dengan amat laju tanpa henti sehingga berjaya sampai ke seberang.

Sebaik saja lelaki itu berjaya panjat naik ke darat di sebelah sungai sana, maka bersoraklah seluruh rakyat jelata memuji keberanian dan kepantasan lelaki itu. Dia menjadi satu-satunya insan yang paling berani dan paling pantas berjaya terjun dan seberangi sungai yang penuh dengan buaya.

Legalah rasa raja apabila akhirnya muncul juga seorang lelaki, seorang pemuda yang amat berani dan pantas. Lalu diusung orang ramai pemuda itu, di bawa terus menghadap rajanya di atas pentas.

“Berani dan pantas sungguh kamu wahai anak muda, nyatakan apa saja permintaan kamu untuk beta tunaikan sekarang”, titah raja.

“Ampun seribu ampun, sembah patik mohon diampun”, ucapan pemuda itu.

“Hanya satu yang patik mohon tuanku, carikan siapa diantara orang ramai ditempat patik berdiri disebelah sungai tadi, yang telah menolak patik jatuh masuk ke dalam sungai yang penuh buaya itu”¬†ucap pemuda itu lagi.

“Memang akan patik kerjakannya secukup rasa, sanggup membuat aniaya pada patik yang tak bersalah ini. Nasib baik tak mati dibaham buaya!”, kata pemuda itu dengan geram, mengakhiri permintaannya.

Takut berhenti kerja hilang bila buat

Begitulah lebih kurang ceritanya. Samada dongeng atau tidak, itulah hakikatnya dalam kehidupan kita semua.

Bila terpaksa tiada pilihan, fikiran hanya akan tumpukan pada macam mana nak selamat. Tak ada perkara lain lagi yang akan difikirkan.

Dalam kes pemuda di atas tadi, punyalah fokus dia cuba selamatkan diri, sehingga para buayapun terkesima tak sempat bertindak dek kepantasannya berenang terus ke depan untuk hidup.

Sebenarnya, apa saja perkara yang anda takut lakukan, sebaik saja anda paksa buat juga, ketakutan akan terus hilang.

Oleh itu, cara paling berkesan untuk hilangkan rasa takut adalah dengan buat perkara takut tersebut. Tapi janganlah buat perkara mengarut yang membolehkan anda terkorban. Takut pada perkara sedemikian memang satu sikap yang betul.

Contohnya, takut untuk pandu kereta melawan arus. Teruskan saja layan rasa takut tersebut sebab itu perkara yang sememangnya betul.

Ada orang takut terjun masuk dalam air dari tempat yang tinggi. Bila dia duduk berdiri atas papan anjal, sebaik saja pandang ke bawah dia terus akan rasa ngeri dan takut nak terjun. Selagi dia terus berdiri atas papan anjal tersebut, selagi itulah rasa takut akan ada.

Tapi sebaik saja dia terjun, habis hilang semua rasa takut tersebut. Mata dan segala derianya mula tumpukan ke bawah supaya dia dapat jatuh masuk ke dalam air dengan selamat. Bila masuk, dia akan terus berusaha untuk timbulkan diri pula. Semua itu berlaku spontan tanpa ada rasa takut lagi.

Jika anda masih rasa takut berhenti kerja dah terlalu lama, maka mungkin sudah tiba masanya untuk cari jalan supaya anda terpaksa berhenti kerja juga. Kreatiflah sikit cari jalan supaya anda kelihatan terpaksa dan tiada lagi pilihan lain.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Saya ada keinginan untuk membuka perniagaan sendiri..namun, modalnya belum mencukupi..terasa dunia ini lambat berputar..bila mahu cukup duit untuk buat modal..duit nak buat belanja bulanan lagi..mahu bayar hutang lagi..saya tak berani untuk membuat pinjaman bank..takut nanti tak terbayar pula..perniagaan online pun suam suam kuku je..tuan ada tips tak untuk saya memulakan perniagaan sendiri..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge