masalah mesti datang bersama dengan peluangTak perlu masuk universiti untuk mampu melihat peluang dalam masalah. Sebab itu tidak ada syarat wajib untuk berjaya dalam hidup, mesti masuk universiti.

Sekolah pondok, tahap tadika, lepas darjah enam atau tahap manapun, semua orang ada keupayaan untuk melihat peluang dalam kesusahan.

Begitu juga dengan syarat untuk menjadi usahawan berjaya, tidak ada kemestina perlu ada ijazah atau master atau PhD untuk berjaya dalam perniagaan.

Asalkan seseornag itu mampu melihat peluang dalam masalah, dia akan berupaya meraih keuntungan tidak kira siapa dirinya.

Kalau semua orang berkemampuan untuk melihat pelung dalam masalah, kenapa ramai yang rasa sukar sangat untuk berjaya. Kenapa ramai yang rasa terlalu mencabar untuk mencari perniagaan atau untuk menjadi kaya?

Bagaimana cara untuk melihat peluang

Mudah saja!, cari di mana ada masalah, di situ ada peluang. Ada berbagai masalah menimpa kita sepanjang menjalani kehidupan. Samada masalah itu terkena pada diri kita, atau masalah terkena pada orang lain, ianya sentiasa berlaku sepanjang masa.

Semakin kerap masalah itu menimpa, semakin ramai masalah itu menyentuh manusia, semakin besar peluang yang ada.

Oleh itu, buat mereka yang selalu bertanya nak berniaga apa?, salah satu cara untuk menjawab soalan itu adalah dengan mula bertanya pada kawan, keluarga, jiran, orang tepi jalan atau orang taman, “apa masalah mereka?”.

Sebab gagal melihat peluang dalam masalah

Kita mungkin lebih mudah melihat peluang pada masalah yang melanda orang lain. Tapi tidak mudah untuk melihat peluang pada masalah yang melanda diri sendiri.

Dua malam sudah saya makan di sebuah kedai kawan. Dia kini menjalankan perniagaannya sendiri setelah 6 tahun sebelum ini menjadi pekerja makan gaji di kedai kepunyaan orang.

Kerjanya adalah tukang masak. Mulanya dia jadi pekerja biasa, kemudiannya meningkat naik sehinggalah jadi tukang masak. Akhirnya, taukeh kedai balik kampung dan melepaskan kedai tersebut padanya.

Dia perlu membayar RM3 ribu setiap bulan kepada taukeh kedai di kampung. Baki yang ada selepas ditolak bayaran pada taukeh, jadi kepunyaannya. Kira macam sewa perniagaan lah tu!.

Masuk tahun 2013, perniagaan merosot, dia sendiri hadapi masalah dan cabaran dalam hidup dan bayaran RM3 ribu tersekat-sekat. Akhirnya taukeh mengambil balik kedai dan memberikan kedai itu pada orang lain walaupun kawan saya itu mohon berbincang.

Diringkaskan cerita taukeh kedai tidak mahu berbincang dan tinggallah kawan itu hanyut tiada sumber pendapatan. Setelah berusaha mencari jalan, akhirnya dia mendapat tapak yang baru untuk berniaga.
[squarebox id=3] Ketika berbual dengannya, dia menyatakan kesal dan marah pada taukeh kedai yang juga merupakan kawan lama. Apa yang dilakukan oleh taukeh kedai tersebut tidak akan dilupakannya dan dianggap sebagai dosa yang tidak dapat dimaafkan olehnya.

Saya berkata padanya kenapa melihat tindakan kawan itu sebagai masalah, lihatlah ianya sebagai peluang. Sepatutnya dia berterima kasih pada taukeh kedai tersebut yang menamatkan perjanjian. Itu membuatkan dia tiada pilihan selain dari berdikari dan membuka restoran sendiri.

Bukankah tindakan taukeh memberikan masalah padanya telah membuka peluang untuk dia menjadi taukeh?

Itu contoh mudah yang menggambarkan kenapa kita gagal melihat peluang pada masalah yang melanda diri kita. Kita akan terhijab oleh perasaan marah, kesal dan dendam pada orang yang memberikan masalah dan bukannya peluang yang dibuka oleh orang tersebut.

Contoh melihat peluang dalam masalah

Beberapa hari sudah saya pergi makan di restoran seorang kawan. Dia sibuk melayan pelanggan sehingga tidak sempat duduk bersembang dengan saya seperti mana kebiasaan bila saya datang.

Setelah lewat dan pelanggan ula surut barulah dia berkesempatan duduk. Saya bertanya kenapa sibuk sangat?, katanya sejak air dicatu di kawasan Shah Alam, jualan restorannya meningkat 3 kali ganda!.

Bila pengumuman air akan dicatu, kawans aya berusaha mendapatkan 3 tangki besar untuk keperluan restorannya. Bekalan air diselesaikannya dengan saluran air bawah tanah.

Berbeza berbanding dengan restoran lain yang tidak sempurna kemudahan air, restoran kawan saya itu berjalan lancar seperti biasa.

Masalah air dicatu juga membuatkan orang ramai di sekitar taman itu tidak memasak di rumah. Jadi bila restoran tersebut tidak ada masalah dengan kemudahan air, mereka datang berpusu-pusu makan di situ setiap malam.

Cuba lihat bagaimana kawan saya melihat peluang dalam masalah. Kebanyakan orang di Selangor hanya mampu meihat masalah bila air dicatu, tapi bukan pada kawan saya itu.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge