Bagaimana membina jenama syarikat perniagaanSemua usahawan yang menjalankan perniagaan dan mempunyai syarikat pasti akan bercakap tentang membina jenama perniagaan atau jenama syarikatnya.

Tidak kira samada yang baru menjalankan perniagaan maupun yang dah lama menjalankan perniagaan semua akan bercakap pasal membina jenama.

Malah mereka yang baru mencari idea dan belum punyai sebarang perniagaanpun akan bercakap tentang membina jenama perniagaan.

Apa orang cakap tentang membina jenama perniagaan

Mula-mula kita cakap tentang logo,

Biasanya perkataan jenama, sedikit jarang kita sebut. Kita dah biasa sebut perkataan orang putih ‘Brand’ bila bercakap tentang membina jenama ini.

Kemudiannya, bila disebut saja perkataan Brand, kita terus akan bercakap tentang ‘Logo’.

Kita akan tunjukkan logo BMW,Β kita akan tunjuk logo Sime Darby, logo Audi, logo Mont Blanc, logo McDonald’s, logo KPJ, logo Volkswagen, logo Rolex, logo……dan seribu satu macam logo lagi.

Dan kita akan kata itu semua produk yang branded. Kita biasa juga kaitkan orang kaya dengan barangan branded.

Lepas itu kita kaitkan logo dengan warna,

Ini amalan kebiasaan yang kita lakukan bila nak membina jenama, memilih warna tertentu yang dikaitkan dengan logo.

Biasanya warna yang dipilih tidak melebihi dua warna. Kalau tengok warna merah, kita terus ingat Airasia, bila tengok warna hijau dan putih, kita teringat pada Petronas dan bila lihat warna kuning kita ingat pada Shell.

Itu semua usaha untuk mengaitkan otak manusia agar mudah mengingati logo dan jenama sesebuat syarikat.

Lepas itu kita cakap tentang motto,

Selepas bercakap tentang logo dalam bab membina jenama perniagaan, kita akan bercakap pula tentang motto sesebuah perniagaan itu.

Ada banyak motto yang dah biasa kita dengar seperti ‘the ultimate driving machine’, ‘now everybody can fly’, ‘Das Auto’, ‘Drive it to believe it’, dan macam-macam lagi.

Lepas itu kita cakap pula tentang iklan,

Bila dah ada kesemua perkara utama di atas, tak sah jika ianya tidak diwar-warkan. Ada berbagai cara orang mencanangkan aktiviti membina jenama yang tersebut di atas tadi.

Bagi yang lekeh baru nak mula berniaga, kita akan buat kad perniagaan (kita biasa sebut business card). Bagi yang ke depan sikit akan naikkan papan iklan atau papan tanda syarikat di depan pejabat atau kedainya.

Bagi yang lebih lagi ke depan akan cetak flier, bunting, dan lain-lain untuk disebarkan pada orang ramai kemunculan satu lagi jenama baru dalam dunia perniagaan.

Lebih hebat lagi!, kita iklankan pada surat khabar, iklankan pada radio, kita iklankan pada TV, kita iklankan Google, pada FB dan lain-lain lagi sehingga parah terus duit tabungan untuk membina jenama perniagaan.

Apa sebenarnya yang kita buat dengan kesemua perkara tersebut di atas?

Bagi mereka yang dah berniaga, mereka akan tahu jawapannya kenapa melakukan kesemua perkara tersebut di atas.

Orang yang berniaga tentu tahu kesemua aktiviti tersebut bukanlah untuk membina jenama perniagaan. Sebaliknya hanya untuk mendapatkan sesuap dua nasi hasil daripada jualan yang bakal berlaku daripada kesemua aktiviti itu.

Jika anda yang baru nak berniaga ada anggapan bahawa nak membina jenama perlu melakukan semua yang tersebut, anda salah!

Fikirkan semula agar tidak terperangkap dengan idea membina jenama bila baru nak mula berniaga. Tak ada jenama, tak ada brand, tak ada motto dan lain-lain lagi jika tak ada jualan.

Oleh itu, kenapa kita buat logo, kenapa kita buat warna dan kenapa kita reka motto, kerana nak terliurkan orang yang melihat dan membacanya menggunakan produk atau perkhidmatan kita.

Kita sekadar mahu mengambil perhatian orang ramai agar melihat kewujudan kita. Orang ramai terlalu sibuk sekarang, banyak benda yang mereka nak lihat, banyak perkara yang mereka nak hafal.

Tangan kebanyakan orang sekarang sentiasa terangkat memegang sesuatu, mereka menguiskan skrin telefon pintar mereka menyibukkan diri, mereka perlu jawab FB, mereka perlu wasap dan mereka nak baca berita sensasi…mereka tak ada masa nak luangkan diri pada sesuatu yang biasa!.

Jangan fikir pasal membina jenama dulu!

Oleh itu, jika anda mahu tarik perhatian mereka yang tak ada masa (kononnya), buat sesuatu yang extraordinary…bikin mereka terbeliak, bikin mereka tahan nafas, bikin mereka pusingkan kepala.

Setakat buat logo gambar ‘Huruf Besar’ seperti HR Trading, setakat buat ayat, ‘kami menyediakan perkhidmatan potong rumput’ atau ‘kami buat kek coklat’, tak mampu membuatkan mereka berhenti mengkodek smartphone mereka.

Oleh itu kesemua logo, warna, motto dan lain-lain yang anda buat bukan untuk membina jenama lagi. Sebaliknya semata-mata nak tarik perhatian mereka baru…biar mereka terbeliak, biar mereka berikan sedikit perhatian pada anda, pada syarikat anda.

Tarik perhatian dan pastikan orang mencuba

Bila orang berikan perhatian pada tawaran anda, pujuk agar mereka mencubanya. Haaaa! di sini bermulanya pembinaan jenama.

Sebaik saja orang menggunakan produk atau khidmat anda, mereka telah diberikan satu pengalalaman merasai apa yang anda tawarkan, apa nilai yang anda janjikan.

Mereka akan ingat kembali logo anda, mereka akan ingat kembali motto anda mereka akan ingat kembali kesemua janji-janji anda.

Jika anda janji 10, sebaliknya yang mereka dapat hanya 3…anda sedang membunuh perniagaan tersebut. Sebaliknya jika anda janji 10, tetapi memberikan 10.1, anda berjaya menggembirakan mereka.

Mereka mungkin akan beli lagi dan anda berikan 10.1 juga, beli lagi dan mereka tetap dapat 10.1 juga, mereka akan kata memang sahih, anda mengotakan apa yang dijanjikan. Anda boleh dipercayai!

Bermulalah satu aktiviti membina jenama perniagaan anda.

Jadi apakah yang dikatakan membina jenama perniagaan?

Membina jenama perniagaan adalah sama dengan membina reputasi. Jika baik reputasi anda maka baiklah jenama, jika buruk reputasi anda maka buruklah jenama.

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Ya, sokong dengan pendapat orang atas ni. Setiap benda mesti ada nama πŸ™‚
    Nama tu memang penting untuk branding supaya orang kenal.
    Apa-apa pun, thanks for sharing this tips πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge