mencari ilham idea bisnes yang mudahBagaimana anda boleh jadikan aktiviti kehidupan seharian sebagai satu proses mencari dan mendapatkan ilham idea bisnes?

Jika anda memang sedang mencari-cari idea bisnes yang dirasakan menarik untuk dijalankan, artikel ini dapat berikan sedikit panduan mudah untuk dipraktikkan.

Ilham idea bisnes di Langkawi

Saya pergi ke Langkawi baru-baru ini atas urusan kerja.

Oleh sebab sekarang musim cuti, maka saya selitkan sekali urusan bawa anak dan isteri pergi jalan-jalan, bersama dengan urusan kerja.

Bila pergi ramai-ramai macam itu, terpaksalah saya sewa sebuah kenderaan yang boleh memuatkan semua ahli keluarga saya.

Macam biasa, saya berhubung dengan kawan yang ada di pulau legenda mahsuri tersebut untuk dapatkan cadangan kereta sewa. Itulah kelebihan jika anda ada ramai kawan-kawan di segenap ceruk tempat.

Berurusan dengan kawan-kawan jauh lebih mudah daripada berurusan dengan orang yang tidak di kenali. Kalau ada apa-apa masalah, telefon saja kawan yang rekomen tu. Semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih diplomasi.

Hasil dari bantuan kawan tersebut, saya dapat sebuah kenderaan yang boleh muat lebih dari 7 orang. Harganya pula amat berbaloi, 20% lebih rendah dari harga yang biasanya ada dalam pasaran.

Kenderaan yang saya dapat itu semuanya dalam keadaan yang baik dan boleh dipandu dengan selesa.

Yalah!, apa yang anda boleh harapkan sangat dari kereta sewa. Ramai orang pakai kereta tersebut dan kondisinya sudah tentu tak akan sama dengan keadaan kereta anda sendiri.

Itulah yang semua orang faham dan terima keadaan sedemikian sebagai kebiasaan dan perlu ditelan.

Tapi saya berfikir, kenapa tidak diperbaiki keadaan itu, dengan pastikan kenderaan yang anda berikan pada penyewa dalam keadaan yang amat baik seperti kenderaan anda sendiri.

Pastikan penyewa mendapat kenderaan yang tiptop dan amat sedap di pandu.

Dari situlah tercetusnya ilham idea bisnes yang boleh dipertimbangkan untuk diperhalusi lebih mendalam lagi.

Dalam semua urusan perniagaan yang anda lakukan, perasaan tak puas hati terhadap produk atau perkhidmatan yang anda dapat, adalah satu peluang untuk anda mendapat ilham idea bisnes.

Ilham idea bisnes kereta sewa tiptop

Pengalaman mendapatkan kereta sewa yang hanya dalam keadaan ‘boleh tahan’ seperti yang saya dapat di Langkawi itu bukanlah hanya sekali dua, malah dah berkali-kali berlaku sebelum ini.

Jadi saya andaikan perkara tersebut adalah amalan biasa dalam industri.

Mungkin peniaga kereta sewa ada alasan tersendiri yang membuatkan masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Tapai kalau ianya dapat diselesaikan, sudah pasti kelebihan itu boleh dijadikan sebagai USP dalam perniagaan kereta sewa anda nanti.

Anda akan pastikan semua kereta yang disewakan kepada pelanggan adalah dalam keadaan yang tiptop, amat baik dan selesa dipandu dengan penuh keyakinan.

Untuk itu sistem selenggaraan semua kenderaan sewa yang anda ada perlulah amat mantap dan terpenrinci.

Mencari ilham idea bisnes

Cerita saya pergi Langkawi kat atas tu hanyalah satu contoh mudah, bagaimana anda boleh jadikan aktiviti seharian dalam menjalani kehidupan, sebagai aktiviti mencari ilham idea bisnes.

Isyarat yang anda perlu berikan perhatian hanyalah apabila adanya perasaan tak puas hati walaupun hanya sedikit.

Jika biasanya anda akan meracau merungut dan rasa tertekan setiap kali ada sesuatu produk atau perkhidmatan yang telah kecewakan anda, kali ini, anda akan lebih terbuka dan tenang menghadapinya.

Anda hanya perlu keluarkan buku nota kecil dan tuliskan masalah tersebut di dalamnya. Jika anda dapat selesaikan maslaah itu, ianya mungkin bakal menjadi satu peluang bisnes yang baik untuk anda satu hari nanti.

Luahkan rasa tak puas hati

Bagi anda yang mahu membantu para usahawan dan bakal usahawan mencari ilham idea bisnes, anda boleh melakukannya dengan meluahkan rasa tak puas hati anda itu setiap kali ianya berlaku.

Luahkan ke dalam Kelab Usahawan Hidup Ringkas yang saya tubuhkan melalui FB Group kat sini. Anda perlu memohon untuk menjadi ahli terlebih dahulu sebelum dapat berikan komen dan meluahkan rasa kecewa anda.

Luahan rasa kecewa anda itu amat membantu para usahawan dan bakal usahawan mendapatkan ilham idea bisnes untuk dijalankan satu masa nanti.

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge