Bagaimana susun strategi membina perniagaanBagaimana anda merangka strategi perniagaan yang sedang anda jalankan?, jika anda belum berniaga tetapi dah ada idea untuk menjalankan perniagaan, apa agaknya strategi perniagaan yang anda akan gunakan?

Masa mula berniaga dahulu, saya tak pernah tahu apakah starategi perniagaan yang terbaik untuk membolehkan perniagaan saya dibina dengan cepat dan kukuh.

Apa yang saya buat ketika itu adalah:

  1. Berkawan seramai mungkin dengan semua pesaing dalam industri yang sama. Saya sertai apa saja kumpulan atau persatuan yang menghimpun pemain utama dalam perniagaan yang saya jalankan. Dari situ saya berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin untuk mengetahui selok belak perniagaan serta pasaran yang ada.
  2. Mendapatkan maklumat daripada kajian universiti terhadap industri yang saya jalankan. Biasanya pihak universiti ada menjalankan kajian-kajian yang berguna terhadap kecenderungan pasaran. Kajian yang dijalankan biasanya dibiayai oleh syarikat besar yang cuba mempromosikan produk mereka atau oleh kerajaan.
  3. Mencari maklumat bagaimana industri yang sama bergerak diluar negara. Biasanya saya akan mengambil contoh negara maju seperti Amerika dan juga Eropah. Seterusnya dilihat juga suasananya di negara jiran yang lebih maju dari kita seperti di Singapura atau negara-negara asia lain.
  4. Berkawan dengan usahawan-usahawan lain dari industri yang berkaitan tetapi bukannya pesaingan. Contohnya dalam perniagaan Pest Control, perlu berkawan dengan industri Cleaning, atau Maintenance. Mereka boleh memberikan banyak maklumat untuk mengatur strategi pemasaran dan juga operasi perniagaan kita.
  5. Berkawan dengan usahawan lain yang di luar industri. Mereka boleh memberikan maklumat lebih kepada ilmu perniagaan itu sendiri secara umum. Adakalanya strategi yang digunakan boleh diadaptasikan oleh perniagaan kita walaupun jenis perniagaannya berbeza.
  6. Mengorek ilmu dari bahan-bahan bacaan. Ini tak boleh dielakkan jika usahawan nak pergi jauh. Bahan bacaan biasanya memberikan maklumat terhadap sesuatu yang telah terbukti berdasarkan kajian yang mendalam. Sampai sekarang saya masih tetap membaca dan cuba memahami dunia keusahawanan.

Himpunan kesemua aktiviti di atas akhirnya saya cuba dan sesuaikan dengan perniagaan yang saya jalankan. Dalam masa yang sama saya kongsikan dan bincangkan dengan rakan-rakan usahawan lain untuk lihat samada mereka juga boleh ambil manfaat darinya.

Bagaimana saya mengatur strategi perniagaan saya

Begitulah setahun demi setahun berbagai perubahan dibuat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Saya mahu pastikan hasil yang perniagaan saya perolehi hari ini adalah lebih baik daripada semalam.

Semua kumpulan pekerja atau rakan kongsi dalam perniagaan saya tahu kecenderungan saya untuk tidak melekat pada satu konsep yang sama dalam apa jua urusan pengurusan.

Apa yang saya buat adalah:

  1. Tetapkan satu hala tuju dan merangka jalan bagaimana untuk ke sana.
  2. Pilih satu jalan yang terbukti berjaya berdasarkan pengalaman perniagaan atau usahawan lain.
  3. Pantau hasilnya dan cuba sedikit pembaharuan untuk sesuaikan dengan budaya syarikat kita.
  4. Jalan yang berikan hasil yang baik akan diteruskan dalam masa yang lebih lama sebelum dibuat apa-apa pembaharuan.
  5. Jalan yang tidak memberikan hasil yang baik akan dihentikan dengan segera dan beralih pada jalan sebelum ini yang terbukti baik.
  6. Begitulah seterusnya perubahan demi perubahan dilakukan sehinggalah perniagaan membesar. Evolusi membuat perubahan masih tetap berjalan cuma bezanya, syarikat sudah tidak memerlukan keberadaan saya lagi untuk melakukan semua itu.
  7. Peranan saya sekarang lebih kepada melihat pergerakan perniagaan dari jauh sebagai orang luar. Dari masa ke masa saya akan bergaul dengan semua pekerja dari berbagai peringkat untuk mendapatkan maklumat apa yang sedang berlaku. Bagi saya apa yang difikirkan oleh semua jentera pekerja jauh lebih penting daripada apa yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kerana persepsi mereka menentukan kejayaan sesebuah syarikat yang kita bina.

Apa strategi perniagaan yang akan saya buat jika saya diberi peluang untuk membina semula semuanya dari kosong

Jika diberi pilihan untuk memulakan semula perniagaan dari kosong, sudah tentu saya ada formula tersendiri yang saya yakin lebih mudah dan dapat memberikan hasil kejayaan yang lebih tinggi, pantas, dan tidak mendatangkan tekanan dalam hidup.

Starategi perniagaan itu saya ingin namakannya sebagai Strategi Perniagaan Hidup Ringkas. Itulah sebenarnya strategi terbaik yang saya yakin dapat membantu ramai usahawan diluar sana.

Strategi Perniagaan Hidup Ringkas juga saya yakin amat berguna untuk anda orang muda yang sedang makan gaji dan mahu berubah menjadi usahawan dengan berniaga.

Bagi saya perniagaan tidak semestinya terlalu susah sehingga menghancurkan kehidupan kita. Saya berpegang pada prinsip,

“Jika kita merasa terlalu sukar, tertekan dalam apa saja yang sedang kita lakukan, ertinya cara kita melakukan pekerjaan itu tidak betul”

Begitulah asas Strategi Perniagaan Hidup Ringkas yang ada dalam kepala saya selama ini. ia banyak memudahkan hidup saya dan juga mengelakkan diri dari pening dan tertekan dengan perniagaan sehingga menimbulkan ketakutan.

Insyaallah, jika saya tak mati awal, menjadi satu impian untuk saya bukukan Strategi Perniagaan Hidup Ringkas satu masa nanti. Anda nak beli tak?

Untuk maklumat mereka yang sudah mendaftarkan diri dalam Bengkel Menilai Potensi Perniagaan, anda akan didedahkan serba sedikit strategi perniagaan hidup ringkas ini sepanjang saya berkongsikan ilmu dengan anda semua.

Bagi yang belum mendaftar bengkel menilai potensi perniagaan boleh lakukannya dengan klik di sini.

Jika anda bertanya pada mereka yang telah mengikuti bengkel sebelum ini, sudah pasti salah satu yang terserlah adalah konsep saya merungkai masalah dengan cara yang cukup ringkas, tetapi nampak jelas dan meyakinkan dan mudah untuk dilaksanakan. Sebab itu ada yang berkata, “Eh! simple saja…tapi power!”

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Saya boleh dikatakan langsung tiada pengalaman berniaga, tetapi bernekad untuk menceburi bidang perniagaan. Adakah wajar jika saya ambil ‘jalan pintas’ untuk menceburi bidang ini melalui cara menjalankan perniagaan francais. Fokus saya kepada francais FnB kecil seperti Daily Fresh, Hot n Roll, Nelson’s, coolblog dsb. Ini sebagai langkah awal untuk saya mengetahui selok-belok dunia perniagaan.

    Boleh terangkan kelebihan & kekurangan perniagaan jenis ini, kaedah operasi, keuntungan dan lain-lain maklumat lagi. Adakah kekangan lain selain daripada faktor kos modal yang besar?

    Sesiapa yang ada pengalaman boleh kongsi takā€¦.?

    Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

  2. Telah sekian lama kita telah disogokkan dengan pemikiran lebih kepada Kebendaan, Imej dan Status. Mula-mula yang terlintas difikiran kita, yang kaya mesti ada kereta mewah, pakaian berjenama, gajet-gajet terkini dan serba serbinya mewah. Kita juga memyimpulkan bahawa bagi yang ada kereta besar mesti orang kaya.. Boleh dikatakan 8 daripada 10 orang usahawan mensasarkan kereta mewah sabagai target, yang lebih malang lagi dalam keadaan kewangan syarikat yang cukup-cukup makan sudah membeli sebuah kereta mewah dengan andaian untuk memudahkan proses perniagaan. Tanggapan ini ternyata salah sama sekali dan membuatkan hidup kita jadi RUMIT kerana kita sendiri telah terpengaruh dengan tanggapan masyarakat yang songsang ini . (Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.)

    Kita bangga dengan kecantikan kereta kita.., yang nampak kereta kita cantik itu adalah orang yang melihat dari luar. kita tidak menikmatinya pun sebab kita duduk di dalam. kalau tak percaya suruh isteri atau rakan anda bawa dan anda perhatikan ” Wah cantik kereta aku” moralnya beli kereta ikut kemampuan dan keselesaan bukan fatkor untuk menunjuk nunjuk.(nasihat pada diri sendiri)

    Namun setelah saya mendekati En Shubhi, pemikiran saya secara uatomatik berubah 360 darjah, kita ringkaskan perjalanan hidup kita, berikan keutamaan kepada benda yang perlu sahaja.

    Sebagai contoh: Jika sesuatu projek itu boleh mendatang hasil yang lumanyan tetapi pada masa yang sama ia sangat menyusahkan, lebih baik tinggalkan dan buat projek yang keuntungannya rendah sedikit namun ia sangat mudah untuk dijayakan.

    Sasaran saya 3 tahun dari sekarang syarikat saya “sudah tidak memerlukan keberadaan saya lagi untuk melakukan semua itu”. soalannya berapa lama tempoh tuan ambil untuk boleh laksanakan sistem autopilot ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge