Menguruskan kakitangan memang sesuatu yang amat mencabar. Majoriti usahawan tentu setuju dengan apa yang saya katakan tu.

Betul tak ?

Dari pencarian saya dalam bab menguruskan kakitangan ini, setakat ini saya berjumpa hanya dua pendekatan utama.

Menguruskan kakitangan cara barat

Majoriti besar segala buku dari barat yang saya baca, begitu juga cadangan dari pakar motivasi perniagaan barat, mengambil pendekatan mudah.

Perkara paling utama yang mereka lakukan dalam urusan membina sesebuah syarikat, adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu kakitangan atau pekerja yang sesuai.

Usahawan tetapkan halatuju syarikat. Kemudian merangka strategi perniagaan mereka. Selepas itu, taktik paling penting yang diamalkan dalam bab memilih pekerja adalah mencari jenis kakitangan yang bersesuai dengan halatuju syarikat.

Saya juga sering sarankan cara yang sama dalam bab menguruskan pekerja syarikat. Berdasarkan perniagaan yang dilakukan, dan berdasarkan matlamat besar yang mahu dicapai, 2 kriteria ini akan diperincikan;

  • Kemahiran – Apa jenis kemahiran yang syarikat perlu untuk menterjemahkan model perniagaan mereka.
  • Sikap – Apa pula sikap atau perangai yang perlu ada dalam merealisasikan model perniagaan syarikat.

Cara mudahnya adalah pastikan pekerja yang kekal dalam syarikat hanya mereka yang tinggi kemahirannya dan amat baik sikapnya. Selain dari itu perlu dinyahkan saja dari syarikat.

Kalau baru nak mula berniaga dan baru nak mereksur pekerja, cara ini amat selamat dan lebih mudah diguna pakai.

Tetapi…

Bagaimana pula kalau syarikat memang dah ada pekerja ?

Mungkin usahawan baru nak ambil peduli pasal pengurusan pekerja. Atau mungkin usahawan ambil alih syarikat dari keluarga atau partner.

Macam mana nak buat ?

Menguruskan kakitangan cara Sun Tzu

Mungkin anda pernah dengar berkenaan wujudnya sebuah buku ditulis lebih 2,500 tahun dahulu, yang menerangkan tentang konsep menguasai ilmu peperangan. Saya sering juga sebut pasal buku tersebut dalam blog ini. Tajuk buku itu adalah Sun Tzu’s Art of War.

Sun Tzu punya pendapat yang berbeza dalam bab menjadi ketua dan memimpin kakitangan dalam menguasai peperangan. Kita boleh tukar tema peperangan kat sini kepada tema perniagaan.

Kalau kita ikut pendapat Sun Tzu, ketua yang hebat mampu menguasai perniagaan dengan apa yang ada padanya. Berdasarkan sumber yang dia ada, termasuklah kakitangan, tempat, masa dan ketika, ketua akan memilih cara paling berkesan untuk menguasai perniagaan yang dijalankannya.

Jadi, ini satu konsep yang terbalik.

Berikan apa saja pada ketua yang hebat, dia boleh bertindak dengan cara bersesuaian untuk menang.

Cara Sun Tzu latih dayang

Saya kongsikan satu cerita bagaimana Sun Tzu melatih kumpulan seramai 180 orang dayang istana untuk menjadi tentera yang baik.

2,500 tahun dahulu, Putera He Lu amat kagun dengan buku yang ditulis oleh Sun Tzu berkenaan perang. Putera itu dah habis baca kesemua 13 bab yang ditulis Sun Tzu. Jadi dia nak uji samada Sun Tzu benar-benar hebat.

Dipanggilnya Sun Tzu dan dicabarnya untuk melatih para dayang istana untuk menjadi tentera, kalau benar-benar Sun Tzu memang pakar dalam peperangan.

Sun Tzu menerima cabaran itu dengan hati terbuka. Lalu He Lu mengirim padanya seramai 180 orang dayang istana.

Pecahkan para dayang pada 2 kumpulan

Dengan disaksikan sesi latihan oleh Putera He Lu dari atas pentas besar, Sun Tzu bahagikan para dayang kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh gundik He Lu. Kedua-dua gundik tersebut amat disayangi oleh He Lu.

Kesemua dayang diberikan tombak seorang sebilah.

Kemudian Sun Tzu bertanya pada semua dayang samada mereka paham di mana depan, di mana belakang, mana satu kiri dan mana satu kanan. Semua para dayang jawab mereka tahu dengan yakin.

Lalu Sun Tzu memberikan arahan,

” Bila saya kata ‘depan‘, anda semua mesti pandang tegak ke depan.

Bila saya kata pusing kiri, anda semua mesti pusing ke kiri, pusing kanan, anda semua mesti pusing ke kanan.

Dan bila saya kata ‘belakang‘, anda semua mesti berpusing mengikut arah kanan ke belakang “

Semua para dayang mengiyakannya.

Untuk menunjukkan dia serisu dengan disiplin, Sun Tzu mempamerkan alat pancung kepala di depan semua dayang dalam dua kupulan itu.

Dengan paluan gendang perang, maka Sun Tzu mula memberikan arahan, dia menjerit, ‘ Depan ‘.

Tak ada seorangpun dari para dayang termasuklah gundik yang mengetuai setiap kumpulan itu yang bergerak. Sebaliknya mereka semua ketawa terbahak-bahak bermain-main dengan arahan dari Sun Tzu.

Arahan tidak jelas, salah ketua

Sun Tzu tenang sahaja dengan apa yang sedang berlaku. Dia berkata pada semua dayang bahawa untuk arahan yang tidak jelas dan tidak dapat difahami, orang yang perlu dipersalahkan adalah pemimpin. Bukan anak buah. Jadi dia ulang semula penerangan dan dapatkan kepastian dari semua dayang.

Sekali lagi. Dengan paluan dan getaran gendang perang, Sun Tzu memberikan arahan yang jelas dan kuat.

” Depan ! “

Sekali lagi para dayang bergelak ketawa.

Arahan jelas, kakitangan engkar, salah ketua

Setelah melihat sikpa yang sama untuk kali kedua, Sun Tzu dengan tenang memberikan penerangan kepada semua dayang.

Jika arahan kurang jelas dan tidak difahami, salahnya adalah kepada pemimpin. Tetapi jika arahan dah jelas dan difahami, pengikut masih engkar tidak ikut arahan, maka salahnya adalah kepada ketua setiap kumpulan.

Lalu Sun Tzu memberikan arahan supaya kedua-dua gundik kesayangan Putera He Lu dihukum pancung di situ juga.

Apa lagi !

Terkejutlah He Lu menyaksikan apa yang sedang berlaku itu. Dia lalu menyuruh pembantunya menyampaikan arahan ke bawah pada Sun Tzu. Pesanannya adalah supaya tidak menghukum kedua-dua gundik kesayangannya itu, nanti makan minum putera tidak sedap pula, dengan ketiadaan kedua-dua mereka.

Lalu Sun Tzu menjawab bahawa seorang jeneral yang sudah mendapat watikah di raja untuk memimpin tentera boleh mengabaikan sebarang arahan Raja sendiri di mana difikirkannya sesuai demia mencapai matlamat.

Lalu hukuman pancung diteruskan juga.

Seorang ketua baru diambil dari para dayang untuk mengetuai setiap kumpulan mereka.

Sekali lagi Sun Tzu memberikan arahan.

” Depan ! “

Kali ini semua dayang mengikut arahan dengan lancar. Depan, kiri, kanan, dan belakang semuanya dilakukan dengan kemas dan serentak. Mereka mendengar semua arahan dengan baik samada berdiri atau duduk sekarang.

Lalu Sun Tzu menghantar pesanan kepada Putera untuk memeriksa kumpulan tentera tersebut. Mereka sudah bersedia untuk melintas halangan air atau api berdasarkan apa saja arahan putera sekarang.

Bagaimana anda uruskan kakitangan

Berdasarkan cerita melatih dayang menjadi tentera di atas, ada banyak perkara penting yang boleh kita pelajari sebagai seorang ketua syarikat.

Kalau nak ikut strategi Sun Tzu, terlebih dahulu anda perlu menjadi seorang ketua yang hebat. Ketua yang hebat adalah seorang yang ada banyak maklumat, berilmu, punya idea yang baik dan perlu tahu mengabungkan segala apa yang ada untuk mencapai matlamatnya.

Ketua tidak sepatutnya salahkan pengikut  dan terlalu bergantung pada pengikut untuk mencapai matlamatnya. Sebaliknya ketua itu sendiri yang perlu menyusun secara licik dengan apa yang ada di depanya sampai berjaya.

Saya lepaskan pada tafsiran anda sendiri untuk menghadam cerita yang dikosngikan kat atas itu.

Total
14
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge