Ini satu lagi artikel yang saya lanjutkan berdasarkan 2 artikel sebelum ini yang berkisar tentang menjadikan sebuah syarikat yang berjaya.

Saya tulis untuk diri saya sendiri. Untuk memudahkan pemikiran yang ada dalam kepala saya dalam misi terakhir untuk menukarkan syarikat yang saya ada menjadi sebagaimana yang digambarkan dalam kepala.

Sekali lagi, artikel-artikel ini juga boleh digunakan oleh pembaca yang sedang berniaga sekarang jadikan panduan jika berkenan di hati.

Anda boleh cuba fikirkan perkara yang sama agar perniagaan anda juga turut sama berjaya.

Mungkin idea saya ini tidak sempurna, malah saya yakin memang tak sempurnapun. Idea ini hanyalah cetusan pemikiran saya hasil dari pembacaan dan pengamatan selama ini sepanjang naik turun bergelomang dalam dunia keusahawanan.

Oleh itu, saya mohon, jika anda ada idea lain yang jauh lebih baik. Atau jika anda ada tambahan pembaikan, sila berikan komen ikhlas di ruang komen di bawah.

Moga segala komen dari pembaca yang jauh lebih arif dan berpengalaman dari saya dapat membantu diri saya sendiri dan juga para pembaca yang ikhlas mencari kejayaan dan mendapat ganjaran dunia dan akhirat terutamanya dalam bab mengimarahkan ekonomi orang kita, agama kita dan bangsa kita hendaknya, amin!.

Kenapa mesti bina syarikat mampu membesar

Syarikat yang sentiasa buat untung untuk membolehkan taukeh menjalani gaya kehidupan yang dia mahu, sudah tentu jadi idaman semua orang.

Secara umumnya semua usahawan akan anggap dia sudah berjaya jika mampu buat sebegitu.

Namun itu hanya sekadar kejayaan buat diri taukeh sahaja. Tidak lengkap untuk menjadikan syarikat anda berjaya samada di mata taukeh ataupun di mata orang lain terutamanya para pelabur.

Untuk peringatan semua termasuklah diri saya, ada dua tugas utama taukeh dalam mana-mana perniagaan, tugas utama anda sebagai taukeh sebenarnya hanya dua.

Ini boleh dijadikan panduan jika anda masih pening apakah kerja utama yang perlu anda lakukan sebagai seorang taukeh atau pengasas sesebuah perniagaan.

Dua tugasan utama seorang taukeh adalah:

  1. Menjadikan syarikat anda sebagai pilihan para pelabur untuk mereka berikan wang. Tak kisah samada pelanggan, bank, pelabur persendirian atau lain-lain seumpamanya. Ertinya semua orang tak rasa teragak-agak nak berikan wang pada syarikat anda.
  2. Menjadikan syarikat sebagai pilihan utama mereka yang hebat dari segi usaha, idea, produktiviti dll untuk kerja di situ. Taukeh mesti jadikan syarikatnya sebagai tempat manusia-manusia yang hebat, bertakwa, ikhlas, jujur dan bernilai tinggi.

Begitulah dua tugasan utama anda sebagai seorang taukeh.

Bayangkan kalau syarikat anda jadi begitu. Pelanggan tak segan-segan nak berikan duit untuk dapatkan produk atau servis anda.

Sekali anda bawa dokumen atau cadangan untuk tambahan dana, orang berebut sampai bergaduh nak curahkan segala wang yang mereka ada tak kisah samada bank atau pelabur persendirian.

Bayangkan juga jika anda buka tawaran kerja mengisi jawatan kosong dari bawah sampai atas, orang mula beratur sejak dari subuh pagi nak jadi sebahagian daripada kumpulan kerja di syarikat anda.

Mereka bersaing untuk berikan yang terbaik pada syarikat anda. Semua pekerja bersaing secara sihat untuk pastikan mereka menjadi pekerja paling menonjol dalam syarikat anda.

Agaknya apa akan jadi pada anda dan juga syarikat kalau jadi begitu? anda tentu sedang tersengeh memikirkannya bukan!. Saya juga sedang teruja dan tersenyum lebar seorang diri sekarang ini cuba bayangkan kalau syarikat saya jadi begitu.

Perlu jadi syarikat mampu membesar

Ha! itulah yang kita mesti buat sebenarnya. Itulah yang mesti kita berazam melakukannya sampai jadi. Jangan berhenti selagi ianya tak jadi !. Itu satu seruan untuk diri saya dan juga anda semua.

Kembali kepada tajuk asal, kenapa perlu jadikan syarikat mampu membesar, tujuan utamanya adalah untuk lahirkan syarikat mesra pelabur dan mesra pekerja hebat.

Hanya dengan wujudnya syarikat mampu membesar, orang nak berikan kita wang. Hanya dengan adanya syarikat mampu membesar, orang nak kerja dengan kita.

Prospek untuk naik pamgkat dan naik gaji adalah tinggi pada sebuah syarikat yang mampu membesar.

Prospek untuk menjana lebih banyak untung pada pelabur juga, hanya ada pada syarikat yang mampu membesar.

Sebab itu kita mesti merangka syarikat agar berkeupayaan untuk membesar.

Bila orang melabur atau datang kerja dalam syarikat kita mereka akan mencongak pada masa depan. Samada boleh menjadi lebih baik daripada yang ada sekarang. Tak kira samada kerjaya atau nilai pada pelaburan. Hanya syarikat mampu membesar yang ada semua itu.

Macamana nak buat syarikat mampu membesar

Ya! itulah persoalannya!, macam mana nak jadikan syarikat kita mampu membesar?

Mungkin kita kena lihat semua syarikat yang dah besar yang ada sekarang. Semuanya bermula daripada sebuah syarikat yang kecil pada satu masa dahulu.

Anda boleh baca cerita McDonald’s, anda boleh baca cerita Microsoft, anda boleh baca cerita Coca Cola, cerita Starbuck, dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.

Semuanya bermula macam saya dan anda juga. Semuanya bermula daripada sebuah syarikat kecil. Dan semuanya jadi sebagaimana yang mereka jadi sekarang hasil daripada gerak kerja menjadikan syarikat mampu membesar.

Jika anda pegang saham Public Bank sebanyak RM1 ribu masa mula penubuhan dulu, sekarang anda dah jadi jutawan. Begitulah potensi sebuah syarikat yang mampu membesar.

Anda ada idea mudah nak jadikan syarikat mampu membesar sekarang?

Saya memang ada dalam kepala sekarang ini. Memang ambil masa nak laksanakannya. Perlukan kesabaran, perlukan stamina dan kemahiran untuk belajar dari segala kesilapan diri sendiri dan juga orang lain. Perlu merendah diri untuk mengaku banyak yang kita masih tak tahu.

Insyaallah kalau rajin, saya akan buat satu lagi artikel macam mana permulaan yang saya rasakan betul untuk jadikan sebuah syarikat mampu membesar. Itupun kalau anda sudi nak tahu… insyaallah!

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya sedang terbayangkan andai syarikat saya mampu jadi syarikat membesar. Sangat besar manfaatnya, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat.

    Macam itulah yang bangsa lain, khususnya cina lakukan pada perniagaan mereka. Mereka usahakan agar syarikat mereka membesar, dan mereka sediakan peluang pekerjaan kepada bangsa mereka.
    Abdullah Idris recently posted…Pengenalan Kepada Email MarketingMy Profile

  2. Assalam tn Shubhi..,
    Semoga Allah terus memberi kebaikan dan rahmat kepada tuan.Perkongsian yang sangat bermannfaat di dalam blog tuan ini menjadi panduan yang terbaik kepada saya yang belum bermula apa-apa lagi.

    Saya menyokong semua syarikat muslim yang memberi khidmat niaga mereka kepada masyarakat….saya sebagai pengguna akan sedaya-upaya memastikan setiap sen dalam poket saya mengalir ke dalam syarikat-syarikat perniagaan orang kita.
    Nyawa syarikat akan terus hidup dan membesar apabila wang pengguna memeriahkan tabung bisnes peniaga kita.

    Sebagai pengguna saya juga punya tanggungjawab.Malam tadi saya beli sardin tin brand Adabi walaupun rak-rak di situ dipenuhi dengan brand yang dah popular.

    Apa yang menyedihkan semua sardin tin Adabi ini kemek-kemek dan tidak disusun cantik.Walau bagaimnapun,saya tetap mahu duit saya mengalir kepada syarikat orang kita.Perasaan di hati saya sangat lega dapat membantu walaupun usaha sekecil ini.
    Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge