wheat-field-800x533Ada banyak cerita yang dikongsikan oleh para penceramah, pembimbing perniagaan dan seumpamanya pada para usahawan berkenaan bisnes meningkat naik anak didik mereka.

Banyak juga perkongsian yang boleh kita baca dari portal berita, blog, majalah dan lain-lain yang memberikan motivasi pada para usahawan.

Mereka ceritakan skrip yang hampir sama iaitu perjalanan seorang yang pada asalnya Zero dan berakhir menjadi Hero.

Kadangkala orang yang masih lagi belum menempa apa-apa kejayaan akan rasa hilang semangat dengan cerita tersebut apabila terlalu banyak menghadamnya sedangkan dia masih ditakok lama juga.

Bila dah jadi bosan dan hilang semangat, mulalah dia bayangkan betapa sukarnya nak berjaya.

Semua cerita pengalaman orang yang dah jadi Hero itu nampak macam sukar. Namun mereka laluinya juga tahan dan bersabar, maka akhirnya berjaya.

Ramai usahawan mungkin rasa bahawa dia mungkin tak ada kemampuan seperti mereka untuk mengharungi cabaran seupama itu.

Bagaimana agaknya dia mampu menempa kejayaan. Apa agaknya yang perlu dia lakukan agar bisnes meningkat naik ke tahap yang lebih membanggakan. Sekurangnya melepaskan kemelut kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang sedang dihadapi.

Pengalaman melihat bisnes meningkat naik

Saya ingin kongsikan di sini pengalaman memantau ramai para usahawan sejak tahun lepas sehinggalah sekarang ini.

Selain daripada itu, saya dah agak lama berniaga dan dah lama berkenalan dan berkawan dengan ramai usahawan yang berjaya di luar sana.

Apa yang saya pasti adalah mereka berjaya bukannya dengan melakukan perkara hebat yang hanya manusia terpilih saja mampu lakukannya.

Mereka bukannya dapat mimpi didatangi Tok Guru Berserban Putih mengajarkan doa tertentu yang mustajab untuk kaya raya. Mereka juga bukannya genius untuk memikirkan tawaran hebat digilai oleh orang ramai.

Majoritinya hanya orang biasa. Malah ada yang tak habis sekolah. Ada yang tak reti sepatah haram bahasa inggeris, ada yang tak lulus SPM dan lain-lain lagi sebagainya.

Apa sebenarnya yang mereka lakukan?

Mereka hanya berikan tumpuan pada perkara asas sahaja. Bukannya melakukan perkara hebat luarbiasa sepeti mana yang selalu orang gambarkan.

Pengalaman membimbing para usahawan dalam program HR Biz Coaching juga menunjukkan perkara yang sama.

Anda mungkin tak percaya bahawa saya sebenarnya hanya memberikan bimbingan pada perkara yang asas sahaja.

Betul dan tak bohong!, tak ada ilmu hebat hasil pertapaan di puncak Gunug Jerai yang di berikan pada para usahawan untuk jadikan bisnes meningkat naik. Hanya sekadar perkara asas sahaja !.

Bisnes meningkat naik 300%

Tapi, samada percaya atau tidak percaya, semua yang melaksanakan apa yang saya sarankan, meningkat naik hasil jualan mereka pada kadar 100% sehinggalah 300% !!!.

Hebat bukan ?

Hanya dengan melaksanakan perkara asas sahaja bisnes meningkat naik sehingga 300%. Bukan seorang dua, malah amat ramai mencatatkan penigkatan sedemikian.

Betulkah hanya dengan melakukan perkara asas anda dapat betulkan perniagaan anda dan melonjakkan lagi hasil perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang?

Ya ! Betul ! Buat perkara asas sahaja.

Kadangkala saya agak hairan melihat betapa ramai pakar yang mengeluarkan berbagai jenama atau teknik yang hebat bunyinya untuk menarik perhatian orang.

Dengan jenama itu, kita sangka mereka ada satu formula luar biasa yang boleh tukarkan Mak Enon menjadi Neelofa. Boleh tukar burger tepi jalan jadi McDonald.

Percayalah bahawa apa yang anda perlukan sekarang hanyalah pastikan semua perkara asas dilaksanakan.

Dan itulah sebenarnya yang semua orang cuba tunjukkan pada anda, tak kira samada dia pakar atau bukan pakar seperti saya.

Habis kenapa ramai yang masih gagal?

Itu satu persoalan yang amat baik. Kenapa masih ramai yang gagal?

Cuba perhatikan pada diri anda sendiri. Apakah anda telah melaksanakan kesemua perkara asas dalam perniagaan sekarang?

Cuba buat senarai satu persatu dan semak mana yang dah dilakukan dan mana yang belum. Saya jamin masih ada banyak perkara asas yang tertinggal.

Buka tak tahu. Tapi tidak ada daya nak buat walaupun senang. Anda sendiri sedar ianya perlu dilakukan tapi kenapa berat benar untuk dimulakan dan begerak secara konsisten.

Di situlah punca sebenarnya kegagalan anda.

Siapa yang biasa makan nasi dengan tangan dan siapa yang biasa makan nasi dengan sudu dan garfu?

Kita orang Melayu dah biasa sangat makan nasi dengan tangan. Malah kalau makan dengan sudu dan garfu rasa macam tak puas.

Bula kena makan dengan sudu dan garfu kita akan rasa tidak selesa dan rasa payah. Bukankah makan dengan sdu dan garfu itu bukanlah satu perkara yang sukar?

Pergi lihat pula orang barat atau Mat Sale. Mereka amat biasa kakan dengan sudu dan garfu atau pisau. Suruh mereka makan dengan tangan pula, tentu sukar.

Bukankah makan dengan tangan itu mudah?

Rahsia bisnes meningkat naik

Di situlah rahsianya. Yang membuatkan apa saja perkara menjadi mudah adalah hasil daripada amalan yang berulang-ulang.

Walaupun makan dengan tangan itu amat mudah. Tapi kalau tak biasa dan diulang-ulang ianya menjadi sesuatu yang sukar.

Begitulah juga dalam perniagaan. Walaupun saya jamin bahawa anda hanya perlu laksanakan perkara asas sahaja dengan lengkap, anda akan hadapi kesukaran sebab bukan menjadi amalan biasa.

Di situlah punca sebenar kenapa sampai sekarang anda masih tidak dapat kecapi hasil bisnes meningkat naik walaupun dah cuba berbagai formula dan dah bertemu dengan berbagai pakar dan dah keluar masuk dewan seminat demi dewan seminar.

Satu lagi yang mungkin menjadi masalah besar pada anda….

Anda mungkin tertanya-tanya pula, apa sebenarnya perkara asas dalam perniagaan?

Kalau asaspun aku tak tahu, macam mana nak buat agar bisnes meningkat naik?

Kalau nak saya jawab pula soalan itu, artikel ini akan jadi panjang sangat pulak. Mudah cerita, anda hanya perlu daftar untuk sertai program HR Biz Coaching untuk mendapat bimbingan.

Di situ semua modulnya hanyalah perkara asas dan kita akan pastikan anda dicabar sedemikain rupa sehingga perkara asas itu menjadi amalan rutin dalam perniagaan anda. Klik saja pada Column Menu HR Biz Coaching di atas untuk mendaftar.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

  1. Boleh tolong buat artikel tentang cara pemasaran syarikat pest control tuan tak semasa tuan baru tubuhkan syarikat tu. Bagaimana tuan cari pelanggan pertama. Adakah tuan yang melakukan kerja mula2 itu..
    Dan juga kalau tidak keberatan semasa tuan jadi jurujual dulu tuan bekerja dengan syarikat apa dan jual produk apa..adakah tuan menjadi antara top seller?..

    1. Insyaallah kalau ada kelapangan akan saya cuba buat satu artikel berkenaan itu. Sebelum buat pest control saya jadi salesman kat DHL, sebuah syarikat logistik terbesar dunia. Saya antara spesis Melayu yang hampir pupus kerja bahagian sales tapi berjaya juga close sales dalam 12 juta setahun. Akaun saya antara akaun paling besar untuk DHL masa tu

  2. Alhamdulillah dah boleh buat perkara asas slow2 berpandukan blog Hidup Ringkas ni … Tuan Shubhi bila nak turun Terengganu? nak ajak makan keropok lekor ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge