nak cari perniagaan yang sesuaiIni adalah satu latihan ringan, khas untuk anda yang menghadapi masalah minat berniaga tapi tak tau nak niaga apa.

Sengaja saya buat artikel ini untuk menjawab banyak pertanyaan dari pembaca blog hidupringkas.com ini.

Biasanya saya terima pertanyaan tersebut samada di

Kadang-kadang jika ada kesempatan dan tahap kerajinan tinggi, akan saya jawab segera.

Kadangkala jika tak sempat, saya tertinggal atau tangguhkan terlebih dahulu sehinggakan akhirnya terlupa.

Jadi jika saya tak jawab, maafkan saya.

Untuk memberikan respon pada semua, berikut adalah aktiviti yang saya nak sarankan anda semua buat terlebih dahulu.

Langkah pertama

Kalau ada kesempatan, cuba cuit sesiapa saja yang sudah dewasa dan berakal (kelihatan normal dari segi penampilan) di mana saja anda berada dan mula membina perhubungan dengan berkenalan dengannya.

Anda boleh mulakan perbualan dengan bertanya apa saja maklumat yang boleh dijawab mudah oleh orang tersebut.

Tanya pukul berapa, atau tanya nak pergi mana, atau apa-apa saja soalan yang mudah sebagai tanda yang anda ingin berbual dengannya (bukan nak mengorat !).

Jika anda tak ada keberanian atau tak sanggup untuk buat perkara ini, saya boleh katakan bahawa anda menghadapi masalah tidak ada keyakinan diri yang amat rendah.

Sifat tidak yakin pada diri atau sifat merasakan diri terlalu hina atau rendah tidak dapat membantu anda untuk menjadi seorang usahawan, walaupun anda minat berniaga.

Oleh itu betulkan sikap tersebut dengan paksa diri mulakan perbualan dengan orang yang anda tak kenal secara bertubi-tubi sampai masalah tersebut hilang.

Langkah kedua

Jika anda tak ada masalah untuk mulakan perbualan dengan siapa saja, dan orang yang anda tanya itu dah mula selesa berinteraksi, maka boleh tanyakan soalan ini,

” Tuan / puan kerja makan gaji atau berniaga ? “

Soalan ini penting untuk anda ketahui terlebih dahulu sebelum soalan seterusnya ditanya padanya.

Pastikan orang tersebut merupakan seorang pekerja yang makan gaji.

Tak kisah jawatan apa yang dia pegang asalkan ianya bukan jawatan tinggi mana-mana syarikat multinasional besar atau pegawai kerajaan tahap tinggi Jusa 1, atau setiausaha politik parti pemerintah dan seumpamanya.

Langkah ketiga

Kalau jawapannya adalah makan gaji, maka anda telah bertemu orang yang betul yang berkemungkinan besar sama macam anda.

Dia makan gaji dan anda juga makan gaji. Anda berdua ada satu perkongsian demografik yang sama. Keadaan ini memudahkan anda untuk ‘klik’.

Konsep ‘klik’ ini penting untuk anda perhatikan jika anda minta nak berniaga. Bila ada pertautan atau persamaan yang dikongsikan, dua insan akan lebih mudah menjalinkan perhubungan interaksi.

Dengan adanya ‘klik’ inilah, kadangkala anda rasa kagum bagaimana seseorang yang baru anda kenal boleh menceritakan semua masalah dalam kainnya pada anda.

Memang pelik secara rasionalnya.

Tapi dari segi emosional, tidak pelik.

Itulah kelemahan manusia. Otak emosional lebih mudah menguasai diri berbanding rasional. Kelemahan inilah sering membuat anda tewas pada iklan dan pujuk rayu ajen pemasaran atau ajen jualan.

Orang yang nak berniaga perlu faham semua maklumat yang saya sebutkan itu untuk mudah menjual.

Paling penting adalah untuk mengawal dan memelihara diri sendiri dari mudah kena jual.

Berbalik kepada soalan selanjutnya, anda perlu bertanyakan dia soalan ini,

” Tak teringin ke, jadi tokeh ada perniagaan sendiri ? “

Soalan itu adalah lebih sesuai untuk digunakan. Jangan tanya soalan seperti minat tak jadi businessman atau jadi usahawan.

Kebanyakan orang bila ditanya soalan jadi usahawan atau businessman, dia akan rasa macam mencabar sangat, dan malu-malu nak jawab. Tambah lagi kalau dia sekadar seorang kerani dan mengaji tak tinggi.

Kebiasaannya, majoriti orang akan jawab,

“Ya!”.

Langkah keempat

Memang betul. Ramai orang ada keinginan untuk jadi tokeh ada perniagaan sendiri. Mereka impikan gaya hidup seorang usahawan yang berjaya, ada duit.

Mereka ingin mencatur masa mereka sendiri dan buat apa saja yang mereka mahu dengan masa dan duit yang mereka ada.

Keinginan itu bertambah kuat bila tempat kerjanya membosankan. Tambah kuat lagi pulak bila boss tak sporting, sombong dan tidak menghargai sumbangan anda. Berganda-ganda lagi kalau gaji anda rendah tidak cukup untuk melayan keinginan anda yang lebih besar.

Soalan lanjutnya, pada mereka yang kata ‘Ya’ tadi,

” Habis kenapa tak berniaga ? “

Jika orang tersebut tidak pernah memikirkan secara serius untuk merealisasikan impiannya nak jadi usahawan, dia akan jawab,

” Tak tahu nak buat perniagaan apa ! “

Langkah akhir

Nampak tak ?

Dia jawab sama sebijik macam anda !.

Nak berniaga tapi tak tahu nak niaga apa.

Ertinya tidak ada satu usaha serius untuk jadi usahawan.

Tidak membuat pemerhatian secara serius untuk jadi usahawan.

Keinginan untuk jadi usahawan itu hanyalah seumpama seseorang yang sedang berpuasa di waktu panas terik dan terlihat segelas air jus orange segar berais menitik segar di sebelahnya.

Teringin sangat kalau boleh belasah habis segelas air jus orange tersebut, tapi apakan daya tak boleh. Lalu niat itu dipadamkan begitu saja.

Maksud saya adalah seumpama satu lintasan idea sahaja atas desakan keadaan.

Bukannya timbul dari keinginan yang jitu.

Tetapi jika dalam keadaan anda tidak puasa, baru saja lepas makan tengahari di Kenny Rogers dan dah habiskan segelas besar Teh O Ais lemon…

… tetiba terlihat segelas air jus orange ais, dan anda terus teringin minum air tersebut…

Maka jelas anda sebenarnya memang seorang yang suka minum air jus orange ais dalam apa keadaan sekalipun.

Itu barulah jelas anda memang tahu apa yang anda mahu.

Dalam keadaan itu, anda akan jadi usahawan juga lambat atau cepat berdasarkan usaha anda untuk mencari jawapan nak berniaga apa.

Jika anda memang amat serius nak berniaga, saya mahu yakinkan di sini bahawa untuk tentukan nak niaga apa sebenarnya amat mudah.

Nak niaga apa ?

Apa kemahiran yang anda ada yang orang lain mahu jika anda tawarkan pada mereka ?

Jawab soalan tersebut dan kalau tak tahu, cari sampai jumpa.

Jika langsung tak ada kemahiran, cuba lihat sekeliling anda.

Ada seribu satu macam perniagaan yang orang lain buat samada secara kecil atau besar.

Tanya pada diri anda yang mana satu anda rasa selesa dan sesuai dengan kecenderungan diri. Buat senarai satu persatu dan berikan markah antara 1 sampai 10.

Markah 10 adalah paling selesa dan anda suka.

Markah 1 pula kurang selesa dan kurang selesa.

Buat senarai sampai penuh kertas kajang kemudian buat penapisan pada markah melebihi 7 ke atas sahaja.

Mungkin itulah perniagaan yang anda boleh cuba.

Tapis sampai tinggal paling banyak 3 perniagaan saja.

Buat pencarian maklumat terhadap ketiga-tiga perniagaan itu.

Belajar industri tersebut sebanyak mungkin dan buat semakan semula mana satu pilihan yang paling anda suka dan selesa.

Bila dah jelas pada satu perniagaan, maka dalami lagi industri itu.

Cari pelung untuk libatkan diri secara lansung di dalamnya seperti minta kerja di syarikat yang menjalankannya.

Jika anda buat semua yang saya cadangkan di atas, saya rasa sedar tak sedar akhirnya anda dah mula berniaga.

Selesai masalah ‘minat berniaga tapi tak tau nak niaga apa’.

Moga ada manfaatnya.

Selamat mencuba !

Total
68
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Saya agak cekap berbahasa Inggeris. Baru-baru ini saya mencuba apa yang selalu dipromosikan termasuk oleh pihak tuan berkaitan kerja-kerja translate secara online. Dah daftar bayar USD34.00 (lebih kurang RM 156 juga la..) ..setakat sekarang saya dapati seperti tertipu kerana hampir 100% kerja-kerja yang ditawarkan adalah untuk warga US dan hampir tiada peluang untuk warga Malaysia mencari rezeki sebagai translator.

    Kalau boleh, minta pencerahan sikit supaya mereka yang di luar sana tidak terus ditipu (sekiranya ini satu penipuan di pihak Real Translator Jobs.

    1. Salam Mas Safari Safari Ayob,

      Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Untuk makluman, setakat ni saya tak pernah mendapat apa-apa maklumat daripada orang selain dari pihak Tuan.

      Boleh saya pastikan samada tuan daftar dengan program Jobdirumah.com ?

      Hanya itu saja affiliate yang pernah saya promosikan sebelum ini dan tiada yang lain. Jika betul ada unsur penipuan, elok laporkan pada SKMM atau Biro Hal Ehwal Pengguna untuk mereka lakukan siasatan pada pemilik program tersebut.

      Dari pihak saya, insyaallah akan saya tarik balik artikel promosinya dari blog ini yang pernah saya tulis pada bulan september tahun 2013 dulu.

      Untuk makluman pihak tuan, link promosi portal itu telah tidak berfungsi setelah saya semak tadi. Mungkin lebih baik saya tidak aktifkannya terus.

      Segala kesulitan amatlah dikesali !

  2. Tepat sekali. Memang itu masalah paling besar. Saya sendiri pun sama cuma sekarang sedang buat analisa jenis perniagaan yang nak dibuat. Dah nampak tapi belum finalize lagi. Sebetulnya memang dah buat online business part time cuma agak perlahan disebabkan kekangan masa. Kawan-kawan memang itu lah jawapannya bila ditanya soalan tu. Apa nak buat dah itu jawapannya.

    1. Berniaga benda yang orang suka beli bukan benda yang kita suka….Contoh ramai suka makan popia tapi tak reti dan malas nak buat. Ambil peluang ini saya masih lagi mengadakan kursus membuat POPIA .Saya ajar cara buat 1. kulit 2. Inti dan 3 sos. Masa hari Sabtu dan Ahad .1 atau 2 orang /sessi.Bayaran RM 350.00. Lokasi Bangi Selangor.Hubungi Ghani -0107883324 atau Aziah 0173265603/01118591509.Terima kasih. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge