_SRU7135Untuk pengetahuan para pembaca, artikel yang paling ramai membawa pembaca ke blog ini setiap hari dari dulu sejak artikel tersebut ditulis sampai sekarang adalah artikel bertajuk ‘ 100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar ‘.

Setiap hari artikel itu dibuka sebanyak antara 500 ke 1000 kali. Semuanya datang daripada enjin carian google yang menaipkan pencarian ayat yang menyentuh tentang idea bisnes, atau idea perniagaan dan lain-lain perkataan yang seumpama dengannya.

Dari situ saya dapat agak bahawa setiap hari ramai rakyat kita terutamanya yang berbahasa Melayu memikirkan tentang perniagaan. Ramai orang yang teringin nak berniaga dan sedang dalam pencarian persoalan nak berniaga apa.

Ada idea nak berniaga tapi blur

Dalam artikel itu juga, kalau anda dah pernah baca, boleh ditemui banyak komen yang menyentuh tentang ada idea nak berniaga apa tapi tak tahu bagaimana nak mula.

Mungkin anda tak pernah baca artikel itu lagi. Jadi saya syorkan untuk pergi membacanya sekarang dan lihatlah 100 idea perniagaan yang telah saya senaraikan khas untuk mereka yang sedang cari idea niaga.

Artikel itu teramat panjang, jadi hanya yang mencari idea perniagaan saja yang sanggup membacanya. Ia jadi panjang sebab saya luangkan masa untuk buat sedikit penerangan terhadap setiap idea yang diutarakan.

Bila dan baca, tentu akan timbul idea dalam kepala. Biasanya idea berniaga tersebut punya kaitan dengan kemahiran yang anda ada. Jadi bila terlihat ahawa kemahiran yang ada di senaraikan sebagai salah satu daripada idea niaga, maka semangat dan keyakinan nak jalankan perniagaan itu akan naik.

Malangnya, keyakinan dah naik, idea dah ada, tapi nak berniaga, tak tahu kat mana nak mula. Orang kampung saya kata fikiran jadi Blurr..

Nak berniaga dengan duit pinjaman

Sebut bab nak berniaga kecil ini, teringat saya cerita seorang kawan yang baru-baru ini terlibat dalam satu program anjuran Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan bantuan pinjaman kepada mereka yang nak berniaga secara kecil-kecilan.

Bila Kerajaan Negeri Pulau Pinang war-warkan maklumat perjumpaan ini pada rakyat mereka yang berbangsa Melayu, maka datanglah berduyun-duyun bakal usahawan yang bersemangat nak dapatkan dana pinjaman buat berniaga. Majoriti besarnya adalah kaum hawa.

Mereka bukan warga senang, tapi ada idea niaga, dan mereka nak mulakannya secara kecil-kecilan. Dan walaupun secara kecil yang memerlukan modal kecil, mereka tetap terpaksa meminjam sebab modal kecilpun tak ada. Sebab faham masalah golongan susah ini, maka dana pinjaman itu mahu diadakan.

Kalau tak siap saya lebih dari 200 peminat nak berniaga kcil datang dalam sesi perjumpaan itu dan kaunter untuk buat pinjaman dibuka. Tapi diringkas cerita, hanya beberapa orang sahaja yang layak memohon pinjaman. lebih dari seratus lima puluh orang yang lain pulang hampa.

Nak tahu apa sebabnya?

Sebabnya adalah bila duduk sahaja atas kerusi di depan pegawai yang nak bagi pinjaman, pegawai akan bertanya soalan cepu emas…

” Dah daftar syarikat perniagaan ke belum? “

Dan lebih dari seratus lima puluh yang hadir tidak ada syarikat yang didaftarkan dengan SSM untuk jalankan perniagaan.

Walau bagaimanapun, mereka pulang hampa tanpa dapat buat pinjaman, namun membawa bersama satu maklumat penting dalam ilmu nak berniaga dengan membuat pinjaman. Iaitu kalau nak mula berniaga dengan buat pinjaman, perkara pertama yang anda perlu laukan adalah

“Pergi daftar dahulu satu syarikat perniagaan…!”

Oleh itu, jika anda nak berniaga, dah ada idea nak berniaga apa, tapi tak tahu kat mana nak mula, apa salahnya jika anda luangkan sedikit masa pergi dafarkan terlebih dahulu sebuah syarikat perniagaan milik anda sendiri.

Carilah nama syarikat yang bersesuaian yang anda berkenan, dan daftarkannya. Tak kisah samada nak buat pinjaman atau tidak, dafar sahaja terlebih dahulu.

Itu langkah mula dalam proses pengurusan perniagaan secara betul dan berlandaskan undang-undang secara formal.

Bila dah daftar syarikat, mula cari seorang pelanggan yang sudi membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan anda. Cari pelanggan pertama anda dan jual.

Jika dia suka dan puas hati, beri hadiah pernghargaan pada pelanggan anda itu dan cari pelanggan kedua dan begitulah seterusnya yang ketiga, keempat dan kelima dan selepas itu semuanya akan jadi sejarah bila perniagaan anda dah besar dan anda dah jadi takeh besar.

Ingat asas penting!, misi awal anda adalah untuk mencari pelanggan yang sanggup membeli tawaran anda, dan bukannya nak buat untung lagi.

Bila dah ada pelanggan yang sanggup, kira berapa ramai yang perlu membelinya dari anda supaya perniagaan anda mula mencatatkan keuntungan.

Bila dah tahu berapa ramai, jadikan jumlah itu sebagai sasaran kedua dan berusahalah mencapainya.

Demikianlah sedikit pedoman ringkas buat mereka yang nak berniaga, dah ada idea niaga tapi tak tau kat mana nak mula… selamat

Total
43
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Tak ad org nak guide.. Sbb byk sy bce kne ad org guide.. Sy prlu kn something o someone yg bleh guide sy bljr bjln…hmm

  2. Tak ad org nak guide.. Sbb byk sy bce kne ad org guide.. Sy prlu kn something o someone yg bleh guide sy bljr bjln…hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge