Nak buka kedai runcit?…nanti dulu!!!

By | 06/08/2013
potensi kedai runcit di Malaysia

Lebih 20 tahun dulu, orang kampung dan juga orang pekan bergantung pada kedai runcit bagi mendapatkan bekalan barangan dapur mereka.

Sekarang semua itu telah berubah. Hampir kesemua pekan kecil dan pekan besar mengalami perubahan besar apabila kedai runcit ditukar kepada Minimarket.

Waktu kanak-kanak dulu saya tak pernah dengar perkataan Minimarket. Apa yang biasa ketika itu hanyalah Supermarket dan ia hanya wujud di Pekan yang besar atau di Pusat Bandar.

Kedai runcit Melayu vs Cina

Pada tahun 70-an dan 80-an dulu, ada beberapa buah kedai runcit kepunyaan orang Melayu di Pekan Penanti. Antara yang saya masih ingat adalah:

  • Kedai Runcit Pat Janggut
  • Kedai Runcit Shamelin
  • Kedai Runcit Abang Not

Selain daripada kedai-kedai orang Melayu itu, ada beberapa lagi kedai runcit kepunyaa orang Cina di Pekan tersebut.

Mereka bersaing dengan sihat dari segi harga dan juga perkhidmatan. Antara faktor yang mempengaruhi orang ramai masuk ke kedai runcit untuk membeli adalah keramahan dan budi bahasa taukeh kedai.

Hampir kesemua kedai runcit di pekan Penanti ketika itu menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan tetap mereka.

Khidmat ini membuatkan beberapa orang yang ‘kurang cerdik’ atau ‘terlalu susah’ mendapat peluang pekerjaan. Merekalah yang akan menanggung barang berat dan banyak untuk dihantar pada pelanggan di dalam kampung.

Pupusnya kedai runcit Melayu

Apabila taukeh Cina melakukan satu revolusi peruncitan dengan membuka minimarket dan menawarkan kepelbagaian sebagai pilihan baru untuk orang kampung, hampir kesemua kedai runcit gulung tikar.

Apa yang ditawarkan oleh minimarket hanyalah dua perkara:

  1. Jumlah pilihan barangan yang jauh lebih banyak
  2. Harga yang lebih kompetitif
Ini menjadikan minimarket sebagai pusat membeli setempat. Ditambah pula dengan persembahan kedai yang bersih, pekerja yang terlatih dan pendingin hawa yanga nyaman, minimarket mula menjadi pilihan orang ramai.

Kemunculan gergasi peruncitan antarabangsa

Tidak lama kemudian datang satu lagi perubahan melanda aktiviti peruncitan di negara kita. Banyak syarikat gergasi luar negara datang menyerang membuka supermarket .

Mereka merupakan konsep minimarket yang dibesarkan berpuluh kali ganda dan lebih canggih dengan berbagai pilihan termasuklah harga yang jauh lebih hebata rendahnya daripada minimarket.

Ada banyak syarikat sebegitu yang telah berjaya mengaut keuntungan berbillion ringgit di negara kita. Ini termasuklah pasaraya besara terkenal seperti Giant, Tesco dan Carrefour (kini Aeon Big)

Kedatangan mereka melanda pasaran peruncitan di negara kita secara besar-besaran membuatkan kerajaan meletakkan syarat bahawa syarikat besar tidak boleh membuka kedai minimarket yang:

  • Bersaiz kurang daripada 3,000 meter persegi
  • Beroperasi 24 jam
Syarat ini bagi memastikan para peniaga tempatan tidak gulung tikar sebagaimana para pekedai runcit awal telah luput daripada pasaran di negara kita.
Serangan besar-besaran industri peruncitan

Namun para peniaga pasaraya besar bukanlah bodoh. Mereka tahu ada cara untuk mengatasi masalah ini. Apa yang mereka buat adalah dengan bergabung bersama syarikat tempatan.

Mereka tubuhkan satu syarikat usahasama di mana syarikat tempatan memegang equiti terbesar dan mereka memegang saham kecil.

Syarikat usahasama itu kemudiannya akan menjalankan perniagaan peruncitan di seluruh negara di mana pengurusan perniagaan akan dijalankan oleh pemunya pasaraya besar.

Salah satu contoh yang baru muncul sekarang adalah G Ekspress Store yang telah membuka sebanyak 2 minimarket. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Klang.

G Ekspress Store dimiliki oleh Kumpulan Diary Farm dan juga Gapurna Sdn Bhd. Kumpulan Diary Farm merupakan peneraju kepada Giant Hypermarket, rangkaian Cold Storage Supermarket dan juga rangkaian Guardian Pharmacy.

Cuba teka siap akan menguruskan G Ekspress Store? tidak lain dan tidak bukan adalah Kumpulan Diary Farm.

Dijangkakan sebanyak 500 rangkaian G Ekspress Store akan dibuka dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Tidak lama lagi Tesco dan Aeon Big akan mengikuti jejak langkah saya. Sudah tentu mereka tidak akan membiarkan pasaran mewah ini hanya jatuh ke tangan Giant sedangkan mereka hanya melihat saja.

Penganalisis menjangkakan dalam tempoh 5 tahun dari sekarang akan muncul dalam 1,500 lagi minimarket sebegitu yang dikuasai oleh pasaraya antara bangsa.

Adakah anda bercita-cita berniaga kedai runcit?

Bayangkan apa akan terjadi pada peruncit dan para peniaga minimarket tempatan di negara kita?

Jika anda ada minat untuk membuka perniagaan peruncitan sebegitu, fikirkan semula strategi yang perlu dirangka agar anda tidak mati di tengah jalan.

Seandainya anda hanya mahu berniaga dalam jangka masa pendek dan tidak ada niat untuk membesar dan membina empayar perniagaan anda, bolehlah diteruskan idea peruncitan, jika tidak…fikirkan semula.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin tindakan kerajaan membiarkan keadaan ini berlaku merupakan satu langkah bijak. Ini kerana mereka yang mendapat faedah atas persaingan dan kemunculan rangkaian kedai runcit yang banayk ini adalah para pengguna.

Namun bagi para usahawan kedai runcit, terpaksalah lebih kreatif dan membuat tranformasi perniagaan tanpa menyalahkan sesiapa dalam hal ini.

Nota: Jika anda ada cadangan nak buat perniagaan kedai runcit, apakata sertai bengkel menilai potensi niaga yang saya anjurkan untuk mendapat idea segar memulakan perniagaan. Boleh buat pendaftaran di sini

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

23 thoughts on “Nak buka kedai runcit?…nanti dulu!!!

  1. Nora

    Bukan susah untuk mengendalikan kedai runcit. Margin kedai keuntungan runcit adalah kecil. Oleh itu, trafik manusia adalah penting. Lokasi kedai runcit perlu mempunyai banyak pelanggan tetapi kekurangan pesaing. Kedai runcit perlu mempunyai pelbagai produk dan sebagainya anda boleh menyeberangi menjual mereka.

    Mesin Bayaran Bil, Top Up & Money Pin (Indonesia,Bangladesh,Nepal)
    http://www.ezeelinkterminal.com
    Nora recently posted…Submit TicketMy Profile

    Reply
  2. asadullah

    Saya nak cari kedai runcit contohnya perniagaan Keil kecilan .ada x

    Reply
    1. emir

      Program Transformasi Kedai Runcit

      Peluang terbuka kepada warganegara Malaysia untuk memperkembangkan/ menambahbaikan/ mengubahsuai perniagaan peruncitan anda.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyediakan bantuan dana melalui skim pinjaman mikro sehingga RM80,000 kepada pemohon yang berminat.

      Syarat Kelayakan:
      1)Warganegara Malaysia
      2)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
      3)Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun.
      4)Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu (2500 kaki persegi)

      Skop Pembiayaan
      – Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
      – Pembelian mesin atau peralatan
      – Modal kerja untuk pembelian stok

      Sila berhubung dengan Encik Emir di number 018-3237502 untuk keterangan lanjut.

      Reply
  3. Kamalr

    Baguz ada byk blog/web site yg bicara ttg bisnes anak melayu ni.
    Sekadar nk mencelah. .. sy nampak dari segi penglibatan usahawan kita dlm pengeluaran ayam dan daging halal masih amat kurang di negara ini.
    Saya bimbang jika dlm masa terdekat, kekosongan ini akan diisi oleh kaum lain dgn kaedah yg lebih moden dan sophisticated. Sy yakin mereka sedang berusaha ke arah itu di negara ini. Pasaran halal makin mendapat perhatian masyrakat Islam. Org cina ni dgn modal yg byk, langsung tak kisah buat apa, asalkan beri keuntungan besar pd mereka. Bab cari kekayaan takde apa2 pantang pun… yg byk pantangnya berkaitan dgn mati je…
    Saya blh bygkan suatu hari nanti ada sebuah supermarket serba moden yg jual semua product halal milik bukan Islam dengan pembekal ayam/daging halal dlm kalangan orang2 mereka juga. Apa masalahnya…? Mereka mampu sediakan prasarana hebat dan upah tukang2 sembelih yg diambil dalam kalangan ustaz2 @ para hafiz kita yg tiada tempat di institusi Islam/melayu kita sendiri. Mrk blh lantik Jakim sebg penasihat syariah dgn bayaran yg tinggi. Macam di Australia yg famous dgn penternakan dan pusat sembelihan lembu halal yg moden dan bersih sentuhan khidmat nasihat syariah Jakim juga. Dlm hal ini, pihak kerajaan nampak ada usaha bg masy kita buka mata dgn pelancaran hab halal/fiesta produk halal dan sebgnya.
    Patut bg yg ada modal besar usahakan ini supaya industri halal ini org kita yg monopolinya. Sudah tiba masanya kita majukan industri kerana keperluan dan keutamaan masyarakat kita sendiri. Bangunlah kita bersama saudaraku !!

    Reply
  4. shah

    Admin, saya nak ajak admin jadi agen saya. Saya sedang usahakan satu konsep baru dalam peruncitan yang boleh jatuhkan pasaraya2 luar negara ni. Konsep “KROCOD” ie Kedai Runcit Online Cash On Delivery. Konsep ni mmg sangat mudah untuk peniaga2 runcit. Sila lihat KedaiRuncitOnline.com atau mini mart BangiPerdana.com saya nak tarik ramai2 peniaga runcit untuk buat konsep ni supaya pasaraya besar tidak lagi control market.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      amat menarik usaha tuan itu, insyaallah boleh dibincang dengan lebih lanjut selepas ini

      Reply
  5. anwar

    sebenarnya klu buka supermarket pun ada kelemahan jugak kos operasi yg tggi carrrefour pun sampai kena jual..minimarket pun ada pasaran mcm 7e,speedmart dll..sbnarnya paling penting kita kena study buyer behaviour dlu n keperluan kawasan utk kita buka kedai..tgk segmen kpd siapa kita nk jual produk? utk public ke, keperluan kedai makn, produk brgn utk penjual malam ke n byk lg..
    atau buka kedai borong ke utk peruncit kecil2…

    Reply
  6. arin

    Jangan takutkan orang untuk membuka perniagaan, kita kena pupuk orang melayu berniaga..perlu banyak dorongan.Gagal itu mesti kena tempuh, kalau tak merasa gagal camner nak rasa kejayaan. Perniagaan kedai runcit nih mudah jer..Cuma yang kita perlukan adalah perancangan perniagaan. Simple je..buat kajian pasaran dan penduduk skit..kajian tentang kedai runcit skit…sure semua orang tahu pasal Rancangan Perniagaan.Paling simple ikut jejak kedai2 yang telah berjaya sebagai reference. Paling penting kena minat dan ingin belajar. Jangan harapkan pekerja sambil kita curi tulang ketempat lain.Owner kena sentiasa ada memantau perniagaan..jangan lepas tangan. Kalau banyak kedai runcit berhampiran jangan risau atau cepat mengelabah. Kaji dulu kepadatan penduduk ditempat anda..sesetengah kawasan padat mampu memberi pulangan yang baik kepada peniaga runcit…walaupun ada banyak kedai yang dibuka.Kedai kena selesa, cahaya yang terang, susun barang yang teratur supaya mudah pelanggan mencari, bersih dan harga juga perlu turun dan naik. Yang paling penting amalkan sikap senyum dan ramah dengan pelanggan, selain itu jauhi sifat hasad dengki terhadap peniaga Melayu yang lain,sentiasa beri dorongan dan kita juga tak perlu putus asa selagi impian untuk membesarkan perniagaan belum tercapai. THINK BIG dan Jangan tunggu2 lagi rugi kalau tak merasa nikmat berniaga…yang paling penting kejayaan yang bakal kita terima. Good Luck.

    Reply
    1. Bihi Post author

      Terima kasih atas nasihat Tuan Arin, insyaallah akan dituruti.

      Reply
    2. unknown

      Cik Arin, awak bagus dan tampak bersemanagat dalam mengongsi ilmu dan bangunkan orang melayu dalam perniagaan yang juga diiringi dengan nilai2 murni islam macam tuan shubhi. I respect. bagi sesiapa yg baca komen ini sama sama kita berdoa dan ramai ramai berusaha dari segi buat blog , twitter ,perbualan antara kawan dan kembangkan . kata dorongan dan cara cara untuk Berjaya kene seimbang. semoga kita Berjaya di dunia dan akhirat . no revenge , no hate , tegas dan sopan , ingat tuhan dan terus berusaha.

      Reply
    3. suesuri

      sy setuju!!x semua org nak beli gula kopi semata2 kena masuk mall, itu la fungsinya kedai runcit.

      Reply
  7. shafiq

    Kedai runcit mini kat tempat saya macam cendawan tumbuh walaupun ada econsave dan pasaraya separa besar lain yg jarak 1km je. Start pukul 4-9 mlm jln boleh jem semua berhenti nak beli barang. Kebanyakan kedai runcit bukak sebelah2 pulak tu.

    Rasanya pasaraya besar utk yg nak beli barang byk je. Setakat 5-6 brg lagi sesuai beli di mini market. Ada juga yg mls nak masuk jauh dgn beratur bayar kat pasaraya besar.

    Jadi rasanya perniagaan mini market masih relevan lagi masa ini tapi kena cari kawasan yg penduduk padat walaupun ada pasaraya besar kat situ

    Reply
  8. cikgu hairul

    Kesian kan.. nak buat camna, kita kena transform. Takkan cuma kedai runcit, cuba bergabung utk bukak supermarket.

    Reply
  9. Zuan

    Kena brainstorm kaw kaw nye klu nak buka kedai runcit.. semua ingat ia low risk, padahal, mana ada perkara yang tiada risk

    Salam Aidilfitri dari Blog Uncle Zuan dan Saiazuan Blog 🙂

    Reply
  10. Ema Johari

    sejak ada pasaraya besar kat kampung… masih ada lagi kedai runcit kecil yang masih bertahan…mungkin kerana mereka adalah ornag lama..contoh jika nak beli tong bas…hanya call dan mereka akan hantar terus ke rumah saja.

    Reply
  11. sepol

    bagusnya… peluang pekerjaan lebih banyak…
    tak bagusnya… peluang perniagaan makin kurang…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge