tips maju ke depanKalau anda nak maju ke depan, ingat pesanan ini.

Saya pesan untuk diri saya dan anda semua agar jangan asyik nak main pukul rata dalam apa saja perkara yang berlaku. Susah untuk kita nak maju ke depan jika begitu.

Salah satu kebiasaan kita sebagai seorang manusia yang normal adalah mengamalkan konsep pukul rata.

Kita akan menggunakan teknik pukul rata untuk memudahkan kehidupan yang serba mencabar ini.
Dengan keupayaan kita untuk pukul rata terhadap pengalaman yang dilalui, ia membuatkan kehidupan menjadi jauh lebih mudah.

Makna pukul rata

Mungkin ada yang tak berapa dapat tangkap lagi apa yang dimaksudkan dengan makna pukul rata.

Secara istilah, ia seumpama melihat deretan paku pada papan yang tinggi rendah, lalu kita ambil mertun dan pukul semua paku tersebut menjadi rata.

Kalau dalam Bahasa Inggeris, pukul rata disebut sebagai “Generalisation”.

Generalization atau pukul rata ini adalah amalan untuk menjadikan sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku sebagai hukum umum untuk semua keadaan.

Contoh pukul rata

Seorang pekerja yang kebetulan ada pengalaman punyai seorang Boss berasal dari Melaka yang cukup menyakitkan hati sampai pekerja itu berhenti kerja dan cari kerja di tempat lain.

Peristiwa tersebut amat meyakitkan hati pekerja itu dan dia ambil pukul rata bahawa semua boss yang berasal dari Melaka perangainya biul.

Apabila dia dapat tahu ada peluang kerja di tempat lain dan kebetulan kalau dia kerja kat situ terpaksa berurusan dengan boss yang berasal dari Melaka, dia terus tak jadi buat permohonan untuk mengisi tempat kosong di situ.

Dalam contoh yang kelihatan macam ekstrem di atas, tentu kita rasa lucu dengan tindakan pekerja itu.

Dia main pukul rata semua boss orang Melaka berperangai haru biru sedangkan andaian sebegitu sudah tentu salah.

Tapi hakikatnya itulah yang sering kita amalkan dalam banyak peristiwa dalam hidup kita.

Ada ibu bapa kat kampung sebelah utara tak suka jika anak lelaki mereka nak berkahwin dengan orang Kelantan.

Bagi mereka orang perempuan Kelantan malas kemas rumah. Mereka pukul rata semua orang perempuan dari Kelantan begitu sebab ada kes orang kampung lelaki yang bernikah dengan orang Kelantan.

Dan kebetulan isteri lelaki itu jenis malas kemas rumah dan sering biarkan rumah tangga berselerak macam baru habis perang. Lalu buruklah jenama wanita Kelantan di sekitar kampung itu.

Itu semua adalah contoh susah nak maju ke depan akibat suka pukul rata sesuatu keadaan dalam masyarakat kita.

Tak maju ke depan dalam perniagaan

Bagi orang yang berniaga pula, kerosakan atas sebab tabiat pukul rata ini menjadi antara punca utama kita tidak maju ke depan.

Saya sering jumpa usahawan yang suka pukul rata dalam banyak keadaan yang membuatkan perniagaannya tak maju ke depan.

Untuk maju ke depan, usahawan tak ada pilihan untuk abaikan perkara-perkara asas seperti ambil pekerja, buat pemasaran, catit dan pantau kewangan, tingkatan keuntungan, kurangkan kos, dan lain-lain seumpamanya.

Tak maju ke depan sebab tak berusaha ambil pekerja

Selalu sangat saya jumpa usahawan yang buat kerja one man show, tak maju ke depan sebab tak ambil pekerja untuk memajukan syarikatnya.

Alasan popular mereka adalah, dah pernah cuba ambil pekerja tapi kesemuanya tidak boleh diharapkan. Sehingga ada satu kes usahawan yang main pukul rata tak ada pekerja yang boleh bekerja di Malaysia.

Itu kes pukul rata keterlaluan yang menghalang terus perniagaannya untuk maju ke depan.

Tak maju ke depan sebab tak usaha tingkat keuntungan

Satu lagi masalah besar pada usahawan yang hidup segan mati tak mahu adalah sikap tak berusaha untuk tingkat keuntungan.

Kalau anda berniaga, tak ada cara lain untuk tingkat keuntungan selain dari buat dua perkara:

  1. Naikkan harga
  2. Kurangkan kos

Walau hebat manapun anda punya akal, tak ada jalan lain untuk tingkatkan perniagaan selain dari buat dua perkara tersebut di atas.

Bila saya suruh naikkan harga, mereka kata nanti semua orang akan lari. Itu tindakan pukul rata yang tak berfaedah.

Betulkah semua orang akan lari? dah cuba ke?, siapa yang lari?, pelanggan jenis mana? untuk produk atau servis jenis yang mana? Kalau ada yang lari, berapa peratusannya? yang pastinya sikap pukul rata itu langsung tak menguntungkan anda yang sedang berniaga.

Kalau tak boleh sangat nak naikkan harga, berusahalah kurangkan kos. Itu saranan saya.

Tapi nak kurangkan kospun mereka akan main pukul rata juga. Kononnya dah bertanya pada pembekal, dah periksa dan bandingkan. Semua pembekal tak ada yang menawarkan harga yang lebih murah.

Satu lagi sikap pukul rata yang tak dapat membantu perniagaan usahawan untuk maju ke depan.

Kalau nak disenaraikan, sudah tentu akan jadi panjang contoh perangai main pukul rata dalam perniagaan yang membantutkan usaha usahawan untuk maju ke depan.

Anda sendiri sudah tentu dah dapat faham kenapa sikap pukul raqta ini, yang menjadi salah satu daripada cara kita berfikir, tidak boleh diamalkan dalam semua keadaan.

Jadi lepas ini, berfikir terlebih dahulu sebelum anda buat keputusan untuk merumuskan sesuatu perkara. Jangan asyik main pukul rata.

Pendekatan untuk maju ke depan

Untuk pastikan anda berhati-hati terperangkap dengan tabiat suka pukul rata ini, elok tanya diri sendiri terlebih dahulu sebelum buat sebarang rumusan.

  1. Adakah anda mahu maju ke depan? – Kalau jawapannya adalah ya!, fikirkan beberapa pendekatan yang logik untuk maju ke depan.
  2. Pilih satu cara untuk diusahakan – Daripada berbagai pilihan yang ada, pilih satu untuk anda cuba laksanakan. Jangan anggap tak boleh selagi tidak dibuat sedikit kajian terlebih dahulu.
  3. Adakah cara yang dipilih itu pernah dibuat dan berjaya? – lihat terlebih dahulu sekeliling anda. Jangan mudah percaya bahawa ianya tak dapat dijalankan setelah anda pernah mencubanya beberapa kali dan terbukti gagal. Jangan pukul rata bahawa jika anda tak berjaya melakukannya, maka tak ada orang ain yang mampu buat.
  4. Dapatkan maklumat statistik sebelum buat apa-apa keputusan – Data statistik biasanya lebih tepat berbanding emosi. Dapatkan maklumat terlebih dahulu terhadap peratusan kemungkinan berlakunya beberapa keputusan. Adakah 50/50, adakah 10/90 atau 90/10, data itu semua lebih tepat dalam membantu anda buat keputusan yang betul. Bukannya data emosi yang biasanya akan main pukul rata sahaja.
  5. Terus berusaha – Jika anda dah buat keputusan untuk laksanakan sesuatu yang data menunjukkan ada kemungkinan untuk berjaya. Terus mencuba dan berusaha. Perjalanan untuk menjayakan usaha tersebut sebenarnya amat bernilai untuk mematangkan pengalaman anda dalam perniagaan.

Tak maju ke depan dengan alasan kelemahan

Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai yang nak berniaga adalah sikap pukul rata terhadap kelemahan diri yang mereka ada.

Banyak alasan yang saya dapat samada dari email atau secara berdepan tak yakin nak berniaga sebab dia seorang pendiam.

Sikap pukul rata melabelkan diri sendiri begitu amat tidak berbaloi untuk diteruskan. Pernahkah anda duduk sejenak dan ingat kembali dalam sehari berapa perkataan anda keluarkan dalam berbicara.

Jika anda jawab purata perkataan yang keluar dari mulut hanyalah 3 patah sehari, anda perlukan rawatan segera. Itupun jika anda tidak bisu.

Pernhakan anda fikirkan sepanjang anda menjalani kehidupan harian, dengan siapa anda sering berbual?, jika ada, itu satu bukti kepercayaan anda sebagai pendiam adalah tidak berasas dans engaja dipukul rata sebagai alasan untuk tidak maju ke depan.

Ada juga yang pukul rata kononnya dia takut jumpa orang. Cuba tanya diri sendiri takut jumpa orang jenis yang macam mana?

Sebelum saya terlajak tulis lebih panjang lagi elok kita buat rumusan segera.

Ingat! apa saja limit atau kelemahan yang anda percaya ada pada diri anda, jangan sesekali pukul rata. Berlaku adil pada diri anda sendiri dengan dapatkan butiran yang lebih terperinci dan tepat.

Selamat maju ke depan!

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge