Panduan #5 - Produk utama dan produk susulanDalam siri yang lalu, kita telah lihat tentang peranan saiz pasaran dalam merangka idea perniagaan. Kali ini saya nak ajak pembaca memikirkan pula tentang produk utama dan produk susulan dalam merangka idea perniagaan.

Memahami konsep produk utama dan produk susulan penting untuk memudahkan perjalanan perniagaan yang kita rangka. Semua orang tahu usahawan ada banyak kekangan.

Samada kekangan masa mahupun kekangan kewangan. Daripada kekangan tersebut akan datang pula banyak lagi kekangan seperti kemahiran, sumber manusia, kekangan pengurusan dan lain-lain lagi.

Kerja utama usahawan dalam menjayakan perniagaannya adalah mendapatkan idea, mencuba idea tersebut dengan melaksanakannya, melihat hasilnya samada mencapai sasaran dan seterusnya membaiki lagi idea tersebut sehingga mancapai tahap yang paling baik sesempurna mungkin.

Jika usahawan faham semua yang saya sebutkan di atas, bayangkan jika anda tak ada tumpuan dan main langgar ikut sedap rasa tanpa ada satu hala tuju ang tetap.

Perangai sebegitu membuatkan usahawan ada terlalu banyak pilihan untuk dicuba dan diperbaiki. Perangai itu juga membuatkan terlalu banyak jalan yang perlu dilalui.

Amalan sebegitu akan berakhir dengan keletihan dan berkemungkinan anda tak sampai ke destinasi kerana minyak sudah habis di tengah jalan. Bertambah malang lagi jika anda tak ingat berapa jalan yang telah dilalui dan tak tahu anda berada di jalan mana ketika minyak habis.

Kenali produk utama dan produk susulan membantu usahawan fokus

Dalam merangka idea perniagaan anda, fikirkan mana satu produk utama dan mana satu produk susulan. Ini membantu anda fokus segala sumber yang ada untuk menjayakan idea perniagaan yang sedang dirangka.

Beza antara produk utama dan produk susulan

Produk utama adalah produk yang anda akan gunakan segala sumber yang ada untuk menarik pelanggan yang telah ditentukan menjadi sasaran terhadap produk utama tersebut

Manakala produk susulan adalah produk yang akan anda jual dan syorkan pada pelanggan sasaran yang telah berjaya ditukarkan menjadi pelanggan anda.

Ertinya produk utama menjadi fokus untuk menarik pelanggan baru dan produk susulan dijual pada pelanggan lama. Jika anda tak tahu mana satu produk utama mana satu produk susulan, segala aktiviti pemasaran dan penambah baikan akan tidak terurus dengan baik dan akhirnya anda jadi kusut masai dan keletihan.

Contoh produk utama dan produk susulan

Contoh paling baik untuk memahami konsep produk utama dan produk susulan adalah dalam perniagaan telefon pintar.

Secara mudahnya produk utama adalah telefon pintar itu sendiri manakala produk susulan pula adalah segala aksesori tambahan yang boleh digabungkan atau dikaitkan dengan telefon pintar itu seperti cover, plastik cermin, dan lain-lain lagi.

Lihat semua peniaga telefon pintar yang berjaya. Mereka hanya promosikan telefon pintar itu secara serius dan tidak akan buang masa buat promosi untuk tarik pelanggan beli cover telefon pintar.

Tak ada iklan di kedai mereka atau pada papan iklan memaparkan tentang aksesori yang mereka jual.

Oleh itu, dalam idea perniagaan anda, apakah produk utama yang anda mahu berikan tumpuan. Apa ciri-ciri kelebihannya dan pada siapa mahu anda sasarkan. Limitkan idea perniagaan pada produk utama terlebih dahulu secara terperinci dan lupakan sementara waktu produk susulannya.

Bila dah pasti akan produk utama, kerahkan segala tenaga untuk pasarkan produk tersebut untuk menarik pelanggan. Bila pelanggan datang dan anda berjaya menjual produk utama padanya, barulah keluarkan produk susulan dan tawarkan padanya jika dia mahu.

Biasanya, orang yang dah percaya pada anda untuk membeli produk utama, lebih mudah untuk mempercayai anda lagi dengan membeli produk susulan yang ada pada anda. Bukankah itu satu konsep yang mudah?

Konsep produk utama dan produk susulan ini mungkin agak abstrak bagi anda. Tak apa, kerahkan otak fikirkannya secara mendalam sampai faham. Insyallah lambat laun anda akan faham juga. Selamat mencuba!

Total
8
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge