tumblr_n5zhjtNOJ31tubinno1_1280Ayat letak jawatan dan berniaga adalah satu daripada ayat yang sering membawa masuk pembaca ke blog Hidupringkas.com ini.

Oleh itu, untuk memudahkan mereka yang memang tercari-cari idea atau kekuatan atau panduan bagaimana nak letak jawatan dan berniaga, saya himpunkan beberapa penulisan berkenaan tajuk tersebut untuk dibaca agar lebih mudah.

Berikut 13 artikel yang menyentuh tentang bagaimana persediaan yang perlu dilakukan sebelum letak jawatan dan berniaga:

  1. Tips henti kerja kerajaan dan berniaga – Ini merupakan artikel terbaru yang saya tulis khas buat mereka yang sedang makan gaji dengan kerajaan. Ada sedikit kelainan antara makan gaji dengan swasta berbanding kerajaan terutamanya dari segi pemikiran, sikap ketuanan dan ‘sense of ungency’.
  2. Ada bakat usahawan? – Nak berhenti kerja kadangkala disebabkan oleh faktor melarikan diri dari masalah dan bukannya disebabkan anda memang berbakat sebagai seorang usahawan. Semak dulu bakat usahawan anda dengan membaca artikel ini.
  3. Petua buat keputusan berhenti kerja atau tidak – Dengar terlebih dulu nasihat daripada atuk-atuk yang dah pencen berkenaan kerja. Kemudian fikirkan samada nak berhenti atau terus buat kerja apa yang sedang anda buat sekarang.
  4. Usahawan dan isteri – Baca kisah seorang usahawan yang berjaya dengan merancang perkahwinannya.
  5. 3 sebab orang jadi usahawan – Anda mungkin ada sebab tersendiri untuk letak jawatan dan berniaga, tapi apakah sebab utama yang menyebabkan para usahawan berjayaberniaga. Baca tulisan ini kalau nak tahu.
  6. Tanam sifat usahawanjaya ketika makan gaji – Adakah anda punyai sikap seperti yang digambarkan dalam tulisan ini ketika makan gaji?, jika tidak jangan berhenti dulu. Ubah diri anda ketika masih makan gaji.
  7. Mula berniaga dengan mudah – Ini merupakan artikel persediaan buat mereka yang sedang makan gaji dan mahu letak jawatan dan berniaga.
  8. Pupuk tabiat berjaya ketika makan gaji – Satu lagi panduan buat mereka yang sedang makan gaji dan mahu letak jawatan satu dan berniaga satu hari nanti.
  9. Berhenti kerja untuk jual petai – Baca pengalaman saya yang letak jawatan untuk berniaga buka kilang tetapi berakhir dengan jual petai di pasar malam.
  10. Pedoman persediaan sebelum henti kerja dan berniaga – Jika masih belum berhenti kerja elok baca pedoman dalam tulisan ini.
  11. Berehat dengan makan gaji, pilih perniagaan cara saya – Ini juga perkongsian pengalaman hidup saya dalam proses menjadi usahawan sebelum ini.
  12. Bila masa sesuai untuk letak jawatan dan berniaga? – Bila agaknya nak berhenti ya…baca lah
  13. Langkah jadi usahawan, bagaimana saya buat – Ini juga perkongsian pengalaman saya sendiri untuk pedoman buat mereka yang masih makan gaji.

Demikianlah himpunan kisah letak jawatan dan berniaga yang sempat saya himpunkan untuk tatapan mereka yang ada hasrat menjadi suahawan satu hari nanti setelah bekerja makan gaji.

Selamat membaca dan jadikan baccan di atas sebagai panduan letak jawatan anda selepas ini…Insyallah

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

22 comments

  1. Saya pun ingin cuba berniaga.. sedang tuntut ilmu skrg. Semoga Allah pmudahkan dan diredhai ibubapa

  2. 1)sy bekerja makan gaji( kerajaan)..baru 1 tahun lbh,tetapi pekerjaan yg sy ceburi adalah atas kehendak dari ibu saya yg ingin melihat sy terjamin dimasa depan,tetapi masalah yg sy hadapi skrg ni adalah pekerjaan yg sy ceburi ketika ini tidak sesuai dgn kehendak sy dan sy tidak ada minat lansung utk bkerja.sblm sy berkerja didalam kerajaan sy adalah seorg pereka hiasan dalaman dan sy amat berminat dn senang dengan kerja yg sy ceburi selama 6 thn.wlupn sy bekerja mkn gaji(swasta) sy juga ada mmbuat perniagaan sndri tntg hiasan dalaman dan mndpt hasil yg lumayan.,sy mmpunyai modal dan ingin memulakan perniagaan sndri dgn kontraktor yg sy kenali lbh dr 6 thn..sy sangup tanggung risiko,berani ingin bangkit smula utk lakukan bisnes sy sndri….yg mnjadi masalahnye disini bagaimana sy ingin beritahu ibu sy..tkt dia merasa hati.,.”:sy mohon pendapat”

  3. Terima kasih permudahkannya..hehe..apa yang penting, nak letak jawatan dan berniaga ni, hati kena cekal..berani tanggung resiko..modal dah cukup untuk memulakan perniagaan dan sebagainya lagi..paling penting, fikir masak-masak..hehe..
    Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 18 Dari JobdirumahMy Profile

      1. In-shaa-allah sedang menuju ke arah itu. Bertatih kenal2 orang dengan bina sistem serta asas yang kuat. Masih cetek ilmu ini. Oh kerdilnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge